::

:::

Monday, March 8, 2010

YB Zul: Akhirnya dipecat..

Begitulah kesudahannya. Kesudahan yang sebenarnya mudah untuk dijangka. Rentetan serangan YB Zul kepada partinya sendiri, memang mengundang keputusan sebegini. Tapi, atas apa sekalipun dilihat oleh sesetengah sebagai usaha meraih publisiti, YB Zul memperlihatkan dirinya sebagai seorang pejuang. Seorang yang konsisten dalam mempertahankan agama dan bangsanya. Inilah yang sebenarnya perlu ada pada setiap yang menawarkan dirinya sebagai pemimpin. Menjadi pemimpin dalam sebuah negara pelbagai kaum di mana setiap kaum memperjuangkan kaum masing - masing. Lebih - lebih lagi dalam konteks Malaysia di mana kaum minoriti begitu lantang dan bersungguh - sungguh memperjuangkan kepentingan kaum mereka berbanding sikap bertolak ansur dan menjaga keharmonian yang ada dalam diri masyarakat Melayu.

Dalam isu YB Zul inipun, orang Melayu masih memperlihatkan sikap harmoni mereka. Sekalipun yang ditimbulkan oleh kebanyakan pemimpin PKR adalah berkaitan dengan kegagalan PKR memperjuangkan Agama dan bangsa Melayu, namun yang menghakim,menjatuhkan hukum dan mencaci cerca tokoh mereka yang sudah keluar inipun, adalah juga Islam agamanya dan Melayu juga bangsanya. Maka ketawalah mereka yang bukan Islam dan bukan Melayu ini. Memang sudah ditakdirkan gamaknya Melayu ini hanya bergaduh sesama Melayu, mencaci sesama Melayu, menjatuhkan sesama Melayu, menfitnah sesama Melayu. Akhirnya yang miskin pun Melayu, yang dadah, bohsia, buang anak pun Melayu, yang minum arak pun Melayu,yang bunuh mak bapak pun Melayu, yang buang mak bapak tepi jalan suruh JKM kutip pun Melayu,  yang rasuah pun Melayu, yang berdemontrasi sampai terbaring atas jalanraya pun Melayu, yang diminta berkongsipun Melayu, yang bersalah kerana gagal dapat 2/3 di Parlimen pun Melayu, yang diminta berubahpun Melayu, yang menghina Sultan dan Raja Melayu pun Melayu, yang nak tawan Putrajaya pun Melayu, yang meliwat pun Melayu, yang kena liwatpun Melayu. Aduhai..lebih ironinya, kesemua Melayu yang disebutkan itu Islam pula agamanya..

Betullah tu YB Zul. WajarlahYB Zul menyesal dan rasa malu, malu yang amat sangat kerana dalan sejarah politik YB Zul, pernah berada dengan gerombolan yang tak pernah nak ambil kisah tentang apa yang teman sebutkan di atas. Wajarlah YB Zul tidak merayu. Wajarlah juga YB Zul tidak mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu. Membazirkan wang rakyat sahaja untuk adakan Pilihanraya Kecil. SUA PKR kata untuk pulangkan mandat kepada rakyat, tetapi mereka mungkin tidak sedar betapa mereka sudah cukup mengkhianati mandat rakyat pada PRU 12 sehingga memungkinkan mereka merampas beberapa negeri dan menafikan 2/3 BN di Parlimen. Mandat yang mereka dapat itu kemudiannya membuatkan Melayu berputih mata, mereka pula diberikan betis hendakkan paha.

Teruskanlah perjuangan YB Zul demi agama, bangsa dan tanah air. Carilah wadah perjuangan yang lebih ikhlas dan bersungguh - sungguh memperjuangkan nasib agama, bangsa dan agama tanpa sedikitpun mengambil hak orang lain. Wadah perjuangan yang telah mempunyai rekod cemerlang semenjak kemerdekaan. Wadah perjuangan yang memungkinkan DSAI, Wan Azizah, Azmin, Hadi Awang, Nik Aziz, Salehudin Ayub, Nizar Jamaluddin, Guan Eng, Hadi Awang danYB Zul sendiri menjadi seperti hari ini, hanya kerana lahir di Malaysia yang diperintah oleh tradisi kepimpinan mengutamakan rakyat seperti hari ini..

Kita di Gerik..kembali kepada UMNO lah YB Zul..

No comments:

Post a Comment