::

:::

Friday, February 18, 2011

KHUTBAH JUMAAT MASJID JAME' GERIK : PADAT DAN TEPAT..



Alhamdulillah. Khutbah Jumaat hari ini amat padat dan tepat. Berkisar kepada isu semasa yang melingkari ummat hari ini dengan tumpuan kepada Hari Kekasih ( Valentine Day ) yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram untuk diraikan kerana mengandungi unsur - unsur Kristian.

Memulakan khutbah tentang peringatan mengenai kekasih sebenar ummat ialah Allah s.w.t dan Junjungan Rasulullah Muhammad s.a.w. Itulah peringatan yang amat enak dipasakkan dengan tegas dan lantang oleh Khatib kepada jemaah yang hadir.

Membuktikan kecintaan kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan dan memperbanyakkan zikrullah. Membuktikan kasih sayang kepada Rasulullah s.a.w dengan memperbanyakkan selawat dan mengikuti sunnah Rasulullah.

Hari Kekasih telah dikupas sewajarnya. Ramai antara remaja kini tidak tahu bahawa Valentine Day ini adalah sambutan memperingati matinnya seorang Paderi Kristian bernama Valentine di zaman pemerintahan Rom yang telah dipenjara dan disiksa kerana menyebarkan Kristian. 14 Februari itulah diraikan sebagai Hari Memperingatan Kekasih ( Valentine Day ).

Itulah sikap kini sebahagian remaja kita. Yang menerima apa sahaja yang daripada Barat tanpa menyedari adanya usaha-usaha halus memesongkan remaja Islam daripada pegangan Islam. Peliknya lagi, walaupun telah difatwakan haram, masih terdapat media arus perdana, bercetak atau bertulis begitu ghairah mempromosi Hari Kekasih ini. Oleh itu teman amat bersetuju apabila YB ZulNordin Bandar Baru Kulim dalam entri blognya terbaru akan mengemukakan soalan dalam sesi Parlimen apakah tindakan untuk mempastikan fatwa pengharaman ini dikuatkuasakan dan menghalang mana - mana media mempromosikan perayaan Kristian dan Yahudi ini. klik sini 

Kita pun baru - baru terasa juga hairannya. Apabila terdapat segelintir Melayu Islam yang berusaha untuk melaksanakan fatwa pengharaman ini, maka ada sahajalah tentangan dan bangkangan daripada bukan Islam. Dikepalai oleh DAP. Ikut pula GERAKAN. Cepat sahaja mereka melatah. Sehinggakan tindakan yang diambil itu membabitkan remaja Melayu dan Islam pun mereka masih bercakap tentang kebebasan individu, hak asasi dan sebagainya. Berhentilah asyik berpolitik dalam semua  perkara walaupun jika isunya membabitkan hasrat 'menghasilkan remaja yang berkualiti ilmu dan akhlaknya'. Hasrat ini teman percaya adalah hasrat 1 Malaysia. Melayu ke, Cina ke, India ke, Kadazan ke, Iban ke, Murut ke, Bajau ke, Asli ke...semua.

Seperti mana khutbah Jumaat hari ini di Masjid Jame' Gerik hari ini. Tepat.Padat. Dan suara khatib pun lantang bergema. Begitulah. Jika kita ketepikan mimbar daripada politik, kita berdakwah daripada memaki hamun sekumpulan Islam lain yang turut berjemaah, Alhamdulillah..sampailah seruan khutbah itu ke dalam jiwa raga jemaah yang hadir..dan dipanjangkan pula kepada muslim yang lain.. TAHNIAH!

No comments:

Post a Comment