::

:::

Monday, March 1, 2010

Nasihat Untuk Ibu Tunggal : Jangan tinggalkan anak perempuan dijaga oleh teman lelaki..

Kesnya, kematian yang amat tragik buat anak yang berumur 3 tahun. Syafiah. Pembunuhnya, teman lelaki yang dah 6 tahun dikenali. Suami ibunya, dah 6 tahun dipenjara. Lalu dalam akhbar hari ini, nasihat daripada beberapa orang pakar dan juga menteri pun nampaknya, agar ibu tunggal, 'JANGAN TINGGALKAN ANAK PEREMPUAN KEPADA TEMAN LELAKI SEMASA KELUAR BEKERJA'.


MasyaAllah. Kita baca dalam surat khabar. Tak tahu betul ke tidak. Tapi laporan akhbar kata dah hampir setahun selepas nasihat menteri apabila Aaliyah Aiman dirogol, diliwat dan didera oleh teman lelaki ibunya dari Sudan, tiada siapa yang peduli. Takkan itu le pula nasihat yang diberikan. Mudahnya, ibu tunggal ni boleh ada teman lelaki tapi jangan tinggalkan anak perempuan dijaga dek teman lelaki.

Kita kembali lah kepada asas kekeluargaan yang semakin rapuh hari ini. Lebih malangnya kerapuhan asas kekeluargaan ini amat ketaranya berlaku kepada masyarakat Melayu. Tinggalkan ibu bapa ditepi jalan untuk dipungut oleh Jabatan Kebajikan, Letakkan ibu bapa dirumah Orang - Orang Tua tanpa dijenguk - jenguk langsung. Yang mudanya tidak lagi perlukan ibu bapa dan sanak saudara dalam urusan nikah kahwinnya,sampai ada yang ngikut sehingga ke Lombok. Entahlah banyak yang dapat ditulis kalau hendak ditulis. Tapi apa yang pasti perkara yang menjadi asas kepada pembentukan keluarga sudah terlalu banyak tidak diberikan perhatian..

Di peringkat pihak yang diberikan amanah, kita hanya ghairah menganjurkan anugerah untuk Keluarga Bahagia la, Ibu Mithali la, krusi Wanita la tapi apakah kejayaan penerima anugerah yang diberikan ini adalah kerana perancangan kita atau sememangnya hanya kerja keras keluarga berkenaan. Kita ni tukang sampai anugerah ajelah..

Pada teman, nasihat ini 100% tidak betul. Kembalilah kepada peraturan dan hukum hakam agama. Tidak boleh langsung kita membenarkan berlakunya ibu tunggal boleh bersekedudukan, hanya kerana statusnya sebagai ibu tunggal. Kita tidak boleh benarkan mereka menipu kariah mereka selama 6 tahun sehingga Allah menunjukkan kepada mereka balasannya secara yang amat tragik, dan kita masih hendak menunjukkan simpati kepada mereka. Hukum mereka, atas dosa mereka kerana mendurhakai peraturan Allah, dan hukum mereka kerana kekejaman mereka ke atas Syafiah..

Kita di Gerik, terkedu bila menteri pun tak berani untuk kata, tindakan ibu Syafiah itu salah. Tindakannya bersekedudukan sedangakan masih sah suami orang itu salah. Memberikan ruang dan peluang kepada teman lelakinya hingga membunuh Syafiah itu salah. Dan mereka berdua dipersalahkan kerana kematian Syafiah..kalau tidak berani, jangan buat sebarang kenyataan, jadilah menggunakan ayat - ayat politik dalam tragedi sebegini..dan bantulah abang Syafiah bukannya ibu Syafiah kerana ibu Syafiah wajar dihukum.

No comments:

Post a Comment