::

:::

Wednesday, September 5, 2012

SALAM 4 ALL

Sekian lama tidak menulis. Tidak mencatat. Menjadi pemerhati yang kadang - kadang bersemangat. Kadang - kadang hilang minat. Kadang - kadang menyampah. Namun, ada sesuatu yang tak terluah dengan hanya kata bicara.  Tidak juga boleh lagi hanya menjadi pemerhati tegar melihat sekitar yang tidak lagi dapat diterima dek akal yang waras. Sesuatu yang hanya boleh diluahkan sepuas - puasnya dengan menulis..mencatat..menulis..mencatat. Jika pun tiada siapa yang membaca.. tiada siapa yang peduli..biarlah aku terus mencatat dan aku sendiri yang berulang - ulang membaca..asalkan apa yang terbuku dapat juga aku goreskan..IKHLAS DARIPADA AKU !!!

Tuesday, March 6, 2012

Aku Kembali MemBlog

Setelah rehat panjang, apa salahnya untuk akukembali menjana otak fikirku, yg agak lama terhenti..jikapun tidak ada yang membaca, sekurang - kurangnya aku kembali mencatat..sekalipun hanya untuk tatapan aku sendiri..

Friday, July 1, 2011

Salam..

Rupanya dah hampir 4 bulan teman tidak menulis apa - apa dalam blog teman ni..maklumlah..sibuk. Tambahan anak - anak dah membesar banyak lah pula yang kena diuruskan..

Dalam tempoh 4 bulan ni, pelbagai kerenah dan situasi berlaku di sekitar kita..teman pun mula rasa terpanggil untuk turut serta..iyalah..luahan rasa kita sebagai rakyat Malaysia.Lagipun itu le yang digembar-gemburkan oleh pelbagai orang, Hak Asasi Untuk Bersuara..tapi di negara macam kita ni, Kebebasan bersuara ni kena berhati - hati..kan dah ada contoh suara - suara kita orang Melayu ni kan makin lama makinn suram...makin lama makin tak dikisahkan..makin lama makin diketawakan..

Kita di Gerik..setiap petang masih juga di Medan Takong..gano kosong..tapi bualan kita tak kosong..iya bual-bual rekreasi lah katakan...nanti saya uploadkan rakan - rakan rekreasi mulut di medan takong..

Saturday, February 26, 2011

HINDRAF: Kenapa Mereka Masih Bergerak Bebas ?? PM


HINDRAF. Mereka haram. Mereka berdemontrasi haram. Semua tindakan mereka haram. Tapi soalannya, mereka masih bebas. Mereka bukan hanya masih bebas, tetapi terlalu bebas. Kelmarin TPM minta di ambil tindakan tegas. Hari ini PM pula minta. Menteri KDN kali ni nampak senyap pula. Gamaknya terjangkit dengan 'Sindrom Bisu' yang pernah mengisi pentadbiran kerajaan satu ketika dulu. Kalau setakat berikan amaran kepada orang lain jangan hadir perhimpunan haram, jangan ikut Hindraf, dan lepas tu beritahu pula apa hukuman menanti tetapi akar umbinya tidak dirungkai, habislah kita.

Kita di Gerik pun risau, hanya kerana nak jaga undi masyarakat India, kita jadi serba salah nak ambil tindakan tegas walaupun secara jelas mengancam keselamatan negara. Entah le, TPM dah cakap, PM pun dah cakap, takkan Menteri KDN nak tunggu YDP Agong nak bertitah..alahai..

TPM:Bertindak tegas terhadap Hindraf


" KUBANG PASU 24 Feb. - Pemimpin pertubuhan haram, Hindraf perlu dikenakan tindakan tegas atas dua kesalahan iaitu memperjuangkan sebuah badan yang sudah diharamkan kerajaan dan merancang mengepalai perhimpunan tanpa permit."..Timbalan Perdana Menteri

Teman sokong beratus peratus. Itulah sewajarnya. Takkan le kita nak biarkan segelintir daripada kita yang terdesak untuk mendapatkan keuntungan politik sempit memporak - porandakan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi sekarang. ISA ada. Gunakan le. Inilah masanya. Kalau kita asyik amaran demi amaran demi amaran, mereka naik toncang. Mereka sendiripun bukannya mewakili majoriti masyarakat India di negara kita ni. Mereka hanya alat beberapa kerat pemimpin yang bercita - cita untuk ke Putrajaya.

Thursday, February 24, 2011

Hantar Mereka Balik Ke Sekolah !!!





Baru pilihanraya kampus. Baru nak tubuh kabinet kampus. Baru berhadapan dengan demokrasi dengan lebih kurang 10 hingga 11 ribu pengundi. Alahai..kalaulah mereka bersungguh - sungguh untuk mendapat Kepujian Kelas Pertama seperti mana bersemangatnya mereka memecahkan cermin ni..ahh..hebatnya Melayu di Persada Dunia. Ingatkan yang cerdik pandai pun dah ditapis semasa di sekolah. Rupanya masih ada lagi saki baki nya.

Kalau yang cerdik pandai di kampus pun tak tahu bagaimana mengamalkan demokrasi tetapi lebih berminat berdemontrasi, merusuh dan mengganas, kita pun tak dapat membayangkan kesudahannya negara tercinta ini. Lebih malang lagi, yang ganas-ganas, yang tak cerdik, yang makan puji ni Melayu belaka. Yang dilawannya pun Melayu juga.

Monday, February 21, 2011

PERTUBUHAN BELIA : Kementerian BELIA dan Sukan MEMANG SUKA LEBIHKAN SUKAN DARIPADA BELIA..


Utusan Malaysia Isnin 21 Februari 2011, halaman 6. Keluhan kekecewaan daripada para perwakilan Belia 4B Malaysia terhadap sikap KBS yang berlebih - lebih tumpuan kepada sukan.

"  kementerian terlalu menumpukan kepada sukan sehingga menyebabkan pertubuhan belia di bandar mahupun kampung menjadi malap kerana TIADA aktiviti. Di Malaysia terdapat ribuan pertubuhan Belia tetapi malangnya ia ibarat 'hidup segan mati tak mahu'...Ibnu Rasyeed Mat Isa (penolong Setiausaha 4B Perak )

Sunday, February 20, 2011

Empangan Hidro Elektrik..Bukan Hanya Dapat Elektrik..


Petang tadi, berlangsung satu majlis yang julung - julung kali teman turut hadir. Udah berpuluh tahun sejak kewujudan empangan Elektrik Hidro Temengor yang membekalkan Elektrik ke serata negara. Rupa - rupanya selain daripada bekalan elektrik, dapat juga satu faedah lain. Besar juga nilainya itu.

Jadi petang tadi teman teruja juga le turut serta dalam Majlis Penyerahan Cek daripada pihak TNB kepada Pejabat Daerah Hulu Perak, mewakili Kerajaan Negeri Perak. Banyak. RM1.97 juta. Wakil TNB Ir.Mohd Daut b Bahak, Pengurus Besar Stesen - Stesen Jana Kuasa Elektrik Sg Perak menyerahkan replika dan cek kepada En Mohd Tahir B Osman, Pemangku Pegawai Daerah Hulu Perak dengan disaksikan oleh YB Dato Hasbullah dan YB Dato Termizi. Teman menempek aje kat pentas tu..hehe..

Cek berjumlah 1.97 juta itu adalah merupakan royalti yang dibayar oleh TNB kepada kerajaan negeri Perak kerana penggunaan air bagi menjana janakuasa Elektrik Hidro di Temengor, Bersia dan Kenering. Jadi selain bekalan Elektrik, dapat duit royalti lagi..(kalau boleh dipangil royalti. Bukannya apa, sebut royalti ni kadang - kadang ada yang sensitif)

Kita Di Gerik : Harap dengan kebijaksanaan YAB MB Perak dan Cif Teman, YB Dato Hasbullah dapatle di bawa kembali duit ini kembali ke Hulu Perak terutama ke Dun Temengor dan Dun Kenering. Iya le..dengan duit sebanyak itu, banyak yang boleh dilakukan. Kecemerlangan pendidikan ke, baiki rumah orang kampung ke, bina kemudahan awam ke, memajukan Tasik Temengor sebagai Pusat Perlancongan Air Bertaraf Dunia ke..apa - apa ajelah yang memberikan manfaat kepada orang Hulu Perak ni..

Friday, February 18, 2011

Tulisan Pembaca: Antara Tun M Dgn Nik Aziz

Antara Nik Aziz dan Tun Mahathir

SAYA tertarik mengulas jawapan balas Mursidul Am Pas, Datuk Nik Aziz dalam akhbar Harakah bil 1612 tentang Isu Nasionalisme: Jawapan saya untuk Tun Mahathir. Jawapan balas dan persoalan ini saya kemukakan bagi penilaian kita atau sesiapa sahaja yang masih mahu berfikir secara rasional berasaskan fakta.

Seperti biasa Nik Aziz begitu 'berdendam' dan banyak mempersoalkan 'keIslaman' UMNO dan Tun Mahathir. Antara ayat yang mungkin menarik perhatian ialah beliau (Nik Aziz) telah 'bertanggungjawab menyebarkan Islam' melalui Pas dan menganggap di hari kebangkitan beliau akan 'berasa selamat' di hadapan Allah SWT dengan mengatakan tugas tarbiah terhadap UMNO dan Tun Mahahir telah beliau laksanakan dan akhirnya UMNO dan Tun Mahathir tetap menolak Islam yang dibawa oleh Pas.

Beliau lupa bahawa parti yang beliau 'anuti' itu ditubuhkan pada tahun 1951 melalui 'kelulusan' kerajaan Nasrani British. Tentunya ketika UMNO sudah wujud sebagai parti penyatu umat Islam Melayu, golongan Yahudi dan Nasrani yang mempelopori sistem demokrasi mencari kaedah paling halus dan licik untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam adalah membenarkan Pas ditubuhkan.

KHUTBAH JUMAAT MASJID JAME' GERIK : PADAT DAN TEPAT..



Alhamdulillah. Khutbah Jumaat hari ini amat padat dan tepat. Berkisar kepada isu semasa yang melingkari ummat hari ini dengan tumpuan kepada Hari Kekasih ( Valentine Day ) yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram untuk diraikan kerana mengandungi unsur - unsur Kristian.

Memulakan khutbah tentang peringatan mengenai kekasih sebenar ummat ialah Allah s.w.t dan Junjungan Rasulullah Muhammad s.a.w. Itulah peringatan yang amat enak dipasakkan dengan tegas dan lantang oleh Khatib kepada jemaah yang hadir.

SK Ulu Lubai Sarawak Sekolah Berprestasi Tinggi..Cabaran kepada yang lain..



Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai hanyalah sebuah sekolah yang serba sederhana dari segi infrastruktur dengan bangunan kayu lama manakala satu-satunya binaan konkrit hanyalah tandas kegunaan murid dan guru.

Lokasinya terletak di tengah-tengah hutan belantara. Ia dihubungkan melalui jalan balak ataupun menggunakan bot panjang menyusuri Sungai Lubai yang membabitkan tempoh perjalanan kira-kira sejam daripada Medamit.

Sekolah yang dibuka pada 1964 dan pernah ditutup pada 1976 sebelum dibuka semula setahun selepas itu hanya mempunyai 30 orang murid yang dibimbing oleh 11 orang guru dengan bantuan seorang staf sokongan.

Namun hari ini, SK Ulu Lubai mencatatkan sejarah gemilang apabila muncul sebagai sekolah pedalaman pertama yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sekali gus memberi tamparan kepada sekolah lain yang berada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Thursday, February 17, 2011

10 TERKAYA DI MALAYSIA..HANYA 1 MELAYU..


10 terkaya di Malaysia. dalam 10 cuma ada 1 Melayu.

Tu tak kira 20 orang. Khabarnya dalam 20 Terkaya di Malaysia cuma ada 3 Melayu. Dalam keadaan tu pun orang Cina ni masih tak puas hati. Masih kata terpinggir. Masih kata Kerajaan mementingkan Melayu. Masih kata mereka di anak tirikan..Berterima kasihlah..itu baru Billionaire..belum yang lain - lainnya. Apakah mereka sanggup kehilangan segala kekayaan mereka jika berlaku seperti mana di Indonesia dahulu apabila warga pribumi merusuh kerana melihat ketidak adilan dalam pemilikan kekayaan negara..natijahnya mereka terpaksa lari ke Singapura. Toko dan perniagaan mereka dihancur leburkan..belajarlah daripada sejarah di sekitar mereka..

REVOLUSI NEO 13 MEI TAJAAN HINDRAF !!

"..Ingatlah wahai umat Islam! Ingatlah wahai bangsa Melayu! Janganlah keghairahan kita untuk berpolitik sehingga menggadai agama, bangsa dan tanah air kita! Janganlah politiking melampau yang kita amalkan sekarang menjadi bahan peruntuh watan kita! Janganlah menjadi politikus kalkatus, yang terpedaya dengan kilauan cahaya pembunuh, yang akhirnya memusnahkan kita sendiri. Ketepikanlah perbezaan fahaman, buanglah perbezaan politik, campaklah pertikaian sesama kita.

Kita wajib bersatu menentang cubaan untuk menghidupkan revolusi neo-13 Mei ini! Kita wajib mempertahankan dan membela agama, bangsa & tanahair kita! Revolusi yang dirancang pada 27 Februari ini mesti dihentikan! Ini bulan Rabi'ul Awal, ini bulan kita umat Islam menyambut peristiwa besar kelahiran Rasulullah saw, Nabi besar junjungan kita. Jangan benarkan bulan ini dicemar dengan seruan revolusi jahat ini!!.."

Petikan Tulisan YB Zulkifli Noordin. Baca sepenuhnya klik sini

Teman di Gerik : Rasanya apa nak tunggu lagi Menteri KDN..kadang - kadang kelewatan kita membawa mudarat..dalam kita menjaga suara - suara songsang daripada minoriti ini, kita menyebabkan sebahagian orang Melayu marahkan kerajaan yang ditunjangi UMNO. Marah kerana seolah - olah kita terlalu berlembut apabila membabitkan minoriti di negara kita..jangan le asyik dok keluar kenyataan amaran demi amaran..aleh - aleh demontrasi dah selesai, kemusnahan dah berlaku dan kepercayaan Melayu terhadap kerajaan makin terhakis..utamakanlah untuk memikirkan mengenai majoriti Melayu yang berada di pihak kerajaan. Bahkan dalam banyak hal, masih ramai Melayu yang berada dalam Pakatan Pembangkang yang rasa meluat dengan demonstrasi dan rusuhan sekumpulan kecil manusia minoriti ini..dan kalau Melayu bertindak balas..

Wednesday, February 16, 2011

JAWAPAN TUN M TERHADAP NIK AZIZ..

:: Dipetik dari Blog NEGARAWAN Tun Mahathir Mohamed klik sini

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

Wednesday, January 26, 2011

Peringatan Untuk Kita di sini...

Bekas Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew didalam buku terbaru beliau Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going yang menegaskan bahawa "masalah integrasi di Singapura tidak ujud kecuali dengan umat Islam. Mereka diharap tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam bagi membolehkan pelan integrasi masyarakat Singapura dapat dilaksanakan dengan sempurna!".

Anak didiknya ada di tanah air kita ni. Memerintah sebuah negeri lagi dan menguasai kerajaan di Selangor dan dulu di Perak. Yang sepanjang 3 tahun pemerintahan mereka dah banyak onarnya kepada orang Melayu. India pun dapat juga tempiasnya. Sedikit demi sedikit, makin lama makin berani, hak Melayu Islam nya diusik-usik. Malangnya ada pula Melayu yang menyokong hingga ada yang sanggup mati katanya kerana mereka.

Monday, January 24, 2011

Dah Tahu Tak Ada 2/3..

Entahle..kadang - kadang dalam politik, yang serius pun ada yang lawak bodoh pun ada juga..Sidang Dewan Khas Selangor tadi kekadang menyerlahkan pemikiran politik yang tak dapat nak diterjemahkan. Perjuangan ke, kebijaksanaan ke, kesetiaan ke ataupun kedunguan..

Dah tahu MUSTAHIL nak dapatkan sokongan ADUN BN untuk raih 2/3, Sidang diteruskan juga. Sekali nampak macam menampakkan keprihatinan tehadap Sultan dan Raja - Raja Melayu. Tapi kalau melihat bagaimana sampai sanggup terbaring di jalan Bukit Chandan dulu tu, tak terfikir pula kita mereka benar-benar nak mendaulatkan Sultan dan Raja - Raja Melayu. Dan melihatkan bagaimana perkenan Sultan Selangor terhadap perlantikan SUK pun di perlekehkan mereka, alahai..mereka kononnya bercakap pula tentang mengembalikan kuasa Sultan dan Raja - Raja Melayu..

Sunday, November 21, 2010

Cuti Sekolah: Banyaknya kenduri kahwin...


Sudah memang menjadi tradisi masyarakat Melayu Islam Malaysia ni. Sebaik aje cuti sekolah bermula, senarai jemputan kenduri kahwin punyalah banyak, hingga ada yang tak tertunaikan. Hanya sms pengganti diri. Baik yang kahwinkan anak lelaki, anak perempuan, cucu, cicit, anak menakan dan ada juga yang terbabas kenduri kahwinkan diri sendiri. Apapun, inilah masanya saudara mara sahabat handai bertemu. Kekadang tu kalau tak kerana kenduri kendara atau kematian, ada yang tak balik - balik dah ke kampung halaman. Itu belum masuk lagi kenduri berkhatan..

Saturday, November 20, 2010

Cuti Panjang Persekolahan pun bermula..

Alhamdulillah. Tamatlah sudah sesi persekolahan 2010. Tapi tidak bagi pelajar yang menduduki SPM dan STPM. Selamat menduduki peperiksaan. Tenangkan diri. Kalau kita dah benar-benar bersedia, kejayaan adalah milik anda InsyaAllah. Tetapiyang tidak pernah risau, tidak pernah ambil tahu, kita pun tak faham kenapa juga mereka ini menduduki SPM. Bagi pelajar STPM, kita percaya semuanya dengan keazaman yang tinggi. Maklumlah..lepas SPM kalau tak cukup syarat mana boleh masuk Tingkatan 6. jadi sekurang - kurangnya yang ambil STPM tu yang dah bertapis semasa SPM dulu. Tak le macam SPM..siapapun yang duduki PMR, terus aje masuk Tingkatan 4 dan 5. Sehinggakan yang gagal semua mata pelajaran pun masuk ke menengah atas juga. Tidak adil pula ye untuk yang berjaya dalam PMR akhirnya menghadapi pelbagai kerenah disiplin mereka yang gagal dalam PMR..Kesian Cikgu - Cikgi di sekolah harian. Itupun masih yang berjaya mencatatakan keputusan yang memberangsangkan..cuma kita tertanya-tanya, kemana pula hilangnya murid - murid cemerlang UPSR sepanjang persekolahan menengahnya di SKB atau MRSM..iyalah sepatutya 100% 'straight' A le ye..

Thursday, November 18, 2010

aIDIL AdhA..majlis korban di rumah Bonda

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah, sempena Aidil Adha ni, bonda seperti saban tahun sebelumnya melaksanakan ibadah korban. Teman dan isteri pun ada panggu masing - masing. Kali ini dua ekor lembu dikorbankan. Terima kasih kepada Pak Mat Rasdi dan Razak Pak Long Mat Noh dan semua yang mambantu. Insya Allah, tahun depan berdoalah kita agar dapat melaksanakan lagi ibadah korban ini..

Kita di Gerik...banyak ibadah korban yang dilaksanakan. Minta maafle teman tak dapat ziarah ke mana pun..dirumah bonda sepanjang hari..terfikir juga kita, lembu pun sanggup dikorbankan kerana Allah s.w.t., kita ye bagaimana..

Sunday, September 12, 2010

Eid Mubarak 1431H..di sebuah negara yang merdeka, aman dan makmur..

Eid Mubarak 1431 Hijrah. Maaf Zahir dan Batin. Alangkah bahagia dan meriahnya raya di negara tercinta ini. Negara yang merdeka, aman dan makmur. Nikmat kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran ini tidak pernah datang bergolek, tapi hadir daripada perjuangan warga terdahulu, diperkukuhkan dan dipertahankan oleh sebegitu banyak generasi, dan dinikmati oleh kita yang masih hidup hari ini. Semoga nikmat kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini, akan juga dinikmati oleh anak cucu cicit piut kita bahkan doa kita agar jauh lebih hebat daripada kita hari ini.

Baca dan ambilah iktibar. Di sebahagian dunia, raya yang dirayai dipenuhi dengan letupan bom dan peluru, kematian, kesengsaraan, terjajah, dilanda bencana. Kalaulah kita dapat bayangkan disitulah anak - anak kita menyamput Eid Mubarak ini..jadi jagailah kenikmatan yang dianugerahi Allah kepada kita dan negara kita yang tercinta ini. Selamat hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..

Kita Di Gerik...wah!! Gerik sehari dua sebelum raya, kesesakan lalulintasnya mak datok, begitulah hebatnya kita..

Saturday, May 22, 2010

Oh..MIC..

Apa lagi Samy. Hulu Selangor sepatutnya membolehkan Presidennya (yang berjanji kalau BN menang melalui wakil MIC akan mengundurkan diri..) melepaskan kerusi Presiden kepada yang lebih segar, lebih sesuai dengan keadaan masa kini. Berhentilah..sebelum sekali lagi masyarakat India menolak MIC..bukan kerana tidak sayangkan MIC, tetapi kerana faktor yang semua masyarakat India tahu..

Wednesday, May 12, 2010

SELAMAT HARI GURU

16 MEI. Selamat Hari Guru kepada semua warga guru. Tentulah teman takkan lupakan jasa guru - guru teman. Terutamanya semasa teman di SRJK Inggeris Gerik. Selepas tu meneruskan alam Menengah di SMKSultan Idris Shah II Gerik dan SMK Bukit Merchu Kuala Kangsar. Jasa guru terpahat kukuh di hati teman. Semasa di SRJK Inggeris Gerik, teman le kumpulan pertama di mana Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris di sekolah rendah ditamatkan. Walaupun dalam Sijil berhenti tertera nama sekolah Inggeris, tetapi teman dan rakan - rakan teman sekelas hampir sebahagiannya gagal kuasai Bahasa Inggeris dengan baik. Cukuple sekadar mengajar anak - anak di rumah. Alhamdulillah, setakat hari ni anak - anak teman Bahasa Inggeris mereka takle koman sangat. Kalau tak A pun, dapat le B. Selalunya A le..

Monday, March 8, 2010

Reformasi di Malaysia. Apa sebenarnya Dato Salehuddin..

Mengikuti temu bual Dato Salehuddin, bekas SUA PKR dalam MM, teman cuma tertarik dengan istilah reformasi yang kerap sangat disebutnya. Bukan setakat disebut, tetapi menganggap dirinya reformis. Penggerak reformasi di Malaysia. Reformasi yang disuburkan akibat daripada pemecatan DSAI daripada kabinet dan UMNO. Reformasi yang digambarkan dengan rusuhan dijalanan. Reformasi yang ketika itu hanya memperjuangkan nasib DSAI yang kehilangan tangga terakhir untuk menjadi PM. Lebih - lebih lagi apabila disebutkan reformasi ini disertai oleh masyarakat marhaen yang teruja dengan karisma palsu DSAI. Sehingga hari inipun, laungan reformasi akan muncul apabila munculnya DSAI dikhalayak. Walaupun pada ketika sedang berperang dengan pengadilan terhadap moral beliau.

YB Zul: Akhirnya dipecat..

Begitulah kesudahannya. Kesudahan yang sebenarnya mudah untuk dijangka. Rentetan serangan YB Zul kepada partinya sendiri, memang mengundang keputusan sebegini. Tapi, atas apa sekalipun dilihat oleh sesetengah sebagai usaha meraih publisiti, YB Zul memperlihatkan dirinya sebagai seorang pejuang. Seorang yang konsisten dalam mempertahankan agama dan bangsanya. Inilah yang sebenarnya perlu ada pada setiap yang menawarkan dirinya sebagai pemimpin. Menjadi pemimpin dalam sebuah negara pelbagai kaum di mana setiap kaum memperjuangkan kaum masing - masing. Lebih - lebih lagi dalam konteks Malaysia di mana kaum minoriti begitu lantang dan bersungguh - sungguh memperjuangkan kepentingan kaum mereka berbanding sikap bertolak ansur dan menjaga keharmonian yang ada dalam diri masyarakat Melayu.

Thursday, March 4, 2010

LTdL. Penganjur wajar mohon maaf kepada MB Kelantan..

Satu tindakan yang amat tidak wajar. Dalam perkara - perkara yang berhubungkait dengan penganjuran yang membabitkan nama negara, perkara - perkara remeh ini sepatutnya dikesampingkan. Janganlah dalam semua perkara hendak dikaitkan dengan politik. Pergeseran dalam politik biarkan berada dalam ruang lingkup politik. Kita percaya inipun bukan yang dikehendaki dan diamalkan oleh kepimpinan UMNO baik di Kelantan mahupun Pusat. Ini cerita keghairahan penganjur, yang kena diingatkan tentang menghormati tuan rumah. Apatah lagi tuanrumahnya adalah pemimpin utama negeri. Menteri Besar.

Dengan kekuatan yang ada pada UMNO, kita tidak perlu nak 'perasa' seorang bertaraf MB semata -  mata kerana dari pihak pembangkang. Sebagaimana kita mengharapkan semua lapisan masyarakat menghormati kepimpinan kita, sebagaimana yang kita laungkan apabila kita berkuasa, kita adalah pemimpin kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, maka begitulah juga pendirian kita terhadap MB pembangkang.

Menentang kepincangan, menggerakan saraf untuk menjatuhkan parti dan mengalahkan mereka dalam Pilihanraya, adalah satu isu yang amat berbeza. Manakala menghormati kedudukan seseorang sebagai Menteri Besar yang sah adalah satu isu lain yang amat berbeza. Yang menuntut kita untuk mempunyai jiwa yang amat besar, yakni saling menghormati. Sekalipun kita mungkin 100% tidak bersetuju dengan MB, tetapi hormatilah dia sebagai MB Kelantan dan lebih daripada itu hormati sebahagian yang hadir ke majlis tersebut, yang sudah tentunya adalah penyokong beliau.

LTdL, tidak akan menjadi 5 bintang hanya kerana berani tidak menghormati seorang MB, dan UMNO pun tidak akan memenangi hati rakyat hanya dengan meminggirkan protokol dan puas hati seolah - olah dapat mengenakan seorang MB pembangkang.

Mohon maaf lah..tiada siap yang rugipun..

Zahrain, Tee Beng dan Mohsin..Zul bila lagi..

Dah 3. Katanya ada lagi. Anwar pun nampaknya senyap aje. Tak seghairah masa war - war pasal 16 September, nak tubuh kerajaan secara haram. Tak seghairah masa Nasaruddin Bota lompat sekejap dan kembali ke UMNO. Maha Besar Allah. Skrip, Papan Cerita,Produser dan Pengarah asalnya direncanakan oleh Anwar sampai rombongan Ahli Parlimen yang berkampung di Taiwan pun dibuntuti, diketuai oleh Tian Chua sehingga menempuh taufan yang melanda Taiwan masa tu. Begitulah keghairahan Anwar. Masa itu pakatan pembangkang tak kisah pun pasal demokrasi ke tidak, wajar ke tidak, bermoral ke tidak, hormati pengundi ke tidak, katak ke tidak asalkan cita - cita menduduki Putrajaya dicapai.

Tetapi, sungguh..negara ini negara yang amat dirahmati Allah. negara yang dilindungi Allah. Bukan hanya dilindungi daripada petaka  yang saban menimpa negara lain,sama ada petaka alam atau  petaka sesama manusia warganya. Allah merahmati negara yang dicintai ini. Dan Allah sebenarnya melindungi kita daripada bencana lebih besar apabila bukan setakat menggagalkan segerombolan  politikus, yang rakus mengancam agama, bangsa dan tanah air. Bahkan Alllah menunjukkan kekuasaan Nya yang Maha Besar , apabila gerombolan ini mula diporak porandakan sedikit demi sedikit. Apakah itupun kita gagal untuk melihat bahawa Allah memberikan pengajaran besar kepada kita..

"" Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.""

Wednesday, March 3, 2010

Tenang di luar rumah..

Kekadang, banyak juga masa dihabiskan kat luar..tak ada le berinternet..terutama bila anak - anak balik dari asrama, makan - minum kat luar, dengan kolam buatan..cuma tak tahannya, sikodok pun ada juga..bising pulak tu..hmm..


Santai sekejap..

Badan pun tak berapa segar.Iyalah dah hampir 50 ni, imuniti pun tak macam dulu..jadi berehat sikit pasal nak fikir yang berat - berat. Santai sedikit. Jadi ambil le gambar sekitar dalam bilik. tapi port kerja aje la..tak lebih daripada itu..Dulu berjaga malam di luar bilik kat ruang tamu, Eima pun tarik muka semacam aje..iyale asyik dia sorang aje dalam bilik, suaminya asyik dengan pc nya..jadi tu le teman pindahkan tempat kerja ke dalam bilik tidur..sekurang - kurangnya ada le berteman..



Inile rupanya tempat bekerja dan tempat tidur..semua dalam bilik..

Monday, March 1, 2010

Selepas Fairus, siapa lagi..

Semalam, bekas TKM 1 Pulau Pinang, keluar PKR dan menyertai UMNO. Ini rentetan yang berterusan nampaknya yang mula menimpa PKR. Satu persatu..kita yakin kan ada lagi gerombolan yang lebih besar yang tidak mahu turut serta berada dalam gerombolan yang mengkhianati agama, bangsa dan tanah air. Gerombolan yang membuka ruang kepada minoriti 'meminta peha selepas mendapat betis'. Membuka ruang kepada pemimpin yang sedikitpun tidak menyenangi Islam, menunjukkan kesanggupan mereka untuk menjadi celupar tentang Islam. Membuka ruang kepada mereka yang selama ini amat sekali beranggapan Melayu ini sebagai bangsa kelas dua yang hanya layak menjadi budak suruhan, untuk melaksanakan impian mereka menjadikan Melayu ini terus menjadi budak suruhan.

Tahniah lah Fairus. Mungkin dah agak terlambat tapi bukan lah pula penghujung. Kepada yang lain yang masih dalam gerombolan yang terus - terusan 'mengenakan' bangsa Melayu yang lemah lembut, santun dan pemaaf ini, tunggu apa lagi..

Kalau kita dah sampai peringkat kata mereka banjingan dan baluci, buat apa lagi kita dalam gerombolan tu..keluar cepat - cepat..


Begitulah hebatnya DAP. Bukan setakat boleh buatkan UMNO dan PAS bertelagah, UMNO dengan Komponen bertelagah, tapi sama - sama dalam Pakatan pun boleh bertelagah. Pandainya DAP ni, perkara yang diganggunya pun perkara yang menimbulkan polemik sesama Melayu dan Islam. Contohya tentang Maulidur Rasul. Gamaknya DAP dah buat kajian mendalam tentang Maulidur Rasul ni. akan ada ulama kata boleh. Ada ulama kata tak boleh. jadi berperanglah sesama Islam tentang boleh ke tak boleh, afdal ke tak afdal Perarakan Maulid. Yang sepatutnya kita sepakati, mengapa perarakan yang menghubungkan silaturrahim sesama Islam dalam memperingati Maulidur Rasul itu yang nak ditiadakan oleh DAP..apa yang tersiratnya..Gamaknya selepas ini kalau DAP kata tak perlu Azan dengan pembesar suara, nanti ada yang kata zaman Rasulullah dulu mana ada pembesar suara, semata - mata nak iyakan DAP..aduhh..politik Melayu Islam kini..

Kita di Gerik..mengalu-alukan kembali semula Pak Leman bekas Pengerusi Bahagian Penaja PKR Gerik ke UMNO..ahlan wassalam..