::

:::

Thursday, May 28, 2009

DAP,PKR dan PAS..sokong Chin Peng balik..

Dr.Tan Seng Giaw (DAP), Ten Chua dan Mustaffa Kamil Ayub (PKR), Salehuddin Ayub (PAS). Itu kenyataan dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian hari ini. Sehati sejiwa sungguh lah. Kerana sebantal, setilam akhirnya mimpi pun serupa. Kalau DAP dengan PKR, taklah hairan. Kalau Dr.Tan Seng Giaw dengan Ten Chua, pun kita tak hairanlah. Tapi ini Salehudin Ayub. Ini PAS. Ini Parti Islam kata mereka. Parti Melayu.
Allahuakbar. Nampaknya kepentingan politik membeku matikan jati diri. Kalau dulu kata berkawan dengan syaitan pun boleh, nampak gayanya bersama komunis pun dah tak kisah. Nampaknya tidak berbaloi lah bekas askar dan polis yang cintakan PAS selama ini. Tak berbaloilah rasanya sayang sangat orang kampung yang percaya sungguh kepada PAS yang saya percaya generasi dulunya amat menderita kerana kezaliman komunis ni..Gamaknya lepas ni Chin Peng pun boleh bertanding wakili pakatan..
Teman tak tahulah terkata apa..teman siarkan petikan tragedi keganasan komunis yang ditanggung oleh Prof.Dr.Amat jauhari (UPM) seperti mana disiarkan dalam UM halaman pertama 28 Mei 2009..

" ...bapanya dan bapa saudaranya diikat dengan tali. Mereka disiksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum disembelih,"katanya ketika mengimbas kejadian pada akhir Jun 1945 semasa pemerintahan Bintang 3 Komunis selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah....."
Kita di Gerik nak cadangkan supaya keganasan komunis ini disiarkan setiap hari di TV atau akhbar, terutama bagaimana menderitanya polis, askar dan Melayu dikampung..

Peringatan kepada yang berurusan dengan ceti Along..

Percayakah kita perkara ini berlaku di Malaysia..?!!

Wednesday, May 27, 2009

Kak Min lawan PKR..

PRK Penanti. Kak Min lawan PKR. dulupun Kak Min dalam PKR. Rasanya bertemulah yang seruas dan sebuku dengan politik PKR. Kalau dengan UMNO dan BN, itulah cara PKR. Dedah itu, dedah ini. lapor itu , lapor ini. Semua yang buruk dan busuk tentang UMNO dan BN. PKR nya pula maksum.
PRK Penanti, PKR hadapi Kak Min seorang. Kak Min pula dedah dan lapor. Lebih hebatnya Kak Min dulu Ketua Angkatan Wanita PKR Pulau Pinang. Kak Min kata dia disogok wang dan jawatan. Saifudin Nasution pun mengaku ada ahli PKR jumpa Kak Min. Tak nafi cuma 2 orang tu katanya bukan wakil parti. Inisiatif individu. Entahlah nak bodohkan siapa lagi. Atau sememangnya ada yang membodohkan diri untuk iyakan sahaja Saifudin Nasution.Tadi dalam Berita Utama siarkan Kak Min kata ada lagi. Kalau berani saman le Kak Min.
Kan sekarang strategi PKR selama ini dalam Pilihanraya dengan cara fitnah dan hentam keromo, jatuhkan maruah individu, salahkan semua orang akhirnya bertemu juga dengan Kak Min..bekas pemimpin PKR sendiri..
Kita di Gerik, nampaknya ada beberapa kerat Melayu aje lagi dalam PKR..iyalah Perak pun dah diperintah BN kembali..faham - faham ajelah..

Barca atau MU..

Esok. Final liga Juara - Juara. Pilihan teman tetap Barca. Messi, Henry, Eto'o, Puyol, Xavi. Bukan sekadar nama besar, tetapi skill dan bolasepak yang cukup menghiburkan. Sebenarnya Liga Spain ni jauh menghiburkan. Kepelbagaian skill dan kemahiran ala bolasepak latin ini rasanya jauh lebih berbaloi untuk ditonton daripada skill sepak dan lari dan bergantung dengan kekuatan fizikal bolasepak Inggeris. Tapi iyalah, EPL penuh dengan promosi, glamour tapi manalah ada bintang kelas A dunia..itulah bagaimana mereka cukup hebat kalau berkaitan dengan pemasaran.
Halim Hanafiah pun dah janji. Kalau Barca menang, esok semua kawan - kawan makan free..Mokhtar Napis pun sokong..belanja kawanjuga le tapi Halim le bayarkan.. ramalan teman Barca 2 - MU 0.
Kita di Gerik, nak tengok live bolasepak jam 2.00 pagi ni pun kena pilih perlawanan..dah tak seghairah dulu..Barca lawan MU..yang ni mesti tonton..

Ustazah Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy..

Kemunculan Raihan, Rabbani dan Hijjaz, menyemarakkan genre nasyid dalam industri hiburan tanah air. Memberikan pilihan terbaik ketika kebanyakan fanatik muzik memberikan impak kepada kemerosotan akhlak muda - mudi. Bukan setakat lagu dan senikata mereka, tetapi kehidupan mereka menjadi ikon terbaik kepada pencarian membina budaya baik kepada golongan yang tidak dapat lari daripada muzik.
Itulah yang sepatutnya diselami dan dipasak sesungguh - sungguhnya kepada dua anak seni ini yang masuk ke dalam satu aliran kehidupan yang sentiasa disulami glamour dan menjadi perhatian masyarakat. Apatah lagi seluruh umat Islam mengenali kedua - duanya sebagai segelintir artis yang hadir bersama kelompok kecil artis yang melihat Islam sebagai batasan mereka dalam bidang seni. Memberikan nasihat kepada khalayak. Mengingatkan khalayak tentang kesucian Islam. Menjadikan ayat - ayat suci sebagai sebahagian daripada madah dalam lagu mereka.
Kerana itu, fokus masyarakat kepada mereka amat tinggi. Lebih tinggi daripada fokus kepada Siti Nurhaliza. Bukanlah sangat kerana bakat, kemerduan suara atau rupa paras mereka tetapi kerana gema Islam dalam lagu mereka. Roh Islam dalam persembahan mereka. Mereka hadir ke khalayak dengan segala bentuk nasihat dengan iringan kebanggaan khalayak menjadikan mereka sebagai artis Muslim yang tidak menipu agamanya sendiri.
Tetapi sehari dua ini, Ustazah Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy ini benar- benar menjadi fokus. Apa yang dipaparkan dalam akhbar tentang Ustazah dan Ustaz ini dikhabarkan dilihat berdua, di pawagam, di tepi pantai ( bersama rakan lain ), dan akhirnya pendedahan isteri Ustaz sendiri tentang hubungan terlarang suaminya dengan Ustazah ini, tentulah mengecewakan masyarakat Islam.
Isteri Ustaz Akhil Hayy rasanya tidak perlukan publisiti atau populirati, tetapi yang peliknya seperti laporan Berita harian 26 mei 2009, Ustaz Waheed pula yang berikan amaran," jangan sampai saya hilang sabar..."
Siapa yang sepatutnya hilang sabar..kata Nabil,"lu pikirlah sendiri.."

Monday, May 25, 2009

Teng Hock Nan..kemanusiaan melampau dan publisiti bodoh..

Ching Peng. Teman bukan lahir zaman Bintang Tiga memerintah sebaik sahaj Jepun menyerah diri. Tapi teman lahir di kawasan paling akhir di bumi Malaysia ini yang diisytiharkan sebagai kawasan putih, bebas daripada ancaman pengganas komunis. Dan sepanjang sejarah hidup teman, teman diceritakan, membaca, bertemu sendiri dengan mereka yang menderita akibat keganasan pengganas komunis yang dipimpin oleh Chin Peng. Dan Chin Peng, sampai bila - bila pun adalah Penderhaka Tanah Air Nombor Satu.
THN, kena menghargai sejarah Tanah Melayu dan Sejarah kewujudan negara bangsa yang kita nikmati hari ini. Bermula dengan kedatangan Portugis, Melayu lah yang berlumuran darah mempertahankan setiap inci kehormatan Melaka. Belanda, selepas itu, Melayu jugalah yang menjulang tombak dan keris. Datang Inggeris, Melayu jugalah yang melibas pedang dan golok mempertahankan kedaulatan setiap inci bumi tercinta ini. Apabila Inggeris menubuhkan Gagasan Malayan Union, dengan tujuan menjadikan Tanah Melayu ini sebagai jajahan takluk sepenuhnya, Melayu inilah juga yang berarak di seluruh negara sehingga menggagalkan niat British dan membuka ruang ke arah kemerdekaan Tanah Melayu. Hanya setelah mereka merasakan kemerdekaan Tanah Melayu menjadi ancaman besar kepada survival mereka, barulah mereka mula menunjukkan minat terhadap proses kemerdekaan negara.
THN, Chin Peng tu kepala pengganas komunis. Berapa banyak nyawa yang tidak berdosa, harta benda yang lebur, kehidupan yang tidak aman, janda - janda, anak - anak yatim kerana kekejaman Chin Peng dan gerombolannya. Orang Cina pinggir hutan pun tidak hidup dengan tenteram sehinggakan orang Melayu bermurah hati membenarkan kerajaan British melaksanakan pembinaan Kampung Baharu bagi menempatkan masyarakat Cina pinggir hutan.
Kita yakin, THN tidak minat belajar sejarah. Apa lagi nak belajar tentang sejarah Tanah Melayu. Jauh sekalilah nak belajar sejarah perjuangan orang Melayu sejak Portugis hinggalah kemerdekaan. Tapi sekurang - kurang nya, belajarlah tentang sensitiviti orang Melayu.
Chin Peng, teman yakin Rukun Negara pun dia tak kisah. Pertama, komunis mana percaya pada Tuhan. Kedua, komunis nak wujudkan Republik ( macam nampak idea beberapa kerat parti politik sekarang ni ), jadi manalah nak setia kepada raja dan negara kita. Ketiga, komunis mana nak terima Perlembagaan seperti negara kita, ada mengenai raja, mengenai Islam , mengenai hak istimewa bumiputera. Keempat, komunis mana nak terima undang - undang yang kita gunakan sekarang, apatah lagi untuk wujudkan pelbagai parti yang akan menduduki Dewan Parlimen dan DUN. Kelima, komunis mana ada cerita tentang kesopanan dan kesusilaan, apa yang diperjuangkan adalah kononnya kesamarataan tanpa menghormati kewujudan pelbagai strata masyarakat..
Jadi teman yakin. Ideologi komunis seolah kepercayaan agama bagi penganut fahamannya. Tidak semudah itu untuk Chin Peng hendak melupakan apa yang dianuti, dipercayai dan diperjuangkan nya seumur hidupnya ini. Atas dasar apa lagi sebenarnya untuk THN hendakkan Chin Peng dibenarkan balik. Takkanlah hanya itu sahaja satu - satunya perkara terpenting yang mampun menarik kembali sokongan masyarakat Cina terhadap BN. Kalau begitu, setelah sekian lama menikmati kehidupan kelas pertama di Tanah Melayu ini, takkanlah Chin Peng juga yang jadi hero masyarakat Cina. Tak adalah bezanya dengan cara Chin Peng tafsirkan Rukun Negara.
Kita di Gerik, heran juga, bos THN jadi menteri yang jaga hal perpaduan dan intergrasi. Rasanya cara THN berfikir ini tidak menyumbang kepada kerja keras bosnya untuk perpaduan dan intergrasi nasional. Lagipun kita faham, tentera dan polis yang korbankan jiwa dan raga sepanjang menentang komunis tu, kebanyakkannya Melayu, manalah THN nak fahami perasaan mereka..

Hindraf: Dimana bumi dipijak...

Hari ini ke Pejabat Audit. Urusan kerja. Dalam perjalanan pergi, fikiran berkisar tentang amaran PM kepada Hindraf. Hindraf kan pertubuhan haram. Jangan disebut pun dalam mana - mana media. Jika setiap kali mereka cuba bangkit, kita paparkan dalam media, yang haram pun nampak seperti ada pengiktirafan. Kalau yang bangkitkan kenyataan bodoh tu ialah Manoharan, sebutkan Manoharan, jangan sebut Hindraf. Kalau yang bangkitkan tu Uthhayakumar, sebutkan Uthayakumar, jangan sebut Hindraf. Jangan berikan sesempit ruang manapun dalam media untuk warwarkan nama Hindraf. Kalau nak sebut juga, tambahkan pertubuhan haram Hindraf. Kalau nak lebih ngeri lagi sebutkan pengganas sosial Hindraf.
Kita kadang - kadang berikan terlampau banyak ruang untuk mereka bangkit. Tidak perlu sebarang iklan percuma untuk mereka. Kalau Manoharan yang mengancam keselamatan, tangkap Manoharan tanpa sebutkan Hindraf. Hindraf haram. Tidak perlu liputan. Mereka juga menggunakan provokasi yang mereka tahu tidak akan berjaya tetapi disebabkan liputan terhadap mereka, mereka berjaya. Dulu siapa kenal Manoharan dan Uthayakumar.
Dalam kita tidak memberikan mereka publisiti percuma, Hindraf kena diberikan peringatan. Hindraf kena diperingatkan tentang betapa bernasib baiknya mereka menjadi warga Malaysia. Mereka kena diperingatkan betapa bertuahnya mereka menjadi warga negara di mana tuan rumahnya adalah orang Melayu. Peringatkan mereka, kalau mereka warga negara di India, ibunda asal mereka, nasib mereka mungkin jauh lebih teruk daripada apa yang dinikmati oleh masyarakat India di Malaysia. Mungkin 5 pemimpin Hindraf tak merasa jadi peguam pun. Apatah lagi nak jadi Wakil Rakyat.
Sedar diri lah..ambillah pengajaran yang diperolehi oleh pengganas Tamil Eellam di Sri Langka. Kerana tidak tahu di mana bumi berpijak, di situ langit dijunjung, akhirnya yang menderita minoriti Tamil juga..
Kita di Gerik..heran dengan Melayu yang beria - ia menyokong pertubuhan haram Hindraf ni..takkan tak belajar apa yang berlaku di Fiji, sehingga Rabuka terpaksa rampas kuasa, supaya tidak diperintah minoriti India..

Sunday, May 24, 2009

Puasa ke berlapar...

Nah..ni EXCO Perak yang diperjuangkan benar oleh Nizar..yang bersungguh benar di pertahankan oleh Nga dan Ngeh.. Ini yang nak perjuangkan Islam dan Melayu..

Ni pula Exco baru BN..fikirkanlah tentang
Agama bangsa dan tanahair..


Malam nipun kita tertarik lagi dengan satu berita. Tapi agak istimewa juga dan teman pun menung panjang juga..Nga DAP yang bacakan ayat suci Al-Quran masa di Bukit Gantang dulu tu dan disambut takbir pula oleh penyokong PAS masa tu, buat pengumuman istimewa pula. Lepas dapat keputusan yang tidak memihak kepada mereka, Nga DAP pun umumkan akan 'berpuasa' selama 3 hari sebagai bantahan. Semua boleh datang dan sertai. Kata Nga DAP, orang Islam PAS pun akan turut serta. Perasminya Nizar.

Fatwa Nga DAP, orang bukan Islam akan berpuasa 3 hari, setiap 4 jam boleh ambil minuman tapi tidak boleh makan sehingga cukup 3 hari. Nanti kena qada' gamaknya. Nga DAP pun nasihatkan Islam PAS dan PKR yang turut serta supaya jangan lupa sahur dulu (utk dapat pahala sunat). Berpuasa sehingga sampai waktu berbuka. Puasa juga 3 hari. Sepanjang peristiwa puasa tu semuanya akan ada di Pejabat DAP depan SUK tu..Berbuka tak apale ada kedai mamak kat bawah tu, tapi solat kena naik Pejabat DAP, mungkin Nga dah sediakan sejadah.


Nga juga umumkan Majlis penutup di Markas PAS, juga oleh Nizar. Ada solat hajat juga diadakan. Jangan nanti doakan macamana PAS doakan Tun M semasa solat hajat perdana di Stadium Sultan Mohamed keIV dulu masa kes Anwar Ibrahim, doakan supaya Tun M diturunkan bencana.. tapi sampai sekarang Tun M nampak sihat walafiat. Bahkan kata kawan teman, muka Tun M tu nampak lebih bercahaya daripada sesetengah Ulama PAS. Tambah le kalau nak banding dengan seri muka DSAI ke, Mat Sabu ke, Ahmad Awang ke, Husam Musa ke..lagi le kalau nak dibandingkan dengan muka Hindraf yang berjambang tu..nampak cerah dan tenang sikitpun dia kata sejuk tengok muka Nasharuddin Mat Isa.Itupun nak dilawan mereka.


Cuma teman agak ragu le.. teman mungkin tidak mendalami tapi adake sunatnya nak lakukan ibadah puasa macam tu. Tambah pula tujuannya pun nak jatuhkan sebuah kerajaan yang dikuasai oleh majoriti pemimpin Islam dan Melayu supaya naik baliklah pemerintahan Nizar PAS dengan 7 exco DAP..halalkah ibadah tu..dan lebih sebak lagi bila yang menganjurkan 'ibadah' tu pula Ustaz Nga DAP..yang teman yakin benarlah tak ada sedikitpun simpatinya terhadap syiar dan kedaulatan Islam..


Kita di Gerik..setahu kita kalau kaum keluarga Ustaz Nga DAP tu dipanggil Illahi, kenale pakai baju hitam, tapi bagi kita orang Islam, putih tulah tanda suci dan bersih..ada ke Islam PAS nak pakai hitam tu..

Ahmad Awang:BN kononnya tiada majoriti..

Balik daripada Teluk Intan, Sambutan Hari Guru Pkt Negeri, terus rebah, demam. Sehari sebelum Mahkamah Rayuan putuskan Dr.Zambry, Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan yang membuktikan Paduka Seri Sultan Perak tidak silap dalam melaksanakan Undang - Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Cadangnya nak berehat le daripada mencatat sesuatu dalam blog. Asyik mengadap suratkhabar ajelah. Terbaring atas katil. Tapi bila baca surat khabar tertarik pula dengan berita, Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak kata, walaupun Mahkamah Rayuan iktiraf Dr. Zambry sebagai Menteri Besar perak yang sah, tapi dia kata BN cuma ada 28 kerusi, Pakatan Pembangkang ( meluat nak sebut Pakatan Rakyat sebab seorang orang kuat PAS yang dah pun letak jawatan beritahu teman PKR tu maknanya Pening Kepala Rakyat ) pun ada 28 kerusi. Kata Ahmad Awang 3 kerusi Bebas tu tak boleh kira, sebab bukan wakil BN.
Sampai macamtu sekali rakyat nak dibobokkan dengan cerita - cerita yang sudah memperlihatkan ketololan mereka yang mabukkan kuasa. Kononnya atas nama rakyat. Kalau tafsiran Ahmad Awang, BN cuma ada 28 kerusi tidak termasuk kerusi Bebas kerana bukan wakil BN, macamana pula pemerintahan 11 bulan pakatan pembangkang. Mana pula dapat 28 kerusi tu. Berbanding BN yang ada 28 kerusi atas tiket satu parti dan satu simbol dan UMNO sendiri atas nama BN ada 27 kerusi, maknanya sejak keputusan PRU12 lagilah BN dah sepatutnya tubuh kerajaan. DAP cuma ada 17 ( dah hilang satu ), PAS ada 6, itupun sebab PKR tinggal 5 kerusi lepas hilang 2 kerusi. Daripada kerusi yang dimenangi inipun kalau dicongak secara bodohpun, BN lah yang majoriti. Ada ke DAP, PAS dan PKR dah bergabung atas nama satu parti, satu simbol. Sanggupke PAS nak korbankan nama Parti Islam Semalaya tu untuk guna nama dan tiket Pakatan Pembangkang. Simbol mana nak dibuang, Bulan ke, Roket ke atau Mata Sepet Biru tu.. Gitulah..kalau pembangkang hanya ikrarkan sokongan untuk bentuk kerajaan, walaupun bukan dalam satu parti atau satu simbol, boleh..boleh..boleh..kononnya demokrasi, kononnya atas kehendak rakyat. Tapi BN yang dah solid 28 kerusi, dan 3 wakil Bebas dah ikrarkan sokongan dan diketahui oleh seluruh pelusuk rakyat, termasuk Ahmad Awang dan Nizar, tak boleh..tak boleh..tak boleh..kononnya juga atas nama rakyat, atas nama demokrasi..entahlah rakyat mana nak dibohongi oleh Ulama Pas ini, demokrasi mana pula yang terpakai bila tidak berpihak kepada mereka.
Sudahlah tu..PRU13 rakyat diberikan semula kuasa menghakim. Seperti kata Dr. Zambry, masa ini digunakan untuk bekerja kepada Rakyat, pemerintah melaksanakan tugas, tanggungjawab dan amanah manakala pembangkang pula menjadi pembangkang yang membantu memberikan kesejahteraan kepada rakyat..
Kita di Gerik, ada kawan sebut, kalau 1 hakim, mungkin boleh berlaku kesilapan, tetapi kalau dah 3 hakim sebulat suara buat keputusan, takkan tiga - tiga silap..merayu tu hak mereka..

Saturday, May 16, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

16 Mei setiap tahun, Hari Guru disambut di seluruh negara. Pada 16 Mei 1956, Majlis Undang - Undang Persekutuan Tanah Melayu ( Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan Laporan Jawatan Kuasa pelajaran ( Report of the Education Comittee ) yang dikenali juga Laporan Razak sebagai Dasar Pelajaran Kebangsaan dan 16 Mei kemudiannya diisytiharkan sebagai Hari Guru.
Bukan sedikit jasa Guru untuk diterjemahkan dengan hanya sambutan Hari Guru. Namun, warga guru dengan penuh bangga sepatutnya menjadikan Hari Guru sebagai hari sambutan yang diadakan secara bersungguh - sungguh. Bukan sekadar hanya sebagai sambutan untuk menunaikan arahan daripada mana - mana pihak. Jika pun sering diperkatakan tentang peranan guru yang semakin mengecil dalam masyarakat, namun guru zaman kini sepatutnya menanamkan rasa bangga yang teramat sangat kerana perjuangan guru telah terpahat dalam tinta emas sejarah negara. Bukan hanya sebagai guru sekolah. Lebih daripada itu, guru berjuang menentang penjajahan, berjuang memerdekakan negara dan membawa rakyat keluar menjadi manusia sebagaimana yang dinikmati oleh seluruh warganegara.
Semoga suatu ketika nanti, seluruh masyarakat akan berpusu - pusu ke sekolah, tanpa perlu dijemput atau dirancang, tanpa perlu hadiah dan cenderamata, tanpa bunga manggar dan aturcara, pada 16 Mei, sekadar untuk mengucapkan Terima Kasih Cikgu.
Kepada semua guru yang berjasa, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, siapapun kaumnya dan apa pun anutan agamanya, SELAMAT HARI GURU.

Majlis Peguam : Asyik suruh orang lain aje letak jawatan..

Balik minum, tonton Awani. Rasa jijik benar bila Global Awani siarkan berita Majlis Peguam desak Menteri KDN dan Ketua Polis Negara letak jawatan. Salahnya kerana tahan 5 peguam yang berhimpun. Langgar hak kebebasan kononnya.
Besar benarkah jasa Majlis Peguam kepada rakyat yang hampir 26 juta orang di negara kita ni? Besar benarkah kuasa Majlis Peguam sampai nampak tidak boleh disentuh dan suruh pemimpin yang dah terbukti mempunyai jasa kepada rakyat meletak jawatan. Nampak macam Majlis Peguam ini kelompok terhebat pula di negara kita ini yang seolah - olah telah menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat, termasuk dinikmati oleh kepimpinan Majlis Peguam sendiri.
Nampak seolah Majlis Peguam ini terikut - terikut dengan barisan peguam di Pakistan yang sering berdemontrasi sehingga menjurus negara ini dalam kemelut yang memudaratkan rakyat. Jadi - jadilah seolah - olah jadi 'hero' dalam memperjuangkan rakyat. Rasanya kita pun kena berhentilah daripada sentiasa memberikan tumpuan kepada apa sahaja tindakan Majlis Peguam yang nak menampakkan diri mereka seolah - olah juara kepada demokrasi di negara kita ini. Jadi - jadilah. Kalau seminar mengenai agama Islam yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan orang Islam yang menjadi majoriti di negara ini, dianjurkan oleh Majlis Peguam tanpa fikirkan kemungkinan buruk terhadap kehidupan pelbagai agama di negara kita, tak ke terfikir nak letak jawatan..
Kita di Gerik, kalau melihat tidak hanya guna cermin mata, selalunya guna juga cermin muka, barulah nampak diri sendiri..

Friday, May 15, 2009

Baru Keputusan Mahkamah Tinggi, Nizar..

11 Mei 2009, sambutan Ulang Tahun UMNO. Hari itu juga Mahkamah Tinggi buat keputusan Nizar MB yang sah. Peguam Zambry rayu penangguhan untuk kuatkuasa keputusan Mahkamah Tinggi. Hakim tolak. Tapi bukan maksudnya tak boleh merayu. Hakim arahkan peguam Zambry pohon rayuan bertulis.
Tapi Nizar tidak sabar. Keluar Mahkamah Tinggi terus buat pengumuman. Nak masuk Pejabat MB. Dah nak mula kerja dengan exco - exco nya. Lebih daripada itu, Nizar dah pasang balik tag Menteri Besar atas plet kereta Camry rakyat yang dia gunakan itu.
Semua orang faham. Orang kampung di Gerik pun faham. Dalam sistem Mahkamah, selepas Mahkamah Tinggi ada lagi 2 Mahkamah yang lebih tinggi. Ada Mahkamah Rayuan dan ada Mahkamah Persekutuan. Jadi keputusan Mahkamah Tinggi belum muktamad. Nizar belum betul - betul sah jadi MB.
12 Mei Zambry failkan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk tangguhkan dulu penguatkuasaan keputusan Mahkamah Tinggi yang putuskan Nizar sebagai MB Perak. Rayuan Zambry diterima dan Zambry masih lagi MB Perak yang sah. Nizar sempat masuk Pejabat MB sekejap, lepas itu keluar. Katanya hormati keputusan Mahkamah Rayuan. Tetapi masa Sidang Dewan, 10 ADUN BN dan Bebas yang dibenarkan hadir Sidang DUN oleh Mahkamah, tidak dipatuhi oelh Speaker dan tentunya disokong oleh Nizar. Awal - awal lagi 10 DUN BN dan Bebas ni diarahkan Siva keluar kerana telah digantung dan letak jawatan. Yang ini tidak pula nak hormati keputusan Mahkamah.
Lepas itu, Nizar pula failkan rayuan untuk ketepikan keputusan Mahkamah Rayuan tangguh kuatkuasa keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Nizar. Isnin 18 Mei ini akan ada keputusan. Tapi itupun belum muktamad. Zambry telah kemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang isytihar Nizar sebagai MB. Keputusan di Mahkamah Rayuan, memihak kepada sesiapapun masih juga belum muktamad. Yang kalah akan memfailkan pula kes ke Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi dalam negara kita.
Selepas Mahkamah buat keputusan, barulah segala - galanya muktamad. Terungkai. Persoalannya, bolehkan Nizar, Ngeh dan Nga menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan pula Zambry sebagai MB ( marilah kita berdoa demi agama, bangsa dan Tanah melayu yang kita cintai ini ). Ataupun kalau memihak kepada Nizar, bolehkah Nizar menerima hakikat bahawa beliau tidak lagi dapat sokongan majoriti dalam DUN. Tambahlah pula dah tersebar khabar angin 5 orang ADUN PAS akan meninggalkan Nizar dalam pakatan pembangkang.
Jadi teman pun pelik bila ada analisis yang katakan apa yang berlaku di Perak sebagai krisis yang seolah - olah tiada penyelesaian. Sabar. Tunggu keputusan mahkamah. Lepas itu kita ada satu lagi. Sidang Dewan. Selesaikan pula dalam Dewan. Jangan hanya kata rakyat yang hendak PRK di Perak. Jangan lupa UMNO menang 27 kerusi. Pengundi yang menyokong 27 ADUN UMNO dan 1 kerusi MCA, pun rakyat juga. Bahkan rakyat terbanyak jika dibandingkan 17 DAP, 6 PAS dan 6 PKR, yang sampai sekarang pun belum terbentuk secara rasmi sebagai satu parti dengan satu simbol. Jadi, bukanlah susah sangat Nizar, kalau dah ditakdirkan Mahkamah berikan keputusan menyebelahi Nizar, jalankan tanggungjawab dengan memanggil Sidang DUN, dan terimalah hakikat kalau benar kita kehilangan sokongan majoriti dalam dewan. orang kampung pun tahu, kalau dah tidak dapat sokongan majoriti, lebih manis untuk kita mengundur kerana majoriti dah tak terima kita. Jangan sentiasa gunakan alasan atas kehendak rakyat aje..
Kita di Gerik, sentiasa teringat ucapan Nizar di Istana, semasa perlantikan MB dan semasa ucapan taat setia semasa Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak.."Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."...takkanlah kepada Allah pun nak dipohon sembah derhaka juga..

5 ADUN PAS mungkin keluar PR

Katanya khabar angin. Itu berita yang ditulis dalam akhbar. Seperti biasa jurucakap PR ( Pakatan Pembangkang ) akan kata itu semua khabar angin. Semuanya strategi UMNO dan BN. Strategi untuk gugat kesepakatan PR. Tapi yang peliknya tak ada pula penafian daripada ADUN PAS. PR kata kalau nak keluar mestilah 6 orang, kenapa pula 5. Iyalah, seorang lagi tu Nizar. Mungkin 5 ADUN PAS ni dah tak lagi iktiraf Nizar sebagai salah seorang ADUN PAS. Mungkin juga mereka dah terima hakikat bahawa Nizar kini ADUN DAP. Iyalah kalau sebahagian besar yang ditunjukkan oleh Nizar, baik semasa memerintah ataupun semasa hilang kuasa pemerintahan, lebih memperlihatkan wajah Ngeh dan Nga daripada wajah YB Hadi Awang mahupun Tuan Guru.
Teman pun rasanya begitu banyak untuk mempercayai. Petang tadi teman tengok video apa yang berlaku di DUN Perak tempoh hari. Tengok bagaimana Siva, Nizar, Ngeh dan Nga seperti tidak berpelajaran mengetuai asakan ADUN PR menyerbu kawasan duduk BN. Rampas mikrofon. Serang Setiausaha Dewan. Serang SUK. Serang Timbalan Speaker. Menjerit kata - kata kesat. Rosakkan mikrofon meja ADUN BN. Duduk tempat Speaker. Membaling buku peraturan. Rampas buku peraturan dan hempaskan. Buku peraturan tu pula ada doa pembuka dewan. tentulah doa itu terkandung ayat - ayat suci Al-Quran. Itupun turut dihempaskan.
Melihat tontonan itu, kita lihat bagaimana sebahagian besar yang berlaku seperti pengganas dalam DUN itu, adalah ADUN DAP dan PKR. Semuanya Cina, India dan Sikh. Satu - satunya yang turut serta dan tentulah tidak kisah buku doa pembukaan dewan dihempas begitu tanpa hormati ayat - ayat suci Al-Quran di dalamnya, ialah Nizar. Satu - satunya ADUN PAS yang dilihat dalam tontonan tu. Nizar pula sama ada sentiasa berada atau diekori pula oleh Ngeh DAP. Macam belangkas. Tak tahulah sama ada Ngeh ekori Nizar ataupun Nizar perlukan nasihat Ngeh menghadapi suasana dalam Dewan. Kena panggil oleh Pemangku Raja pun, Ngeh mengekor Nizar menghadap Tuanku.
Cuma dalam tontonan itu, teman tak nampak kelibat 5 lagi ADUN PAS. Teman lebih untuk percaya, 5 ADUN PAS pun mungkin rasa cukup terhina. Melihat tindak tanduk ADUN DAP dan PKR yang menyerbu tempat BN dan mensasarkan ADUN UMNO, yang tentulah Melayu dan Islam sama dengan 5 ADUN PAS itu. Teman yakin, 5 ADUN PAS itupun cukup rasa terhina akaibat perbuatan ADUN DAP dan PKR itu yang langsung tidak menunjukkan hormat kepada Pemangku Sultan yang terpaksa menunggu hampir 5 jam untuk laksanakan tanggungjawab merasmikan sidang. Teman juga percaya, 5 ADUN PAS itu pun rasa amat malu melihat gelagat Nizar yang seolah - olah hanya menurut Ngeh dan Nga serta ADUN DAP dan PKR yang berlagak samseng dalam Dewan yang mulia tu.
5 ADUN PAS ini, teman percaya, mula membandingkan apa yang berlaku dalam Dewan dengan perjuangan Islam yang di bawa oleh parti mereka. 5 ADUN PAS ini juga dapat menyaksikan gelagat mana yang sebenarnya lebih menjurus kepada kehendak Islam yang mereka perjuangkan. Teman percaya, 5 ADUN PAS ini akan terasa amat malu untuk menonjolkan perjuangan Islam mereka dalam gagasan pakatan pembangkang yang mencemarkan Islam. Menghina Pemangku Sultan yang menjadi payung kepada kesejahteraan Melayu dan kedaulatan syiar Islam.
Teman percaya, 5 ADUN PAS ini, jika benar apa yang dikhabarkan, telah membuat pertimbangan terbaik dalam penglibatan mereka dalam politik. Pertimbangan terbaik dalam memastikan Islam dan Melayu terus terbela di Perak dan di tanah air kita. Teman tidak harapkan mereka menyertai UMNO atau menyokong BN. Sekadar mereka keluar dari Pakatan dan menjadi ADUN Bebas yang berkecuali, sudah cukup untuk melumpuhkan keegoan DAP dan PKR yang tidak sekeratpun menunjukkan rasa hormat mereka kepada Islam. Lupakan Nizar. Lebih penting kepada beliau hanyalah untuk pertahankan kerusi MB, dan tentulah disokong kuat Ngeh dan Nga, DAP dan PKR, agar agenda sebenar mereka untuk kepentingan kaum mereka, menghina dan menidakkan kehadiran Paduka Sultan dapat direalisasikan.
Kita di Gerik, percaya 5 ADUN PAS ini perlu lebih bijaksana dalam bersiasah..agar tidak menang sorak kampung tergadai..

Wednesday, May 13, 2009

13 Mei 1969 : Pengajaran daripada sejarah..

Kata sejarawan, manusia sepatutnya belajar daripada peristiwa sejarah. Sejarawan juga kata, sejarah peradaban manusia ini, umpama satu kitaran. Mula, kemuncak, jatuh dan mula semula. Dan sebahagian besar sejarawan bersetuju, manusia tidak pernah belajar daripada peristiwa sejarah. Keperitan Perang Dunia Pertama diulang dalam Perang Dunia Kedua. Dan dunia diancam oleh kemungkinan Perang Dunia Ketiga. Kali ini dalam bentuk baru. Perang yang tidak babitkan kekuatan senjata dan tentera sebaliknya dalam bentuk kekuatan ekonomi. Sudah berapa negara yang jatuh bangkrap dan rakyat menderita akibat penjajahan dan penjarahan ekonomi kuasa besar. 1998 kemelesetan ekonomi akibat serangan penyangak mata wang. 2008 manipulasi harga minyak. 2009 kejatuhan sistem ekonomi kapitalis. Semuanya menjurus kepdada kehidupan manusia yang semakin menderita.
13 Mei 1969, ulangtahun sejarah hitam negara jatuh pada hari ini. Semuanya kerana pilihanraya umum. Apabila parti politik yang menggunakan isu perkauman berjaya mengurangkan majoriti Perikatan UMNO, MCA dan MIC serta berupaya menubuhkan kerajaan di beberapa buah negeri, demokrasi yang sepatutnya mendatangkan kesejahteraan rakyat, bertukar menjadi tragedi hitam dalam tamadun negara. Akibatnya banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah. Darurat diisytiharkan. Mageran ditubuhkan. Mujurlah kebijaksanaan kepimpinan Almarhum Tun Abdul Razak, memungkinkan Malaysia terus wujud dalam keadaannya hari ini.
Tetapi seperti kata sejarawan, 13 Mei 1969 seolah - olah tidak memberikan pelajaran kepada generasi baru Malaysia yang semakin maju dan makmur. 2009, seolah - olah sepertimana semasa 1969. Keputusan PRU12 inipun mirip keputusan 1969. Isu perkauman disemarak dan dibangkitkan. Bukan Melayu bahkan jauh lebih berani daripada 1969 dengan tuntutan - tuntutan yang tidak munasabah. Dan lebih dasyat lagi, bukan Melayu mendapat dokongan kuat pula beberapa krat Melayu. Lebih meyedihkan lagi, parti chauvanist Cina yang amat tebal dengan perkauman Cina nya, yang masih terus mendokong perjuangan abangnya di Selatan Tanahair, mendapat sokongan pula daripada parti Melayu yang mengagaskan perjuangan Negara Islam dan didokong pula oleh orang Melayu yang kononya takut tidak masuk syurga jika tidak menyokong parti Melayu ini.
Teman yakin. Pengajaran daripada peristiwa 13Mei 1969 sudah tiada lagi dalam jiwa anak - anak pelbagai bangsa Malaysia ini. Lagipun, bercakap mengenai 13 Mei 1969 baik kepada anak - anak sekolah atau di menara gading, seolah - olah diharamkan. Generasi muda hari ini seolah - olah dijanakan dengan betapa makmur, mewah dan majunya negara tercinta ini. Mereka akhirnya tidak tahu dan tidak sedar, suatu ketika dahulu, ada sejarah hitam dalam kemakmuran yang dinikmati hari ini.
Dan tentulah lebih malang, yang banyak lupa tentang keperitan 13 Mei 1969 adalah generasi muda Melayu. Orang Muda Melayu yang ketinggalan dalam segala bidang kecuali tentang dadah, rempit, ragut, punk, black metal, buang anak, hiburan dsb. Orang muda Melayu yang difahamkan tentang perpaduan dan intergriti nasional yang akhirnya merugikan mereka. Menjadikan mereka sebagai Melayu yang akan sentiasa mengalah atas nama perpaduan dan intergrasi nasional.
Dalam bab belajar daripada sejarah 13 Mei 1969 ini, rasanya bukan Melayu lebih belajar dan waspada. PRU12, PRK Bukit Gantang dan PRK Bukit Selambau, jelas memperlihatkan bagaimana mereka belajar daripada sejarah. Bagaimana makna perpaduan dan intergrasi nasional dimanfaatkan mereka untuk kepentingan mereka dan terbukti amat menguntungkan mereka.
Kita di Gerik, masih lagi hairan. Melayu ada 36 kerusi, Bukan Melayu ada 23 kerusi di DUN Perak, tetapi kalau Nizar jadi MB, yang memerintah Perak tetap juga bukan Melayu..belajarlah daripada mereka..

Tuesday, May 12, 2009

NIZAR : Sabar dahulu..

Mahkamah Tinggi dah putuskan. Nizar masih MB Perak yang sah. Menarik untuk melihat kenyataan PM, TPM, Hishamuddin dan Zambry, yang menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka. Temanpun tertarik juga dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, sekarang ni undang - undang sudah tertegak kembali dengan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kes Nizar. Biasalah tu, keputusan memihak pakatan pembangkang, jadi adillah.
Nizarpun dah buat kenyataan. Di luar Mahkamah Tinggi. Nizar dengan Exco nak segera bertugas. Nak mengadap Paduka Sultan, nak memohon perkenan bubar DUN. Nizar, kalau bab mengelirukan rakyat ini memang cekap. Iyalah, yang menjadi sifunya Ngeh dengan Nga. Lagipun nak percepat lah masuk pejabat, sebab ada ratusan lagi kampung baru Cina yang belum dapat hak milik kekal. Walaupun Nizar tahu kampung baru Cina didirikan zaman darurat dulu atas Tanah Rizab Melayu. Percuma sahaja mereka dapat tanah orang Melayu. Satu lagi, hasrat untuk kurniakan tanah kepada sekolah - sekolah swasta Cina yang sembilan buah tu pun belum tertunai lagi.
Tapi, Nizar kena sabar. Nizar orang terpelajar. Walaupun bukan jurusan undang - undang, seorang jurutera yang dilahirkan oleh dasar yang dilaksanakan UMNO dan BN seperti Nizar ni takkan tidak memahami prosedur perundangan. Teman yang mengaji setakat Tingkatan 6 ni pun boleh faham. Keputusan terbaru ini, baru keputusan Mahkamah Tinggi. Ada lagi. Ada Mahkamah Rayuan. Dan lepas itu ada Mahkamah Persekutuan. Belum betul - betul sah sebagai MB lagi. Zambry pun dah failkan rayuan. Hari ini pun Mahkamah Rayuan dah tangguhkan dulu keputusan sehingga Mahkamah Rayuan dengar dan buat keputusan. Setakat hari ini mulai 1.15 th, Zambry masih lagi MB Perak. Lepas ini, kalau Nizar menang kes, sahlah Nizar MB Perak. Teman percaya, UMNO dan BN akan terima dengan hati terbuka.
Tapi kalau Nizar tetap MB sah, Nizar pun tak dapat majoriti sokongan ahli Dewan. UMNO dan BN ada 28, campur dengan 3 ADUN Bebas yang sokong BN dah jadi 31 manakala Pakatan Pembangkang ada 28 ADUN. Jadi walaupun Nizar MB, Nizar tidak dapat sokongan majoriti. Nizar tidak boleh mengadap Paduka Sultan untuk bubar Dewan. Lagipun bubar Dewan ni kuasa mutlak Sultan.
Pilihan yang Nizar ada adalah mengadakan Sidang Dewan. Dengan Speaker baru Datuk Ganesan sah perlantikannya sebagai Speaker, tidak mungkin Nizar adakan sidang Dewan. Kalau adakan juga, Nizar akan hadapi undi tidak percaya. Kita yakinlah, Nizar akhirnya akan tumbang dengan undi tidak percaya ini. Inilah yang hendak dielakkan oleh Nizar, Ngeh dan Nga. Jadi sekarang ni, walaupun mereka amat arif tentang keputusan Mahkamah Tinggi, Kuasa Sultan dan kedudukan dalam Dewan, mereka masih juga nak kelirukan rakyat. Sabarlah Nizar..kalau Allah akan mengangkat seseorang itu sebagai pemimpin, Insyaallah, Nizarlah MB perak. Tetapi kalau Allah dah tetapkan akan menurunkan dan menghina seseorang pemimpin itu, dan kalau Nizar juga orangnya, Nizar kena terimalah dengan hati terbuka. Janganlah nak dipohon sembah derhaka pula...
Kita di Gerik, pun faham, UMNO menang 27 kerusi (tidak termasuk MCA) tetapi PAS ada 6 kerusi aje. Nak harapkan PKR, Osman Sailu dan Jamaluddin dah sokong BN. Tinggal 1 orang Melayu aje lagi dalam PKR. Iyalah ye..27 + 6 + 2 + 1 dah jadi 36 kerusi DUN milik Melayu dan Islam, bakinya 23 kerusi bukan Melayu..sebak sungguh lihatkan bagaimana orang Melayu berpolitik sekarang ini..

Sunday, May 10, 2009

Dadah: Suapan RM500.000 ditolak..

Dadah lebih RM200j. Tempatnya di Rompin Pahang. Teman bukan nak catatkan tentang bagaimana dadah yang begitu banyak boleh bolosi tempat - tempat strategik negara. Tentu ada cara untuk atasi. Kalau tak nanti, Malaysia akan dikenali sebagai transit pengedaran dadah antarabangsa dalam skala yang besar.
Tetapi yang teman nak coretkan, tentang seorang anggota polis di Rompin, Pahang yang memegang teguh amanah, ikrar dan seragam yang dipakainya sanggup menolak suapan RM500,000 daripada pengedar dadah yang ditahannya bersendirian. RM500,000.00 bukan nilai kecil. Rasanya anggota polis itupun tak pernah sepanjang hayatnya memegang sekaligus wang sejumlah RM500,000.00. Bahkan mungkin kalau dicampur semua gaji dan elaun yang diperolehinya daripada berkhidmat sehinggalah tarikh beliau menahan dan merampas dadah dalam jumlah yang besar begitu, masih terlalu jauh dengan jumlah RM500,000.00.
Teman tabik. Benar - benar tabik. Sebenarnya ramai lagi anggota polis yang seamanah dan sesetia anggota polis Rompin ini semasa berkhidmat. Biasalah. Dalam ratusan ribu anggota, mungkin ada yang akan menconteng arang ke muka. Jadi teman pun nak tanyalah. Mana nyonya yang bersungguh - sungguh dulu dedahkan kononnya polis telanjangkan warga China, mana apek yang suka sangat gemburkan kisah seorang dua polis yang rasuah, mana tambi yang beria - ia benar membela penjenayah dan penyangak kononnya didera dan mati akibat polis, ataupun ditembak mati dalam serbuan polis. Mananye? Senyap seribu bahasa. Janganlah ada agenda lain. Hanya kerana 90% anggota PDRM terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera, kisah polis Rompin ini, sikitpun mereka tidak berterima kasih. Kalaulah najis dadah ini terlepas ke pasaran, cubalah bayangkan berapa banyak anak - anak muda akan tergadai masa depan mereka. Atau mereka tidak peduli kerana mereka tahu, yang banyak terjebak dengan najis dadah nipun ramai yang Melayu dan Bumiputera. Entahlah, tak habis - habis kalau yang diperjuangkan oleh mereka, walaupun mereka itu penjenayah kejam, asalkan orang mereka, tak cukup mikrofon dibelasahnya anggota polis.
Surat khabar pun sama. Kalau cerita polis kena tangkap kerana rasuah ke, apa ke, siap di muka depan. Tapi cerita seorang anggota polis yang cukup berintegriti ni, yang patut di teladani oleh semua pihak, adalah sikit beritanya. Itupun dalam ruangan Nasional, halaman 4, kat bawah aje pun..
Tahniah dan terima kasih anggota polis Rompin. Anda jauh lebih berjasa kepada negara dan bangsa daripada sebahagian politikus Melayu dan bukan Melayu, yang ghairah nak jadi PM dan tubuh kerajaan. Semoga Allah akan merahmati anda.
Kita di Gerik, kadang-kadang jalan depan balai polis Gerik, ditutup seawal 7.00 pagi. Alahai..itulah dua jalan utama nak ke sekolah le, nak ke pejabat ke..kalau dah tinggal 1 jalan yang tinggal, tak ke kelam kabut kita dibuatnya. Jam 8.00 tutup jalan tu, o.k le Tuan..

Saturday, May 9, 2009

Salehuddin Ayub: PAS boleh berbincang dengan sesiapapun..

Berita Harian Jumaat 8 Mei 2009. Itu kata Salehuddin Ayub (SA). Ketua Pemuda PAS. Kata SA lagi, 'kita berbaik dengan UMNO dalam entiti kita sendiri dan kita tidak perlu masuk UMNO'. Alhamdulillah. Semoga SA betul - betul jadi seperti Salehuddin al Ayubi, bebaskan Baitul Muqaddis. Itulah kenapa kita dapat selusuri pandangan SA kerana kematangannya dalam berpolitik terutama yang membabitkan kepentingan Islam dan Melayu.
SA patut perbetulkan, musuh sebenar PAS bukan UMNO. PAS sendiri pun menikmati kenikmatan daripada kebijaksanaan UMNO memerintah semenjak merdeka. PAS sendiripun tahu bahawa tidak ada ahli PAS yang mati kebuluran atau dihumban dan didera dalam penjara seperti Guatanamo atau Abu Gharrib. Bahkan masjid yang menjadi tempat PAS memperkukuhkan gambaran Islamik PAS pun dibina atas keprihatinan dan kesungguhan UMNO mendaulatkan Islam.
Tapi bagi PAS, kalau dengan UMNO, sanggup berkerat rotan berpatah arang. Darah UMNO pun seolah - olah halal bagi mereka. Maki hamun dan carut dah jadi salam buat orang UMNO. Harakahpun daripada muka surat depan sampai halaman belakang, semuanya tentang UMNO. Tiada yang baik bagi mereka. Tapi kalau PAS cakap, tetap akan tubuhkan Kerajaaan Islam, dan DAP pun 'berketik' sikit, semua dalam PAS diam seribu bahasa. Ayam sabung PAS yang pantang diberikan ruang akan di carut dan dimakinya UMNO, pun tak terkata apa - apa walaupun DAP kata ' langkah mayatku dulu'. Tambahan lah pula DSAI yang sebut PAS kena berikan penjelasan tentang cadangan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO atau nak tubuhkan Negara Islam, ayam sabung dalam PAS bukannya nak pertahankan Presiden mereka sendiri, tapi nampak macam sokong DSAI aje..Bahkan di Penang, DAP tak layan pun YB PAS yang seorang tu..
Ayuh lah Salehuddin Ayub. Gelanggang PRU12 dah lama berlabuh. Beradalah dalam pakatan pembangkang sebagai ayam sabung yang tegak tentang semua perkara yang merugikan Islam dan Melayu. PAS secara mutlaknya memerintah Kelantan dan Kedah. Takut apa pada DAP dan PKR. Tanpa PAS mereka takkan sekuat mana di Perak dan Selangor.. Kalau tak ada DAP dan PKR pun, Kelantan dan Kedah tetap diperintah PAS..tengok mereka bergoyang ke tidak di Selangor dan Perak..
Kita di Gerik, sembang - sembang kecil politik di Medan Takong, PAS dan UMNO, kita sentiasa bersetuju apa sahaja yang dilakukan demi kebaikan Islam dan Melayu dan kritis terhadap perkara yang merugikan Islam dan Melayu..

Tewas di DUN, rasanya mereka tetap ketawa..

Itulah YB Pakatan Pembangkang. Yang Berhormat. Tapi Yang Berhormat tidak tahu menghormati. Lantas bagaimana mungkin mereka meminta rakyat menghormati mereka. Dewan Undangan bukan maksudnya dewan bagi orang yang di undang. Tapi singkatan daripada Dewan Perundangan. Dewan tempat penggubal undang - undang bersidang. Tempat di mana undang - undang dan akta diluluskan. Tapi ada YB sendiri yang tidak hormati undang - undang.
Apakah keperluan Siva, mengarahkan 10 YB BN keluar Dewan, sedangkan mahkamah memutuskan mereka berhakl hadiri sidang ? Apakah matlamat ADUN Pakatan Pembangkang tergesa - gesa memasuki Dewan selepas sahaja Pemangku Sultan selesai menerima tabik hormat ? Apakah keperluan mereka untuk mengoyak label nama YB BN yang telah ditempatkan di sebelah kanan Speaker ? Apakah kelakuan yang boleh dilabelkan atas tindakan YB Pakatan Pembangkang menyerbu tempat duduk YB BN. Rosakkan pembesar suara. Membaling buku peraturan Dewan ? Terlebih besarnya lagi, siapakah Sivakumar yang sembrono menggunakan kuasa Speaker sehingga Pemangku Sultan kena menunggu sehingga hampir 6 jam ? Gamaknya pada fikiran mereka, kedudukan Speaker jauh lebih tinggi daripada Pemangku Sultan, yang mewakili Paduka Sultan, Raja dan Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan. Atau kekecohan yang dibangkitkan oleh Sivakumar dan beberapa YB DAP, lebih bersifat untuk membuktikan mereka tidak pernah peduli danmenghormati institusi Raja - Raja Melayu. Lebib bodoh lagilah bilamana ada pula politikus bebal di kalangan Melayu yang bersengkokol dengan Sivakumar dan DAP.Pakatan Pembangkang sudah melampau batasan politik negara kita.
Wahai bangsa Melayu ku. Melayu ku yang mesti beragama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Dan Islam yang didaulatkan dalam negara ini, tidak boleh diganggu gugat oleh bukan Islam kerana di payung oleh Raja - Raja Melayu. Bukankah jika runtuhnya institusi Raja - Raja Melayu, maka payung yang selama ini menjagai kedaulatan dan syiar Islam di negara yang berbilang kaum dan agama ini, maka turutlah terbuka kedaulatan dan syiar Islam untuk dicerobohi dan diperlakukan sesuka hati. Sedarlah tentang permainan mereka yang bukan sekadar mensasarkan Kesultanan Melayu, tetapi jauh daripada itu, sasaran lebih jauh ialah Islam Agama Kita, Hak Istimewa kita sebagai pribumi, Bahasa kita, Tanah Rizab kita.
Walaupun mereka tewas dalam DUN Perak, tetapi sekurang - kurangnya mereka berjaya juga merealisasikan sikap tidak menghormati Sultan Melayu, sikap yang sejak dahulu menjadi impian mereka. Dalam tewas mereka sebenarnya ketawa besar. lebih besar ketawanya, kerana ada juga orang Melayu yang turut tertawa bersama mereka..
Kita di Gerik, ada Melayu yang pasang sepanduk ada gambar roket DAP dalam kawasan masjid..dulu masa mereka memerintah..11 bulan..entahlah, DAP dah terima ke penubuhan Negara Islam..

Friday, May 8, 2009

Ragut dan rempit..kita bermusim

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Jamilah Selamat dan Allahyarhamah Saripah Mohd Noor. Satu tragedi yang menyedihkan kita. Tragedi yang memberikan gambaran bahawa ada segelintir manusia yang tidak pernah menghargai nyawa insan yang lain. Apakah di negara yang tercinta ini, kaum hawa tidak lagi selamat untuk hanya membawa beg tangan di jalanan ?

Bila ada kes ragut membabitkan kehilangan nyawa, seluruh negara memperlihatkan keazaman dan kesungguhan untuk mengatasi gejala ini. Daripada pelbagai pakar mengenai jenayah sehinggalah kepada pihak berkuasa, semuanya melontarkan pandangan dan keazaman untuk memastikan peristiwa sebegini tidak berulang. Selepas beberapa ketika nanti, apabila gejala ragut ini reda, maka keazaman pun turut sama reda. Pandangan dan pendapat yang dilontar dan didebatkan untuk mencari kaedah pencegahan terbaik, akhirnya juga turut 'ditongsampahkan'.

Teman yakin, jika semua pihak memperlihatkan keprihatinan dan keazaman berterusan, masalah ini jikapun tidak dapat disifarkan, sekurang - kurangnya dapat juga dikurangkan peristiwa sehingga meragut nyawa.

Begitu juga dengan masalah merempit. Sehari dua ini, baik di Ipoh mahupun di KL, gerakkan besar - besaran diadakan untuk menahan mat rempit. Sehari dua pula selepas itu, gerakkan sebegitu kemudian dilupakan. Teman amat bersetuju dengan cadangan agar hukuman berat dikenakan terhadap pelumbah haram dan peragut ni. Sita kenderaan. Sita bukan makna boleh dapat balik. Sita dan musnahkan sepertimana yang dilakukan terhadap dadah yang dirampas. Penjarakan mereka. Seperti kata TS Lee Lam Thye, bagi pesalah juvana, masukkan ke Sekolah Henry Gurney. Biar mereka diajar untuk menjadi manusia berguna.

Dulupun, DS Shahidan Kasim cadangkan 'perintah berkurung' kepada anak - anak bawah 18 tahun. Tapi tidak disokong. Kononnya atas nama hak asasi manusia. Atas nama kebebasan. Apalah salahnya jika cadangan itu dilaksanakan dengan garis panduan yang jelas. Dan sekarang, bukanlah satu perkara yang luarbiasa anak - anak bawah 18 tahun terjebak dengan mudah dalam salah laku jenayah. Ingin hidup bebas. Ingin hidup mewah. Dan jika keinginan memiliki tidak mampu, maka ragutlah pilihan mereka, tanpa sedikitpun belas kasihan.
Kita di Gerik, kadang - kadang hairan, kapcai sekalipun, kelajuan maksimumnya kadang - kadang boleh capai 160km/sejam..kenapa tak hadkan hingga 100km/sejam..

Thursday, May 7, 2009

DUN Perak..moga menjadi pemimpin yang matang..

7 Mei 2009, selepas pelbagai kehodohan politik yang mencemarkan politik negara, Paduka Seri Sultan Perak memberikan perkenan untuk Sidang Perak diadakan. Perkenan ini hendaknya akan membolehkan pemimpin yang dipilih dan disandarkan harapan kepada rakyat, sama ada wakil kerajaan ataupun Pakatan Pembangkang, dapat menunjukkan kesetiaan dan rasa hormat kepada Paduka Seri Sultan Perak. Menunjukkan rasa hormat kepada rakyat yang telah melaksanakan tanggungjawab kepada negara dengan mengundi semasa PRU12. Menunjukkan rasa hormat kepada rakyat yang sudah muak melihat kerenah tidak sudah - sudah segelintir pemimpin yang hanya memperjuangkan kedudukan dan periuk nasi mereka tanpa memikirkan kedudukan dan periuk nasi rakyat. Menunjukkan kematangan yang tinggi dalam menjunjung demokrasi seperti mana rakyat melaksanakan tanggungjawab dengan matang dalam PRU12. Menjadi suri teladan kepada kesetiaan terhadap paduka Seri Sultan. Menjadi suri teladan kepada kepatuhan undang - undang.
Rakyat kebanyakan di bandar dan desa, menjalani kehidupan seharian tanpa sedikitpun menjengah dalam kekalutan politik yang sentiasa dicipta dengan pelbagai dalih atas nama rakyat dan demokrasi. Bukan kita tidak prihatin, tetapi rakyat kebanyakan pun tahu dalam keadaan sekarang, kebenarannya berpihak ke mana. Peraturan dan undang - undang menyebelahi kepada siapa.
Nizar, Siva, Ngeh dan Nga, cukup dan berhentilah. Terimalah hakikat kekuasaan pemerintahan negeri hanya diberikan selama 11 bulan sahaja. Manusia terpelajar seperti anda, jauh lebih mengetahui kebenaran sebenar-sebenarnya kedudukan anda sekarang. Tapi sayangnya, kecerdikan anda yang sepatutnya digunakan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat, anda gunakan untuk mengelirukan rakyat. Menyemarakkan kebebalan terhadap penyokong - penyokong anda. Menyalakan api perjuangan yang tidak halal baik disisi undang - undang mahupun disisi agama. Semuanya bertopengkan atas kehendak rakyat. Atas kepentingan rakyat. Sedangkan hakikatnya, anda berasa begitu tidak sempat sepenuhnya menikmati puncak kekuasaan. Baik sebagai MB. Baik Sebagai Speaker. Baik sebagai Exco. Akhirnya yang naik turun mahkamah, yang masuk penjara, adalah penyokong - penyokong anda yang anda humbankan pemikiran bohong anda tentang kebenaran.
Terimalah kedudukan anda hari ini. Jadilah pembangkang yang dapat memberikan impak maksimum kepada rakyat. Bersidanglah dengan aman dan tenang. Bersidanglah dengan matang. Kalau di bawah pokok pun dalam panas terikpun, anda bersidang dan kononnya membincangkan permasalahan rakyat, kini anda bersidang dalam kehebatan kerusi empuk dan hawa dingin, sepatutnya tentulah semakin mencurah - curah pandangan dan idea untuk manfaat rakyat. Itupun jika benar, anda memperjuangkan nasib rakyat.
Selamat Bersidang..di situ tempat manusia terpilih sebagai pemimpin rakyat, jangan jadikan pentas Raja kepada segala Raja Lawak..
Kita di Gerik, PAS ada UMNO pun ada, malam tadi bersembang di Medan Takong, kisah Zamri bawa balik kereta baru..selamat memandu ya sahabat..ubat nyamuk dah beli ke..

Sunday, May 3, 2009

Kempen Bahaya Rokok : Semakin menghampiri kejayaan

Allahuakbar. Tengok le imej yang dipaparkan. Ini imej yang kini diletakkan di semua kotak rokok. Ada lagi pelbagai imej. Ngeri dan merisaukan. Teman yang dikira perokok tegar ni pun jadi serba salah, ngeri dan mula risau. Di rumah, kata kawan dah tak lalu kena hujan panas. Kena dengan isteri la. Kena dengan anak la.
Tahniah la kepada Kementerian Kesihatan. Selepas Kempen Tak Nak dengan gambar rokok bengkok yang masih boleh disedut tu, yang tak dikisahkan oleh perokok macam teman ni, kempen gambar ni terasa juga menusuk ke jiwa. Teman nak cadangkan supaya imej - imej sebegini di pasang di papan tanda besar di seluruh pelusuk kampung. Letakkan di semua pintu masuk sekolah. Di masjid, surau, padang bola, stadium dan serta kampung dan bandar. Pasang iklan di badan - badan bas sekolah dan awam.Biar kemana sahaja kita pergi, gambaran ngeri akibat merokok ini dapat dilihat. Memang berkesan. Kosnya biar ditanggung oleh semua syarikat rokok. Biarlah jadi khidmat sosial mereka yang dah ambil untung besar daripada orang macam teman yang seolah harakiri..
Teman di Gerik, tengah berura - ura nak berhenti merokok. Tambah lagi dapat kad hari jadi 1 Mei lepas daripada anak yang baru darjah 1 tertulis, Atiq Sayang Ayah. Atiq Nak Ayah Berheti Merokok. Atiq Tak Nak Ayah Sakit..walaupun mungkin Umi nya ajar, tapi aduh..menusuk ke jiwa teman.
Teman di Gerik, tengah berusaha gigih..

Gerik Kita : Kenapa tak boleh komen...

Itu antara soalan yang banyak dihantar. SMS ada. emel pun ada. Yang klik kat ikon komen pun ada. Bukan tak boleh komen. Masih boleh buat komen. Cuma komen yang dihantar kena tapis dulu.
Di Malaysia, tahap kematangan menghantar komen ni rasanya belum cuku tinggi. Kalau yang dimuatkan dalam blog, terkena pula kepada diri sendiri, bukan komen membina yang teman dapat. Maki hamun. Carut. Itu lah tahap sebahagian besar yang melayari blog. Kalau kepada Paduka Seri Sultan dan Mufti pun mereka boleh kirimkan carutan dan makian, apalah sangat orang macam teman.
Tentulah minat orang macam teman ni, yang kadang - kadang berjaga malam kerana minat untuk berkongsi pandangan dan menulis, asyik dapat carutan dan makian sahaja, lama - lama teman pun tak minat nak memblog. Entahlah, yang ramai melayari blog orang Melayu. Orang Islam. Sepatutnya dengan budaya Melayu yang berhemah dan bersopan santun, serta penganut Islam dengan iman dan ketinggian budi, tidak sepatutnya ada budaya carut mencarut dan maki memaki ni. Bukanlah teman takut. Cuma teman tak mahu minat teman ni nanti mati begitu sahaja.

Kita di Gerik, Melayunya berkelahi pun di sulam pantun..

Antara tol lebuhraya dengan bayaran parking pasaraya..

Ke Ipoh hari ni, anak ajak ke Jusco. Nak belikan alat tulis dan makanan ringan. Kawan di asrama pun kirimkan KFC. Bila membelok untuk masuk kawasan letak kereta di Jusco, wah..dah kena beratur. Kereta masuk satu persatu. Selalunya tidak ada masalah.
Sampai giliran teman masuk, barulah tahu. Nak masuk parking Jusco dah kena ambil tiket. Di situ tertulis bayaran parking dikenakan RM1.00. Kena bayar di mesin automatik di dalam Jusco. Tak kiralah sama ada parking penuh ke tak penuh. Kalau lah parking benar - benar penuh, nak keluar ke tempat lain, masih nak kena pergi ke mesin automatik bayaran parking. nanti tak boleh keluar pula.
Dah ambil resit parking, nak cari parking di Jusco bukan perkara mudah. Parking nya memang luas. Tapi 30 minit berlegar - legar masih tak dapat parking kosong. Kena bayar pun tak semestinya kita selesa dapat parking. Nak keluar sat lagipun satu bab lagi. Kena beratur kat mesin auto bayaran parking. Kalau dah bayaran tetap RM1.00, tak usahlah bebankan pengguna kena beartur dan buang masa pula di situ. Kutip saja di laluan masuk RM1.00. Macam di Parkson.
Entahlah, kita pun hairan. Sekarang ni, pasaraya macam Jusco bukan sahaja jual barangan dan keperluan, tempat parking yang sepatutnya jadi tanggungjawab mereka pun dah dijual. Hairan lagi kita, pengguna tak bising pun walaupun keletihan cari parking kosong. Untung saja lah pasaraya besar ye..
Tapi kalau kemudahan lebuhraya yang sudah semestinya demi keselesaan pengguna, jauh daripada kesesakan yang memenatkan macam di Jusco, dikenakan tol, riuh - rendahlah pengguna. Lebih riuh lagi persatuan pengguna. Teramat riuhlah lagi pakatan pembangkang. Tapi Jusco dah ambil untung, semua diam seribu bahasa.
Kita di Gerik, banyak lagi parking percuma. Jangan nanti tempat parking yang letakkan deretan kedai makan Melayu di Medan Takong pun nanti kena tol..jangan asyik fikir duit aje le..

Perjalanan yang menggerunkan..

Hari ini ke Ipoh. Melawat anak di asrama. Itu perjalanan rutin 2 minggu sekali. Kebetulan semalam cuti Hari Pekerja. Perjalanan pergi yang menggembirakan. Yang tak gembiranya, anak di asrama tak dapat balik ke rumah walaupun cuti 3 hari. Minggu depan baru boleh balik. Itupun cuti Sabtu dan Ahad sahaja. Tapi tak mengapalah, sekolah tentu ada perancangan terbaik buat anak teman dan rakan - rakannya yang lain.
Jam 6.15 ptg patah balik ke Gerik. Suasana masih riang ria dalam kereta. Sampai berhampiran Sauk dari jauh ternampak orang ramai berkerumun di kiri kanan jalan. Kemalangan. Spontan keluar dari mulut anak. Betullah. Teman perlahankan kereta. Nampak motosikal di atas jalan dan kereta yang remuk. Atas jalan, mangsa masih terbaring dan ada yang membantu. Ambulan pun masih belum sampai. Masih baru lagi nampaknya. Semua diam dalam kereta. Ada kengerian yang tergambar dalam kereta.
Entah bila gamaknya kengerian sebegitu tidak lagi kita lihat di jalanraya yang begitu cantik dan lurus yang sepatutnya tidak berbahaya. Jalan Gerik - Ipoh, bukan 25 tahun dahulu. Tarafnya seperti lebuhraya. Tapi kemalangan ngeri tetap juga berlaku.
Adalah satu perkara biasa untuk melihat orang kampung menunggang motosikal tanpa topi keledar di atas jalanraya utama. Kita pun tak faham, kalaupun mereka tidak mementingkan keselamatan mereka, sekurang - kurangnya jalanraya Gerik - Ipoh amat kerap dilalui peronda polis. Macam orang kampung buat tak kisah sahaja. Betullah mereka orang kampung, tetapi sepatutnya tidak ada sebarang kompromi tentang peraturan berkaitan keselamatan di jalanraya.
Jalan Gerik - Ipoh juga kerap ada perangkap had laju. Selalunya kita tak tahu pun di mana polis yang memerangkap had laju kita. Nampak macam mengendap aje kesalahan pemandu. Lepas itu dapat le saman pos. Alahai..berkesan ke mencegah kesalahan lalulintas ni kalau pendekatannya asyik mengendap aje. Rasanya kalau kehadiran polis ini boleh dilihat di beberapa tempat strategik, teman percaya pemandu akan lebih berhemah. Teringat juga filem - filem yang paparkan kereta peronda polis tunggu di beberapa tempat dan terus kejar pemandu yang laju dan tidak berhemah. Teman percaya pencegahan jauh lebih berkesan daripada mengendap dan menghukum. Janganlah hanya kehadiran polis ini dapat dilihat semasa Ops Sikap sahaja. Kitakan selalu bercakap jangan kerja bermusim. Di luar musim ops sikap pun, teman percaya kemalangan ngeri ini mungkin lebih tinggi kadarnya. Cuma tak di stastitikkan.
Kita sampai di Gerik, ada dua kereta depan balai polis Gerik, orang pun ramai lagi, baru kemalangan le tu..lepas tu sedang minum, kawan beritahu ada kawan teman kemalangan depan KFC, mujurlah tidak teruk sangat..
Kita di Gerik hairan juga, simpang keluar selepas CIMB, MDG letakkan kon, dah tak boleh belok hala ke Batu Dua, tapi akhirnya laluan depan Balai Bomba jadi tempat kenderaan buat U-Turn untuk menghala ke Batu Dua, rasanya lagi bahaya. Tunggu mangsa juga tu..

Friday, May 1, 2009

1 Mei..genap 46 tahun usia..

Hari ini Jumaat 1 Mei 2009. Cuti sempena sambutan Hari Pekerja. Hari ini 1 Mei bagi teman bukan sekadar Hari Pekerja. 1 Mei, 46 tahun dahulu teman dilahirkan. Menyusuri sejarah,mungkin nampak teman seolah dilahirkan dalam keluarga yang lebih bernasib baik pada zaman itu. Almarhum Ayahanda seorang guru sekolah rendah yang hampir keseluruhan tempoh perkhidmatannya berkhidmat di SJK Cina. Sekolah terakhirnya selama 23 tahun di SJK Cina Cung Wa Gerik. Bonda, alhamdulilllah masih sihat untuk melihat anak - anaknya mempunyai kehidupan yang baik, suri rumah sepenuh masa, anak kepada Wakil Rakyat Pertama Gerik.
Sejarah keluarga ini menggambarkan kehidupan yang cukup terbaik jika itulah kedudukan ayahanda dan bonda masa kini. Tapi itu dulu. Dengan 9 anak yang diamanahkan, almarhum ayahanda bukan sekadar seorang guru. Almarhum Ayahanda juga penoreh getah. Almarhum ayahanda juga pesawah padi. Dan tentulah kesungguhan alamarhum ayahanda memastikan anak - anak bersekolah dan dapur rumah berasap, dibantu dengan kekuatan bonda. Bonda turut ke bendang, menoreh getah dan pada sebelah pagi buatkan pulut udang, karipap dan tepung bungkus untuk dijual.
Hari ini ketika genap usia teman 46 tahun, teman kadang - kadang duduk di luar rumah. Menyusuri kehidupan yang teman lalui telah lebih 4 dekad. Meneruskan kerjaya almarhum ayahanda. Alhamdulillah. Kehidupan ditemani isteri yang amat menyayangi teman dan dikurniakan 4 orang anak, 2 perempuan dan 2 lelaki, yang mungkinnya tidak pernah merasai kehidupan serba kurang teman dahulu. Bersyukurlah teman kerana Bonda masih sihat untuk melihat anak - anak dan cucu - cucunya mempunyai kehidupan terbaik masing - masing.
Insaflah teman. Kehidupan yang teman lalui bersama isteri dan anak - anak hari ini, yang begitu jauh daripada kekurangan 4 dekad yang lalu, tidak akan datang sendiri. Tidak juga hanya kerana usaha teman sendiri. Tapi teman percaya apa yang teman lalui adalah kerana juga teman lahir dan hidup dalam sebuah negara yang aman, makmur dan dirahmati Allah. Sebuah negara yang memberikan segala peluang dan ruang kepada mereka yang ingin berjaya. Sebuah negara yang dipimpin oleh pemimpin - pemimpin yang bijaksana. Pemimpin yang bijaksana yang tentunya tidak boleh ditipu oleh sejarah, lahir daripada UMNO, yang teman percaya telah meletakkan landasan kepada orang Melayu dan bukan Melayu untuk hidup seperti hari ini.
Bersyukur benar teman, dalam usia 46 tahun ini, teman tidak kehilangan kaum keluarga kerana perang, bom dan peluru. Tidak kehilangan keluarga kerana rusuhan antara kaum. Sedikitpun teman tidak sangsi untuk menjalani kehidupan di negara yang aman dan damai ini. Dan menjadi tanggungjawab teman untuk mendidik anak - anak teman, betapa pentingnya keamanan dan kedamaian ini terus dipertahankan.
Teman percaya, kesemua rakyat di negara ini telah menikmati kehidupan terbaik mereka berbanding negara - negara lain yang porak - poranda akibat perang, rusuhan dan mala petaka. Cuma bagi segelintir yang tidak bersyukur, mereka hanyalah manusia takbur yang bukan tidak puas dengan kesejahteraan hidup di bumi bertuah ini, bahkan mereka menikmati kesemuanya, cuma kerana mereka bebal dan mengkufuri nikmat Allah.
1 Mei, pada usia 46 tahun, al Fatihan buat Almarhum Ayahanda,terima kasih bonda, isteri, anak - anak, keluarga, dan semua yang berjasa kepada teman. Terima Kasih Malaysia..