::

:::

Monday, March 30, 2009

DSD Tajol Rosli yang saya kenali

Dalam kehebatan perhimpunan Agung UMNO, terselit rasa kehilangan yang amat sangat apabila DSD Tajol Rosli, mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua uMNO Bahagian Gerik, rentetan daripada perletakan jawatan sbagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan menolak tawaran semula sebagai MB Perak ke 11.
Tulisan peribadi ini khusus sebagai penghargaan kepada DSD. Saya yang bermula sebagai ahli UMNO yang begitu kritis terhadap kepimpinan UMNO Gerik pada awalnya, akhirnya akur bahawa DSD adalah pemimpin terbaik yang pernah dilahirkan oleh UMNO Gerik.
DSD penuh dengan kehemahan budi yang tinggi. DSD tidak pernah meletakkan label MB dalam persekitaran kehidupan beliau.Amat terhutang budi kita kepada DSD. Satu anugerah terbesar buat saya, apabila DSD meletakkan saya, seorang kelahiran kampung yang membesar di persekitaran sawah padi, ke satu jawatan yang membolehkan saya dihormati oleh masyarakat UMNO, di terima oleh penjawat tinggi di Hulu Perak, membuatkan suara saya didengari dan lebih daripada itu memberikan ruang besar untuk saya berkhidmat dengan berkesan kepada masyarakat. Tanpa itu semua saya mungkin hanya seorang guru kecil yang tidak dikenali.
Terima kasih DSD, saya kehilangan pemimpin yang amat saya hormati, semoga DSD dan keluarga sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t.

Boo Khairy..

Astaghfirullah..belum habis perhimpunan, sebahagian perwakilan memperlihatkan kegagalan untuk menyahut seruan perpaduan yang digegak-gempitakan dalam Perhimpunan..seruan kepada perpaduan dan perubahan UMNO..mereka bertepuk penuh semangat berazam menyokong seruan perpaduan perubahan dalam UMNO..
Tetapi, Khairy Jamaluddin, KJ, yang dipilih melalui demokrasi dalam UMNO, dipilih oleh perwakilan Pemuda UMNO, di'boo' dalam Perhimpunan Agung. Dimanakah sokongan perpaduan jika itu yang ditunjukkan oleh Perhimpunan, yang sepatutnya memperlihat kematangan dan kesungguhan untuk bersatu dan berubah.
Berilah KJ peluang. Beliau telah melalui pemilihan secara demokrasi dalam Pemuda. Janganlah perwakilan perhimpunan yang sepatutnya mengetuai usaha perpaduan dan perubahan dalam UMNO, sepatutnya lebih matang, menghormati keputusan Pemuda.
Akhirnya, UMNO juga yang diketawakan. Dalam bercakap pasal perpaduan dan perubahan, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, bertaraf Naib Presiden, dipilih secara demokrasi, pemimpin UMNO sendiri yang 'boo' dalam Perhimpunan UMNO sendiri
Selebihnya, bagaimana mungkin kita mampu mendapat penghormatan daripada komponen, apatah lagi pihak pembangkang..
Begitulah, UMNO tidak pernah serik.
Saya, harapkan Mukhriz menang...tetapi UMNO lebih penting.

Aura Tun Mahathir

Alhamdulillah. Kita pun terasa sebak dengan kehadiran negarawan ulung, Tun Mahathir dan Tun Hasmah ke Perhimpunan Agung. Menjadi generasi Melayu yang menjalani usia muda semasa Tun menjadi Perdana Menteri, rasa bangga menyelinap untuk berdiri megah sebagai warga Melayu, warga Malaysia dan beragama Islam di tanah air tercinta ini. Keseluruhan gerak hidup kita dipenuhi dengan kegemilangan era pemerintahan Tun dan sehingga kini Tun tiada gantinya.
Kehadiran Tun, yang sehingga kini suara yang dilafazkan beliau, meskipun kadang - kadang menggugat keutuhan UMNO, adalah kerana bangsa dan agamanya. Keikhlasannya untuk melihat bangsa dan agamanya tidak mudah - mudah diperkotak - katikkan, tidak pernah luntur sedikitpun daripada jiwa Tun.
Sebagai negarawan terulung, Perdana Menteri yang tiada tolok bandingnya, Presiden UMNO yang tiada gantinya, kehadiran Tun hendaklah diterima tanpa prejudis. Ketika seantero dunia masih mendengar kepada Tun, apakah UMNO menjadi terlalu angkuh untuk 'tidak mendengar' kepada Tun ? Jasa Tun terlalu besar untuk kita tidakkan...