::

:::

Saturday, February 26, 2011

HINDRAF: Kenapa Mereka Masih Bergerak Bebas ?? PM


HINDRAF. Mereka haram. Mereka berdemontrasi haram. Semua tindakan mereka haram. Tapi soalannya, mereka masih bebas. Mereka bukan hanya masih bebas, tetapi terlalu bebas. Kelmarin TPM minta di ambil tindakan tegas. Hari ini PM pula minta. Menteri KDN kali ni nampak senyap pula. Gamaknya terjangkit dengan 'Sindrom Bisu' yang pernah mengisi pentadbiran kerajaan satu ketika dulu. Kalau setakat berikan amaran kepada orang lain jangan hadir perhimpunan haram, jangan ikut Hindraf, dan lepas tu beritahu pula apa hukuman menanti tetapi akar umbinya tidak dirungkai, habislah kita.

Kita di Gerik pun risau, hanya kerana nak jaga undi masyarakat India, kita jadi serba salah nak ambil tindakan tegas walaupun secara jelas mengancam keselamatan negara. Entah le, TPM dah cakap, PM pun dah cakap, takkan Menteri KDN nak tunggu YDP Agong nak bertitah..alahai..

TPM:Bertindak tegas terhadap Hindraf


" KUBANG PASU 24 Feb. - Pemimpin pertubuhan haram, Hindraf perlu dikenakan tindakan tegas atas dua kesalahan iaitu memperjuangkan sebuah badan yang sudah diharamkan kerajaan dan merancang mengepalai perhimpunan tanpa permit."..Timbalan Perdana Menteri

Teman sokong beratus peratus. Itulah sewajarnya. Takkan le kita nak biarkan segelintir daripada kita yang terdesak untuk mendapatkan keuntungan politik sempit memporak - porandakan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi sekarang. ISA ada. Gunakan le. Inilah masanya. Kalau kita asyik amaran demi amaran demi amaran, mereka naik toncang. Mereka sendiripun bukannya mewakili majoriti masyarakat India di negara kita ni. Mereka hanya alat beberapa kerat pemimpin yang bercita - cita untuk ke Putrajaya.

Thursday, February 24, 2011

Hantar Mereka Balik Ke Sekolah !!!





Baru pilihanraya kampus. Baru nak tubuh kabinet kampus. Baru berhadapan dengan demokrasi dengan lebih kurang 10 hingga 11 ribu pengundi. Alahai..kalaulah mereka bersungguh - sungguh untuk mendapat Kepujian Kelas Pertama seperti mana bersemangatnya mereka memecahkan cermin ni..ahh..hebatnya Melayu di Persada Dunia. Ingatkan yang cerdik pandai pun dah ditapis semasa di sekolah. Rupanya masih ada lagi saki baki nya.

Kalau yang cerdik pandai di kampus pun tak tahu bagaimana mengamalkan demokrasi tetapi lebih berminat berdemontrasi, merusuh dan mengganas, kita pun tak dapat membayangkan kesudahannya negara tercinta ini. Lebih malang lagi, yang ganas-ganas, yang tak cerdik, yang makan puji ni Melayu belaka. Yang dilawannya pun Melayu juga.

Monday, February 21, 2011

PERTUBUHAN BELIA : Kementerian BELIA dan Sukan MEMANG SUKA LEBIHKAN SUKAN DARIPADA BELIA..


Utusan Malaysia Isnin 21 Februari 2011, halaman 6. Keluhan kekecewaan daripada para perwakilan Belia 4B Malaysia terhadap sikap KBS yang berlebih - lebih tumpuan kepada sukan.

"  kementerian terlalu menumpukan kepada sukan sehingga menyebabkan pertubuhan belia di bandar mahupun kampung menjadi malap kerana TIADA aktiviti. Di Malaysia terdapat ribuan pertubuhan Belia tetapi malangnya ia ibarat 'hidup segan mati tak mahu'...Ibnu Rasyeed Mat Isa (penolong Setiausaha 4B Perak )

Sunday, February 20, 2011

Empangan Hidro Elektrik..Bukan Hanya Dapat Elektrik..


Petang tadi, berlangsung satu majlis yang julung - julung kali teman turut hadir. Udah berpuluh tahun sejak kewujudan empangan Elektrik Hidro Temengor yang membekalkan Elektrik ke serata negara. Rupa - rupanya selain daripada bekalan elektrik, dapat juga satu faedah lain. Besar juga nilainya itu.

Jadi petang tadi teman teruja juga le turut serta dalam Majlis Penyerahan Cek daripada pihak TNB kepada Pejabat Daerah Hulu Perak, mewakili Kerajaan Negeri Perak. Banyak. RM1.97 juta. Wakil TNB Ir.Mohd Daut b Bahak, Pengurus Besar Stesen - Stesen Jana Kuasa Elektrik Sg Perak menyerahkan replika dan cek kepada En Mohd Tahir B Osman, Pemangku Pegawai Daerah Hulu Perak dengan disaksikan oleh YB Dato Hasbullah dan YB Dato Termizi. Teman menempek aje kat pentas tu..hehe..

Cek berjumlah 1.97 juta itu adalah merupakan royalti yang dibayar oleh TNB kepada kerajaan negeri Perak kerana penggunaan air bagi menjana janakuasa Elektrik Hidro di Temengor, Bersia dan Kenering. Jadi selain bekalan Elektrik, dapat duit royalti lagi..(kalau boleh dipangil royalti. Bukannya apa, sebut royalti ni kadang - kadang ada yang sensitif)

Kita Di Gerik : Harap dengan kebijaksanaan YAB MB Perak dan Cif Teman, YB Dato Hasbullah dapatle di bawa kembali duit ini kembali ke Hulu Perak terutama ke Dun Temengor dan Dun Kenering. Iya le..dengan duit sebanyak itu, banyak yang boleh dilakukan. Kecemerlangan pendidikan ke, baiki rumah orang kampung ke, bina kemudahan awam ke, memajukan Tasik Temengor sebagai Pusat Perlancongan Air Bertaraf Dunia ke..apa - apa ajelah yang memberikan manfaat kepada orang Hulu Perak ni..

Friday, February 18, 2011

Tulisan Pembaca: Antara Tun M Dgn Nik Aziz

Antara Nik Aziz dan Tun Mahathir

SAYA tertarik mengulas jawapan balas Mursidul Am Pas, Datuk Nik Aziz dalam akhbar Harakah bil 1612 tentang Isu Nasionalisme: Jawapan saya untuk Tun Mahathir. Jawapan balas dan persoalan ini saya kemukakan bagi penilaian kita atau sesiapa sahaja yang masih mahu berfikir secara rasional berasaskan fakta.

Seperti biasa Nik Aziz begitu 'berdendam' dan banyak mempersoalkan 'keIslaman' UMNO dan Tun Mahathir. Antara ayat yang mungkin menarik perhatian ialah beliau (Nik Aziz) telah 'bertanggungjawab menyebarkan Islam' melalui Pas dan menganggap di hari kebangkitan beliau akan 'berasa selamat' di hadapan Allah SWT dengan mengatakan tugas tarbiah terhadap UMNO dan Tun Mahahir telah beliau laksanakan dan akhirnya UMNO dan Tun Mahathir tetap menolak Islam yang dibawa oleh Pas.

Beliau lupa bahawa parti yang beliau 'anuti' itu ditubuhkan pada tahun 1951 melalui 'kelulusan' kerajaan Nasrani British. Tentunya ketika UMNO sudah wujud sebagai parti penyatu umat Islam Melayu, golongan Yahudi dan Nasrani yang mempelopori sistem demokrasi mencari kaedah paling halus dan licik untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam adalah membenarkan Pas ditubuhkan.

KHUTBAH JUMAAT MASJID JAME' GERIK : PADAT DAN TEPAT..



Alhamdulillah. Khutbah Jumaat hari ini amat padat dan tepat. Berkisar kepada isu semasa yang melingkari ummat hari ini dengan tumpuan kepada Hari Kekasih ( Valentine Day ) yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram untuk diraikan kerana mengandungi unsur - unsur Kristian.

Memulakan khutbah tentang peringatan mengenai kekasih sebenar ummat ialah Allah s.w.t dan Junjungan Rasulullah Muhammad s.a.w. Itulah peringatan yang amat enak dipasakkan dengan tegas dan lantang oleh Khatib kepada jemaah yang hadir.

SK Ulu Lubai Sarawak Sekolah Berprestasi Tinggi..Cabaran kepada yang lain..



Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai hanyalah sebuah sekolah yang serba sederhana dari segi infrastruktur dengan bangunan kayu lama manakala satu-satunya binaan konkrit hanyalah tandas kegunaan murid dan guru.

Lokasinya terletak di tengah-tengah hutan belantara. Ia dihubungkan melalui jalan balak ataupun menggunakan bot panjang menyusuri Sungai Lubai yang membabitkan tempoh perjalanan kira-kira sejam daripada Medamit.

Sekolah yang dibuka pada 1964 dan pernah ditutup pada 1976 sebelum dibuka semula setahun selepas itu hanya mempunyai 30 orang murid yang dibimbing oleh 11 orang guru dengan bantuan seorang staf sokongan.

Namun hari ini, SK Ulu Lubai mencatatkan sejarah gemilang apabila muncul sebagai sekolah pedalaman pertama yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sekali gus memberi tamparan kepada sekolah lain yang berada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Thursday, February 17, 2011

10 TERKAYA DI MALAYSIA..HANYA 1 MELAYU..


10 terkaya di Malaysia. dalam 10 cuma ada 1 Melayu.

Tu tak kira 20 orang. Khabarnya dalam 20 Terkaya di Malaysia cuma ada 3 Melayu. Dalam keadaan tu pun orang Cina ni masih tak puas hati. Masih kata terpinggir. Masih kata Kerajaan mementingkan Melayu. Masih kata mereka di anak tirikan..Berterima kasihlah..itu baru Billionaire..belum yang lain - lainnya. Apakah mereka sanggup kehilangan segala kekayaan mereka jika berlaku seperti mana di Indonesia dahulu apabila warga pribumi merusuh kerana melihat ketidak adilan dalam pemilikan kekayaan negara..natijahnya mereka terpaksa lari ke Singapura. Toko dan perniagaan mereka dihancur leburkan..belajarlah daripada sejarah di sekitar mereka..

REVOLUSI NEO 13 MEI TAJAAN HINDRAF !!

"..Ingatlah wahai umat Islam! Ingatlah wahai bangsa Melayu! Janganlah keghairahan kita untuk berpolitik sehingga menggadai agama, bangsa dan tanah air kita! Janganlah politiking melampau yang kita amalkan sekarang menjadi bahan peruntuh watan kita! Janganlah menjadi politikus kalkatus, yang terpedaya dengan kilauan cahaya pembunuh, yang akhirnya memusnahkan kita sendiri. Ketepikanlah perbezaan fahaman, buanglah perbezaan politik, campaklah pertikaian sesama kita.

Kita wajib bersatu menentang cubaan untuk menghidupkan revolusi neo-13 Mei ini! Kita wajib mempertahankan dan membela agama, bangsa & tanahair kita! Revolusi yang dirancang pada 27 Februari ini mesti dihentikan! Ini bulan Rabi'ul Awal, ini bulan kita umat Islam menyambut peristiwa besar kelahiran Rasulullah saw, Nabi besar junjungan kita. Jangan benarkan bulan ini dicemar dengan seruan revolusi jahat ini!!.."

Petikan Tulisan YB Zulkifli Noordin. Baca sepenuhnya klik sini

Teman di Gerik : Rasanya apa nak tunggu lagi Menteri KDN..kadang - kadang kelewatan kita membawa mudarat..dalam kita menjaga suara - suara songsang daripada minoriti ini, kita menyebabkan sebahagian orang Melayu marahkan kerajaan yang ditunjangi UMNO. Marah kerana seolah - olah kita terlalu berlembut apabila membabitkan minoriti di negara kita..jangan le asyik dok keluar kenyataan amaran demi amaran..aleh - aleh demontrasi dah selesai, kemusnahan dah berlaku dan kepercayaan Melayu terhadap kerajaan makin terhakis..utamakanlah untuk memikirkan mengenai majoriti Melayu yang berada di pihak kerajaan. Bahkan dalam banyak hal, masih ramai Melayu yang berada dalam Pakatan Pembangkang yang rasa meluat dengan demonstrasi dan rusuhan sekumpulan kecil manusia minoriti ini..dan kalau Melayu bertindak balas..

Wednesday, February 16, 2011

JAWAPAN TUN M TERHADAP NIK AZIZ..

:: Dipetik dari Blog NEGARAWAN Tun Mahathir Mohamed klik sini

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.