::

:::

Saturday, February 26, 2011

TPM:Bertindak tegas terhadap Hindraf


" KUBANG PASU 24 Feb. - Pemimpin pertubuhan haram, Hindraf perlu dikenakan tindakan tegas atas dua kesalahan iaitu memperjuangkan sebuah badan yang sudah diharamkan kerajaan dan merancang mengepalai perhimpunan tanpa permit."..Timbalan Perdana Menteri

Teman sokong beratus peratus. Itulah sewajarnya. Takkan le kita nak biarkan segelintir daripada kita yang terdesak untuk mendapatkan keuntungan politik sempit memporak - porandakan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi sekarang. ISA ada. Gunakan le. Inilah masanya. Kalau kita asyik amaran demi amaran demi amaran, mereka naik toncang. Mereka sendiripun bukannya mewakili majoriti masyarakat India di negara kita ni. Mereka hanya alat beberapa kerat pemimpin yang bercita - cita untuk ke Putrajaya.


MIC pun jangan le pulak nak melatah menunjukkan simpati mereka kepada HINDRAF ini. Mereka juga kena patuh kepada undang - undang negara. Dah amat jelas HINDRAF ini PERTUBUHAN HARAM dan nak adakan DEMONTRASI HARAM. Jangan le kononnya nak meningkatkan sokongan kaum India, isu HINDRAF pun nanti ditangani secara yang amat tidak bijaksana. Banyak lagi pendekatan lain yang boleh diambil untuk memenangi hati masyarakat India. Banyak lagi kaum India yang cintakan keamanan dan kemakmuran negara ini. Dan lebih banyak lagi yang rasa bertuah mereka menjadi rakyat Malaysia dan bukannya rakyat India.

Harap-harap Menteri KDN, akan mengambil tindakan tegas. Bukan hanya kerana Revolusi Neo 13 Mei ( seperti kata YB Kulim Bandar Baru ) ini sahaja baru kita ambil tindakan tegas. Bersihkan akar umbi mereka. Ini tidak, kadang - kadang kita dapati HINDRAF ini masih lagi aktif. Masih lagi berfungsi. Masih lagi mempunyai carta organisasinya..belajarlah bagaimana Al - Arqam dulunya dilumpuhkan..

Kita Di Gerik : Kadang - kadang resah kerana kita terlalu banyak berlembut dengan perkara yang boleh menjejaskan rakyat. Majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan perpaduan, sentiasa tertunggu - tunggu apakah tindakan tegas terhadap HINDRAF ini..dah lama dah..sehinggakan mereka yang tak berapa kerat ni ternampak sebagai mempunyai kekebalan dan mengganggu majoriti rakyat yang lain..ISA kan saja..

No comments:

Post a Comment