::

:::

Saturday, May 22, 2010

Oh..MIC..

Apa lagi Samy. Hulu Selangor sepatutnya membolehkan Presidennya (yang berjanji kalau BN menang melalui wakil MIC akan mengundurkan diri..) melepaskan kerusi Presiden kepada yang lebih segar, lebih sesuai dengan keadaan masa kini. Berhentilah..sebelum sekali lagi masyarakat India menolak MIC..bukan kerana tidak sayangkan MIC, tetapi kerana faktor yang semua masyarakat India tahu..

Kalau betul ada sikap sayangkan BN, kalau betul nak pastikan BN menang besar dalam PRU akan datang..DS Samy kena ambil tindakan yang lebih menunjukkan jiwa besarnya. Lebih menunjukkan sayangnya kepada BN dan MIC lebih daripada kerusi Presidennya.

Kita pun tak faham apa sebenarnya yang menghalang DS Samy. Kalau katanya nak pastikan MIC lebih kuat menghadapi PRU13, rasanya semakin parah lagi MIC ada le..udahle semakin merosot, pemimpin muda seperti Mugilan pun dipecatnya..

Pucuk pimpinan kena bercakap..dalam pelbagai usaha untuk memperkasakan BN, ada lagi komponen yang tak menyahut semangat tersebut..akhirnya UMNO juga le yang bertungkus lumus..aduhai..

No comments:

Post a Comment