::

:::

Thursday, March 4, 2010

LTdL. Penganjur wajar mohon maaf kepada MB Kelantan..

Satu tindakan yang amat tidak wajar. Dalam perkara - perkara yang berhubungkait dengan penganjuran yang membabitkan nama negara, perkara - perkara remeh ini sepatutnya dikesampingkan. Janganlah dalam semua perkara hendak dikaitkan dengan politik. Pergeseran dalam politik biarkan berada dalam ruang lingkup politik. Kita percaya inipun bukan yang dikehendaki dan diamalkan oleh kepimpinan UMNO baik di Kelantan mahupun Pusat. Ini cerita keghairahan penganjur, yang kena diingatkan tentang menghormati tuan rumah. Apatah lagi tuanrumahnya adalah pemimpin utama negeri. Menteri Besar.

Dengan kekuatan yang ada pada UMNO, kita tidak perlu nak 'perasa' seorang bertaraf MB semata -  mata kerana dari pihak pembangkang. Sebagaimana kita mengharapkan semua lapisan masyarakat menghormati kepimpinan kita, sebagaimana yang kita laungkan apabila kita berkuasa, kita adalah pemimpin kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, maka begitulah juga pendirian kita terhadap MB pembangkang.

Menentang kepincangan, menggerakan saraf untuk menjatuhkan parti dan mengalahkan mereka dalam Pilihanraya, adalah satu isu yang amat berbeza. Manakala menghormati kedudukan seseorang sebagai Menteri Besar yang sah adalah satu isu lain yang amat berbeza. Yang menuntut kita untuk mempunyai jiwa yang amat besar, yakni saling menghormati. Sekalipun kita mungkin 100% tidak bersetuju dengan MB, tetapi hormatilah dia sebagai MB Kelantan dan lebih daripada itu hormati sebahagian yang hadir ke majlis tersebut, yang sudah tentunya adalah penyokong beliau.

LTdL, tidak akan menjadi 5 bintang hanya kerana berani tidak menghormati seorang MB, dan UMNO pun tidak akan memenangi hati rakyat hanya dengan meminggirkan protokol dan puas hati seolah - olah dapat mengenakan seorang MB pembangkang.

Mohon maaf lah..tiada siap yang rugipun..

No comments:

Post a Comment