::

:::

Thursday, April 30, 2009

Kelas KAFA .. Sekolah Agama Rakyat atau Kelas al Quran dan Fardu Ain

KAFA. Sepatutnya ringkasan kepada Kelas Al-Quran dan Fardu Ain. Sepatutnya kandungan sukatannya berkisar kepada Al Quran dan Fardu Ain. Sepatutnya anak - anak yang belajar di KAFA pada sebelah petang lepas persekolahan, daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6, akan masuk ke Tingkatan Satu dengan bekalan pengetahuan dan amalan tiada tolok bandingnya dalam Al Quran, Solat, Puasa, serta pengetahuan asas dalam zakat dan Haji. Keluar daripada amalan persekolahan sebagai manusia yang berjiwa al-Quran dan menjaga solat. Keluar sebagai manusia sebagai pemimpin, profesional dan individu dalam masyarakat yang beriman dan berakhlak mulia. Mengerjakan yang maaruf, menjauhi yang mungkar.
Itu sepatutnya. 6 tahun pengajian di Kelas KAFA, ditambah lagi dengan Pendidikan Islam dan J-Qaf di sekolah rendah dan menengah.
Anak - anak kita pun mengikuti kelas KAFA. Dulu kita berikan tumpuan kecil sahaja terhadap perkara berkaitan Al-Quran dan Fardu Ain kerana dah pergi belajar di kelas KAFA, 5 hari seminggu dan 3 jam sehari. Tambah lagi dengan kelas Pendidikan Islam dan J-Qaf.
Suatu ketika, kita solat berjemaah di rumah. Kita pasangkan kamera video tersorok. Rakamkan perbuatan solat anak kita di belakang kita. Ada yang dah habis belajar di KAFA, ada yang 5 tahun dan ada yang 4 tahun di kelas KAFA. Masyaallah, bila rakaman diputar semula, anak - anak rupanya dibelakang kita tidak sempurna solatnya. Dan lebih sukar untuk kita terima, apabila Al - Quran dan Solat seolah - olah tidak meresap ke jiwa mereka. Masa tu kita benar - benar kecewa dengan masa 5 hari seminggu dan 3 jam sehari anak - anak kita di kelas KAFA. Lepas tu kita mula besarkan balik peranan kita di rumah untuk laksanakan apa yang sepatutnya dilaksanakan di Kelas KAFA.
Kenapa kelas KAFA gagal meresapkan ke jiwa nak - anak kita roh Al - Quran dan Solat dalam kehidupan mereka?
Rasanya kaedah pengajaran di KAFA perlu diberikan penelitian. Kelas KAFA sepatutnya lebih berikan tumpuan kepada amali daripada teori. Latihan praktikal daripada kerja - kerja bertulis. Kelas KAFA tidak perlu meja dan kerusi seperti kelas harian di sekolah. Kelas KAFA sepatutnya gunakan meja rendah (seperti rehal) dan dihampari tikar getah sebagai alas duduk. Susunkan anak - anak di sekeliling bilik darjah. Kawasan tengah dikosongkan dan disitulah latihan amali dilaksanakan. Kalau dah susun meja kerusi macam sekolah, kat mana lah nak buatkan amali.
Kebanyakan ustaz dan ustazah kelas KAFA mempunyai kelayakan dan pengetahuan tinggi tentang Al-Quran dan Fardu Ain. Sebelum KAFA, mereka mengajar di rumah, di surau atau masjid. Tentulah mereka tidak dilatih secara profesional, seperti perlaksanaan pengajaran dalam kelas harian. Kenapa tidak aplikasikan kaedah pengaran mereka di rumah, di surau dan di masjid dalam kelas KAFA. Usahlah tumpukan kepada kelas teori, latihan bertulis dan ujian bertulis. Kaedah tu dah ada di sekolah harian. Anak dah diberikan secara teori, diberikan latihan bertulis dan duduki pula ujian bertulis di sekolah harian. Apabila mereka ke Kelas KAFA, apa yang diperturunkan oleh ustaz dan ustazah di sekolah harian, mereka didedahkan pula dengan amali secara serius 5 hari seminggu dan 3 jam sehari di kelas KAFA.
Takkanlah setelah mendapat latihan amali Al-Quran dan Solat misalnya, selama 5 hari seminggu, 200 hari setahun, 3 jam seminggu dan selama 6 tahun, anak - anak masih gagal khatam al-Quran, masih belum solat dengan sempurna. Apalah yang nak diharapkan kepada anak - anak sebegini untuk hidup dengan roh dan panduan Al-Quran serta menjaga solat mereka. Sedangkan zaman datuk nenek kita dan zaman kitapun , mana ada kelas KAFA.
Kita di Gerik rasanya nama Sekolah Agama Rakyat tu..ditukar semula kepada Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) supaya semua pihak mengetahui matlamat sebenar penubuhan kelas KAFA...ada kawan kita di Gerik tak nak hantar anak ke kelas KAFA, hantar mengaji di rumah ustaz..

Nik Abduh: Generasi Baru PAS ..

Sehari dua ini, berita tentang tulisan Nik Abduh, Anakanda kepada YAB MB Kelantan, Mursyidul PAS menjadi liputan media cetak terutamanya. Kritikan beliau terhadap wujudnya usaha - usaha dalam PAS melaga-lagakan antara Mursyidul PAS dengan Presiden PAS, berkaitan dengan cadangan penubuhan kerajaan Perpaduan merupakan satu dimensi baru dalam kewujudan PAS.
Kita menghormati keberanian Nik Abduh. Ini adalah generasi baru PAS yang tidak lagi merasakan bahawa parti PAS bersih sebersihnya. Sebelum Nik Abduh, segala tentang PAS adalah yang muluk - muluk sahaja. Mereka sahaja yang benar. Mereka sahaja yang Islam.
Kalau kata UMNO haram kerana pakatan dengan MCA dan MIC, bertakbirlah mereka dan haramlah UMNO. Apabila kepimpinan PAS kata, pakatan PAS dengan DAP itu tidak haram, maka bertakbirlah mereka, dan halallah DAP, walaupun Karpal Singh, Pengerusi DAP kata 'langkah mayat aku dulu kalau nak tubuhkan Negara Islam'.
Kalau pemimpin mereka kata UMNO perasuah, bertakbirlah mereka, maka jatuhlah hukum rasuah ke atas UMNO. Apabila pemimpin mereka kata, penyelewengan, rasuah, liwat, gambar prono itu semua hanya sedekah, hak peribadi dan strategi UMNO, maka bertakbirlah mereka dan halal lah segala penyelewengan, rasuah, liwat dan gambar prono.
Kalau pemimpin mereka kata tidak salah pemimpin DAP bacakan ayat suci al Quran, walaupun dengan sebutan seperti buat lawak, sekadar nak ambil hati orang PAS yang hadir sambil beberapa bukan Islam tersengih-sengih macam persenda, maka bertakbirlah mereka seolah - olah sudah berimanlah pemimpin DAP dengan Allah.
Kalau dulu, pemimpin PAS kata ada pemimpin UMNO digambarkan seperti gembala babi hanya kerana nak selesaikan jangkitan JE demi kesejahteraan rakyat, maka bertakbirlah mereka dengan penuh semangat. Apabila pemimpin mereka kata, tidak salah untuk kerajaan Selangor nak bina kandang babi besar - besaran dekat kawasan Melayu, maka bertakbirlah mereka dengan penuh kepercayaan, betullah pemimpin mereka.
Sekadar menyebutkan beberapa kekalutan, kita tabik Nik Abduh. Pedulikan kalau matlamatnya hanya mungkin untuk membela ayahandanya Mursyidul Am PAS. Sekurang - kurangnya telah ada seseorang yang mempunyai pengaruh dan suara dalam PAS yang berani buka mulut dan berkata perkara yang benar dalam PAS. Kita tidak melihat ini sekadar berlakunya keretakan dalam PAS, tetapi lebih teruja melihat ada juga dalam PAS yang bersuara tentang kekalutan dalam PAS. Bukan sekadar bersuara dalam parti tetapi menyuarakan untuk tatapan umum.
Kita di Gerik, melihat PAS juga parti politik....

Agensi Pelaksana Bertindak Jadi Agensi Memilih..

Pelik bunyinya. Iyalah mana tak pelik. Agensi yang ditugaskan sebagai pelaksana kepada satu projek rumah PPRT, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, melampaui bidang tugasnya sehingga bertindak menjadi pemilih penerima.
Peruntukan ini diperturunkan melalui agensi. Maka tugas agensi sepatutnya cuma memastikan peruntukan ini dibelanjakan mengikut prosedur yang betul. Diberikan kepada yang betul. Tetapi agensi memonopoli semua bidang kuasanya dan juga bidang kuasa orang lain. Agensi keluar borang, agensi terima borang, agensi pilih peserta, agensi pilih kontraktor (undian), agensi pantau perlaksanaan.
Akhirnya wakil rakyat pun diketepikan. Senarai peserta yang hendak dipilih tidak melalui saringan Wakil Rakyat. Di Gerik, wakil rakyat nya tidak pernah buat keputusan sendiri - sendiri. Takkanlah wakil rakyat terlalu cetek sehingga melambakkan hampir 80% projek dalam satu kampung sahaja. Alamatnya, PRU13, tinggal nama ajelah wakil rakyat tersebut.
Agensi kena lebih peka. Janganlah kerana terlalu seronok kerana ada sedikit peruntukkan, agensi syok sendiri, buat keputusan tanpa kajian, yang menanggungnya adalah wakil rakyat. Dan kerana wakil rakyat daripada UMNO, maka UMNO pun digambarkan terbabit sama.
Kita di Gerik, harap sangat agensi jangan baling batu sembunyi tangan...

Ibnu Hashim:Bloggers pun perlu beretika..

Astaghfirullah. Tengokkan nama, blogger seorang ini menjunjung kemuliaan Rasulullah s.a.w, kerana namanya Ibnu Hashim. Macam keturunan Bani Hashim.
Tetapi yang terbaru dimuatkan dalam blog nya memperlihatkan sikap tidak beretika dalam penulisan blognya. Bloggers juga ada etika dan amanah yang perlu dijunjung. Memberi tafsiran tentang sesuatu isu daripada sudut pandangan bloggers, adalah haknya. Tetapi harus diingat bahawa apa sahaja yang dimuatkan kemudiannya akan menjadi milik masyarakat yang melayari blog mereka.
Menceritakan sesuatu berita tanpa usul periksa, tanpa pengesahan daripada pihak yang sewajarnya dan mengaitkan pula dengan individu - individu tertentu tanpa sebarang pembuktian untuk menyokong berita yang dimuatkan, itu fitnah keterlaluan namanya. Itu bukan sumbangan kepada masyarakat namanya. Itu bukanlah kebaikan dan kesyukuran atas kenikmatan kemajuan teknologi maklumat yang diberikan Allah kepada umatnya. Lebih - lebih lagi, jika lalkukan pula keengkaran terhadap nikmat Allah dengan digunakan secara menimbulkan keresahan dalam masyarakat dengan menyebarkan cerita yang tidak benar, fitnah dan bermatlamat hanya untukmenjatuhkan seseorang.
Dalam Islam salah dan betul nya adalah jelas dan mudah untuk dimengerti. Hanya kebebalan kita sahaja yang gagal untuk memilih. Gagal untuk meletakkan diri kita sebagai insan. Gagal untuk memanfaatkan ilmu dan kepakaran kita kepada masyarakat.
Tuduhan melulu Ibnu Hashim yang melibatkan mantan Ketua UMNO Bahagian Gerik, mantan MB Perak ke 9, serta kepimpinan tinggi UMNO Bahagian Gerik menangani isu penahanan beberapa orang Gerik di negara jiran baru - baru ini amat keterlaluan. Tuduhan melulu sehingga mereka - reka cerita kononnya Mantan Ketua Bahagian dan kepimpinan tertinggi Bahagian menyeberang ke sempadan dan membayar sejumlah wang bagi melepaskan mereka yang terlibat. Kitapun tidaklah sangat nak melayani fitnah Ibnu Hashim ini, hanya sekadar nak berikan sedikit nasihat.
Mantan Ketua Bahagian dan UMNO Gerik sejak dahulu tidak pernah berkompromi tentang sebarang masalah sama ada jenayah sivil atau syariah. Sesiapa yang melakukan maka merekalah sendiri yang kena hadapi dan selesaikan. Tidak ada sangkut pautnya dengan UMNO Gerik. Bahkan jika terbukti melakukan jenayah sivil atau syariah oleh mahkamah, peruntukan dalam peraturan UMNO sendiri sudah jelas tentang hukumannya sebagai ahli parti.
Ibnu Hashim kena insaf. Bukan sedikit yang dipaparkan mengenai penerimaan di kalangan kepimpinan pakatan terhadap pelbagai isu moral dan penyelewengan. bahkan mereka secara terang - terang memberikan sokongan yang bukan sedikit, termasuklah kepada seorang exco wanita yang beraksi prono dalam gambarnya di internet..
Ibnu Hashim, bebas bukan bermakna boleh tulis apa sahaja. Ada lagi yang akan mengadili kita...

SetPol TPM : Orang Gerik Berbangga..

Alhamdulillah. YB Dato Hasbullah Osman , ADUN Temengor, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Gerik telah dipilih sebagai SetPol YAB TPM. Walaupun belum angkat sumpah, YB Lah, seperti kebiasaan telah mulakan tugasnya. Sewaktu dihubungi beliau ke Sarawak, juga atas tugasan.
Orang Gerik berbangga. Kalaupun ada yang tidak rasa apa - apa, kita faham tentang ketegaran mereka. Kepada mereka, sekalipun ada manfaat untuk orang Gerik, tetap tidak merasa apa - apa, hanya kerana YB Lah, UMNO.
Sebagai anak Gerik yang mengenali YB Lah, mereka faham tentang bagaimana YB Lah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan kepada beliau selama ini. Anak Gerik akan tetap berbangga. Rakan - rakan yang tidak berpolitik pun menyatakan rasa bangga. Bahkan ada juga rakan - rakan pembangkang juga melahirkan rasa bangga.
Berdoalah semoga perlantikan YB Lah sebagai SetPol YAB TPM, dengan sikap YB Lah yang sentiasa mendahulukan rakyat yang sentiasa menyokong beliau, Gerik akan menikmati manfaat yang bukan sedikit..

Kita di Gerik nak ucapkan tahniah kepada YB Lah yang telah memperolehi Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian ) baru - baru ini..

KWAPM : Amanah kepada ibu bapa murid..

Alhamdulillah. Seminggu ni kebanyakansekolah sudah mula menyerahkan bantuan KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin). Seorang murid yang layak akan dapat bantuan persekolahan RM200.00.Ibu bapa nampak ceria. Rm200.00 bukan satu jumlah yang kecil jika digunakan sebenar - benarnya untuk persekolahan anak-anak. JIka 3 orang anaknya terpilih, bermakna RM600.00.
Di sekolah, bukan sedikit anak - anak yang tidak mempunyai kelengkapan paling asas untuk ke sekolah, alat tulis. Pensil yang lebih pendek daripada jari mereka sendiri, tiada pemadam, tiada pensil warna, tiada pembaris, tiada bekas pensil bahkan buku tulis pun masih belum dicukupi. Anak - anak datang ke sekolah dengan rasa rendah diri kerana serba kekurangan.
Kekurangan kelengkapan paling asas ini, bukan disebabkan faktor kemiskinan wang ringgit, tetapi lebih kepada kemiskinan rasa tanggungjawab dan untuk melihat anak sebagai amanah Allah kepada ibu bapa. Kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit bagi membantu ibu bapa menyediakan persekolahan terbaik untuk anak - anak. Dengan wang KWAPM yang diperolehi, kenapa tidak membeli kelengkapan alat tulis ini dengan jumlah yang banyak. Simpan elok - elok di rumah. Pantau beg anak - anak. Pantau kelengkapan tulis anak - anak. pagi sebelum anak - anak ke sekolah, berikan sebatang pensil baru bila didapati pensil anak dah tidak layak untuk digunakan lagi. Anak akan mempunyai semangat baru. Pensil yang diserahkan akan menjadi dorongan dan simbolik kepada si anak, belajar rajin - rajin.
KWAPM, jangan ditafsirkan sebagai Kumpulan Wang Amanah Penjaga Miskin..RM200.00 ini untuk anak - anak kita..

Wednesday, April 29, 2009

1Malaysia: Chong Sin Woon (CSW) silap..

1Malaysia. Satu bangsa Malaysia. Bukan Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau sebagainya. Satu Bangsa Malaysia. Berfikir sebagai satu bangsa Malaysia. Bertindak sebagai satu bangsa Malaysia. Dan di Malaysia, berfikir dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia mestilah dalam lingkungan acuan Malaysia sendiri. Menghormati hak sepatutnya yang diperolehi melalui perlembagaan dan kontrak sosial yang menjana kewujudan Malaysia yang aman, makmur, harmoni dan dilimpahi kekayaan.
Tapi, CSW dalam Berita Harian, Selasa 28 April, cadangkan supaya kuota 10% kemasukan bukan bumiputera ke Matrikulasi hendaklah dihapuskan. Katanya sejajar dengan konsep dan semangat 1Malaysia.
Yakin benar kita, CSW silap. CSW tidak faham. CSW masih berada dalam cara berfikir pasca PRU12 sehingga peralihan kuasa PM dengan Tun Abdullah. CSW masih berfikir, untuk jayakan 1Malaysia, hanya Melayu Bumiputera kena memberi. Hanya Melayu Bumiputera sahajalah satu-satunya punca sokongan kepada BN merosot semasa PRU12.
Kita yakin CSW silap. CSW tidak faham. Ketika sebahagian besar kek kemakmuran negara dinikmati oleh masyarakat CSW, CSW masih juga melihat untuk mengambil apa sahaja keistimewaan yang dinikmati oleh Melayu Bumiputera atas nama 1Malaysia.
CSW bukan calang - calang orang. CSW Pengerusi Biro Pendidikan. Ketika kerajaan diterajui UMNO, Menteri Pelajaran dari UMNO, jauh memikir bukan sahaja mengenai Sekolah Kebangsaan, saya percaya CSW hanya berfikir mengenai SKJC nya sahaja. Dan tiba - tiba CSW minta kuota 10% kemasukan ke Matrikulasi dihapuskan.
Cara CSW berfikir agak berbahaya. Orang Melayu Bumiputera juga berminat dengan SJKC, berminat dengan peluang pendidikan yang jauh lebih baik hasil kekuatan ekonomi masyarakat CSW, berminat dengan kekayaan yang dimiliki masyarakat CSW, berminat dengan penguasaan ekonomi negara oleh masyarakat CSW, berminat dengan kecenderungan ibunda di kalangan masyarakat CSW, berminat dengan peluang pekerjaan terbaik dalam bidang swasta dinikmati masyarakat CSW,dan lagi..dan lagi..dan lagi yang terbaik dinikmati dalam negara yang makmur ini oleh masyarakat CSW.
Sudahlah. Kita berfikirlah tentang menghormati hak orang lain. Hak yang tidak menyebabkan kaum lain dalam negara ini terperosok, terpinggir, menderita, kebuluran dan papa kedana. Hak yang sedikitpun tidak menyebabkan kekayaan, kemewahan, dan pemilikan orang lain kena ditarik balik atau dinafikan. Berfikirlah cara 1Malaysia mengikut acuan Malaysia.
Di Gerik, kontarktor kelas F ramai. Semua Melayu Bumiputera. Selalu diperuntukkan projek. Tapi simen, pasir, kayu, bata hatta sekecil pakupun dibeli di kedai 'hardware' milik masyarakat CSW. Kalau turap jalan, tar kena cari kontraktor India. Keknya untuk orang Melayu, tapi kita konsi ramai-ramai, walaupun kadang - kadang orang lain yang dapat lebih. Kita tak kisahpun. Kitakan cuma ada Satu Malaysia..

Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu..

Malam lepas tonton filem Hang Tuah lakonan P.Ramlee. Walaupun dah berulang kali ditonton, kita masih tetap terpaku di depan TV. Tentulah filemnya tidaklah sehebat filem dengan teknologi CGI masa kini.
Tetapi kita dibesarkan dengan cerita Hang Tuah. Kita didedahkan di sekolah dengan cerita Hang Tuah. Kita membaca Hikayat Hang Tuah. Lepas tu kita didedahkan dengan Sejarah Melayu. Kita membaca Sejarah Melayu. Dan apa yang dikisahkan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu tu, sentiasa mengekori kehidupan kita hari ini.
Hari ini, tanyalah kepada anak - anak muda kita, termasuk yang di menara gading. Malanglah mereka tidak kenal Hang Tuah. Tidak kenal Hang Jebat. Apa lagi nak kenal Demang Lebar Daun. Nak kenal Sang Sapurba. Anak - anak kita, yang kita sering jeritkan dengan jati diri lebih kenal Superman, Spiderman, Batman dan Ultraman.
Pedulikan pasal mitos dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Itulah gambaran kekuatan dan kehebatan hero dalam kehidupan Melayu. Gambaran ' super' jati diri bangsa Melayu dalam Sejarah Melayu. Bukankah pelbagai jenis super yang dilahirkan dalam filem barat itu juga bertolak -titik daripada unsur mitos.
Apakah tidak ada usaha untuk kita membukukan Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu dalam bentuk yang boleh dimengerti oleh anak - anak seawal pra sekolah, diminati oleh anak - anak menengah. Jadikan juga sebagai teks yang wajib dibaca, diceritakan dan dipertandingkan. Rasanya jauh lah lebih baik daripada membaca tentang cerita nenek kebayan yang entah mana asal - uslnya.
Kita di Gerik, sedari kecil megah sungguh bila jadi Hang Tuah, teringin benar menyaksikan padi emas di Bukit Saguntang..

Wednesday, April 22, 2009

Husam Musa: Ahli PAS tidak mahu pemimpin 'ada agenda belakang tabir'

Buletin Utama TV3 22 April 2009. Kata Husam Musa, ahli PAS orang yang jujur. Orang PAS mahu pemimpin yang 'straight foward'. Orang PAS tidak mahu pemimpin yang ' ada agenda belakang tabir'.
Kita tertarik dengan ungkapan ' ada agenda belakang tabir'. Kalau diertikan bermakna ada di kalangan pemimpin PAS hari ini yang ada agenda belakang tabir. Ada tindakan yang diambil tidak seperti apa yang dikata. Depan ahli PAS, pemimpin ini berkata tentang sesuatu yang menggembirakan ahli PAS yang jujur, dan selepas itu menipu ahli PAS yang jujur. Siapa ? Siapa gamaknya pemimpin PAS yang sanggup ,cakap tak serupa bikin, kepada ahli - ahli PAS yang jujur seperti kata Husam Musa ni. Presiden ke, yang baru - baru ni mencetuskan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan demi survival masyarakat Islam dan Melayu yang menjadi majoriti tetapi diperkotak - katikkan akibat kebebalan politik sekerat pemimpin Melayu. Atau Timbalan Presiden yang baru - baru ini menyahut muzakarah PAS - UMNO, juga atas nama perpaduan dan kekukuhan Islam dan Melayu. Atau Ketua Pemuda, yang dilihat sebagai pemimpin muda yang lebih rasional dan berpijak dibumi nyata, disenangi kawan dan lawan dan tidak lagi pertahankan jawatan Ketua Pemuda dalam muktamar PAS Jun ini.
Atau lebih parah lagi, kalau yang dimaksudkan Husam Musa, Tuan Guru sendiri, yang berpendapat apa salahnya kalau Exco Selangor daripada Bukit Lanjan itu nak bertelanjang dalam rumah nya sendiri. Nak biarkan ada lelaki Islam dalam rumah ambil gambar dalam keadaan macam tu. Walaupun begitu kita hormat Tuan Guru sebagai alim ulama tapi bukan sebagai ahli politik.
Ungkapan 'ada agenda belakang tabir' menggambarkan ada yang tidak kena dalam kepimpinan PAS hari ini. Mat Sabu pun dah umum nak bertanding Timbalan Presiden menentang Nasharuddin Isa. PAS sering menyerang UMNO. Harakah daripada muka surat pertama hingga halam akhir, semuanya berkaitan dengan UMNO yang penuh kekalutan walaupun sebahagian besar beritanya hanya berdasarkan khabar angin, dengar-dengar daripada 'sumber yang boleh dipercayai'. Sampaikan ruangan belakang yang kebanyakan akhbar arus perdana siarkan berita sukan, Harakah lebih berminat dengan hentam keromo terhadap UMNO. Itulah sukan Harakah.
Akhirnya, ungkapan 'ada agenda belakang tabir', menyerlahkan wajah sebenar politik PAS. PAS yang Islamik. PAS yang ahlinya jujur. Rupa - rupanya ada juga pemimpin PAS yang cakap tak serupa bikin. Lebih baik jadi macam Nizar, yang jadi MB Perak dibawah payung DAP. Sekurang-kurangnya Nizar lebih menampakkan wajah DAP daripada PAS tanpa selindung. Sekurang-kurangnya dalam tempoh 11 bulan jadi MB, Nizar menampakkan usaha untuk memenuhi hasrat DAP daripada hasrat PAS untuk mewujudkan negara Islam.
Kita di Gerik pun perasan juga, banyak analisis politik kata Husam Musa lebih menampakkan wajah Anwar daripada Hadi Awang dan Tuan Guru..entahlah..siapa sebenarnya 'ada agenda di belakang tabir'.

Monday, April 20, 2009

Siva..tak faham atau sayangkan Camry..

Setiausaha DUN Perak, keluarkan notis persidangan DUN selepas perkenan Paduka Seri Sultan yang telah menandatangani perkenan. Siva bertindak balas. Setiausaha Dewan katanya digantung. lepas tu dilantik pula Misbahul Munir bekas Setiausaha Politik Nizar. Ini lantikan kedua Misbahul Munir. Dulu masa sidang bawah pokok, MB lantik Misbahul Munir jadi Setiausaha DUN. Mungkin lantikan masa tu mereka sendiri pun tak berapa pasti sah ke tak sah. Maklumlah sidang pun dibawah pokok. Jadi Siva lantik sekali lagi.
Penjelasan SUK tentang kedudukan Setiausaha Dewan dicatatkan supaya rakyat tidak keliru.
" Jawatan Setiausaha Dewan adalah Pegawai Tadbir dan Diplomasi Gred DG 52 yang diluluskan pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh YAB MB dan memerlukan kelulusan JPA. Selepas itu SUK akan mengeluarkan surat rasmi perlantikan. Mana-mana pihak selain daripada JPA, kerajaan negeri dan SUK tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memecat atau menggantung Setiausaha Dewan.."
Ayo..yo..yo..Siva, sebagai peguam takkan perkara semudah itupun tak tahu. Tidak ada niat baik yang ada kecuali untuk mengelirukan rakyat. ataupun kerana memikirkan 7 Mei ini maka tamatlah kuasa dan gelaran sebagai Tuan Speaker. Seperti mantan MB Nizar, janganlah pula lepas ni sayang pula nak pulangkan balik Camry. Beli tu dengan duit rakyat..
Siva kata 'nak dapatkan penjelasan Paduka Seri Sultan...' Aduh..sembah derhaka namanya tu..

Lagi tentang PRK Penanti

Mungkin BN tidak bertanding. Bagaimanapun hasrat pengundi di Penanti perlu dihargai. Kekuatan dan persediaan UMNO Pulau Pinang juga perlu di ambil kira. Lagipun akan ada persepsi yang tidak menguntungkan UMNO dan BN, jika BN mengambil keputusan untuk tidak bertanding. Lagipun agak sukar untuk kita menerima parti daripada pemerintah tidak bertanding. Pelbagai tanggapan buruk boleh dijelmakan.
Selama inipun, kalau UMNO dan BN menang, pembangkang tetap memberikan persepsi buruk tentang kemenangan UMNO dan BN. SPR yang tidak adil la, pengundi hantu la, gunakan jentera kerajaan la, pengundian yang tidak bersih la, dan pelbagai lagi wajah hodoh dijelmakan daripada kemenangan UMNO dan BN.
Tetapi mengalah sebelum masuk gelanggang, modal untuk memburukkan UMNO dan BN lagi la hebat. Pelbagai ketidak upayaan UMNO dan BN serta kabinet baru kepimpinan YAB PM akan diterjemahkan.
Lagipun Penanti dulunya kawasan BN. Kita percaya pembangkang menang dulu pun kerana ada penyokong BN yang merajuk. Bukan kerana pembangkang di lihat mempunyai kredibiliti untuk memenangi hati rakyat. Lihatlah apa yang berlaku kepada Fairuz.
PRK Penanti, gelanggang yang mesti disahut oleh UMNO dan BN. Ini ruang yang dibuka buat UMNO dan BN, terutama di Pulau Pinang untuk menyampaikan kekalutan dalam pakatan Pembangkang. Mendedahkan apa sahaja yang selama ini merugikan masyarakat Melayu Pulau Pinang apabila pakatan pembangkang memerintah negeri. lebih penting lagi, inilah masanya untuk kabinet baru kepimpinan YAB PM, memperjelas dan merealisasikan konsep 1 Malaysia, Rakyat didahulukan Prestasi diutamakan. Mungkin kali ini pengundi Penanti nak sampaikan mesej jelas kepada Anwar..berhentilah memporakporandakan negara..
Cuma jangan ulangi kesilapan Bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam kita menuntut kesetiaan pengundi - pengundi bukan Melayu. Juga apalah salahnya kalau di Penanti, UMNO dan BN meletakkan calon yang mempunyai latar belakang serta cendekiawan Islam yang benar - benar memberikan impak kepada calon Pakatan Pembangkang. YB Dato Shahbuddin,misalnya, tentunya melihat bagaimana masyarakat Melayu tidak berbelah bahagi kepada tokoh - tokoh Islam seperti beliau.
Apa salahnya kalau Dato Firdaus, bekas imam besar Masjid Negara, masih muda diberikan peluang..

Sunday, April 19, 2009

Tahniah YB Kenering..

Alhamdulillah. Tahniah kepada YB Toh Syahbandar Hulu Dato Haji Mohd Tarmizi Idris, ADUN Kenering yang telah dikurniakan oleh Paduka Seri Sultan Perak dengan Darjah Kebesaran Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato. Penganugerahan ini adalah pengiktirafan kepada segala jasa dan bakti YB kepada masyarakat setempat khususnya dan negeri Perak amnya.
Mengenali YB Dato, daripada penjawat Penyelia Kanan Kemas, Naib dan seterusnya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gerik, Setiausaha UMNO Bahagian Gerik dan seterusnya berpindah ke Parlimen Lenggong apabila pensempadanan semula kawasan Pilihanraya 2004, YB Dato seperti mana 'sifu' nya YB Mantan MB Perak ke 9 dan bos serta sahabatnya YB Dato Hasbullah, beliau cukup mudah didekati.
Memenangi DUN Kenering dalam Parlimen Lenggong pada 2004 dan 2008, seperti mana sifu dan bos serta sahabatnya di Gerik, mereka adalah sebahagian daripada wakil rakyat yang telah lebih dahulu mengamalkan konsep 'Rakyat didahulukan..'.Bukanlah satu kesukaran untuk menemui YB Dato, sepertimana 'sifu' dan bos serta sahabatnya di persekitaran rakyat biasa dengan santai di Parlimen Lenggong dan Gerik. Amat menarik untuk melihat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, YB Dato bersama bos dan sahabatnya YB Dato Hasbullah, tidak ada sempadan antara Parlimen Lenggong dan Parlimen Gerik. YB Dato kadang - kadang di Gerik bertemu rakyat, YB Dato Hasbullah kadang - kadang di Kenering bertemu rakyat. Semuanya atas dasar kepentingan penduduk di Hulu Perak yang masih bergantung dengan kekuatan wakil rakyat yang amanah, bertanggungjawab dan mendahulukan rakyat.
Kita di Gerik, tumpang berbangga, doakan semoga dirahmati Allah..teruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

PAS Kg.TanahPutih, Pekan sambut PM..


Tahniah kepada PAS Kg.Tanah Putih, Pekan yang turut serta dalam sambutan kepulangan YAB PM ke Pekan. Kain rentang yang tertera dengan ucapan tahniah dan gambar PM digantung dengan ucapan Ikhlas Dari PAS Tanah Putih.

Kita ucapkan tanhiah dan syabas kepada PAS Tanah Putih. PAS Tanah Putih jauh lebih memperlihatkan kematangan dan erti sebenar politik dan demokrasi. Terubat juga hati kita bila melihat kain rentang PAS Tanah Putih setelah puas melihat kain rentang PAS di Bukit Gantang. Itulah yang perlu diambil iktibar. Terutama PKR dan Anwar Ibrahim. Jangan asyik berpolitik sahaja daripada satu pilihanraya ke pilihanraya berikutnya. Jadilah seperti PAS Tanah Putih. Pilihanraya satu perang berasingan. Lepas pilihanraya kita bergabung tenaga dan buah fikiran untuk kemajuan dan kemakmuran agama, bangsa dan tanah air.

Kalau orang biasa seperti Nazri Musa, bendahari PAS Kg.Tanah Putih boleh menunjukkan satu contoh kematangan berpolitik dan demokrasi, takkanlah manusia besar seperti Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz, Salehudin Ayub, Anwar Ibrahim, Azmin tidak boleh mencari satu titik ke arah kebaikan agama, bangsa dan tanah air bersama UMNO. Peduli apa pada DAP..

Kita di Gerik, satu meja kopi, UMNO, PAS, PKR..kita tidak ada masalah..

'Rakyat didahulukan'..Tahniah ketiga...

Alhamdulillah. Mula - mula PM. Lepas tu TPM. Terbaru kita rasa amat bangga apabila Timbalan Menteri di JPM, YB Ahmad Maslan, yang bertanggungjawab kepada FELDA memulakan program Tidur di Rumah Peneroka. Kita ucapkan tahniah kepada YB Ahmad Maslan. Inilah yang dikehendaki oleh rakyat. Inilah makna sebenar turun padang dan mendekati rakyat. Menyelami akar umbi kehidupan rakyat. Tanpa kompang. tanpa bunga manggar.
Molek benar kalau sepanjang bermalam, YB ke masjid dan surau. Berkunjung seberapa buah rumah peneroka yang daif. Menziarahi yang sakit. OKU. Ibu Tungggal. Tidak perlu acara rasmi. Dipenghujung lawatan buat pula kenduri sekampung. Jangan kira UMNO ke, PAS ke atau PKR ke. Dekati mereka. Kerana selagi kita jauhkan diri daripada mereka jangan haraplah kita dapat sekurang - kurangnya untuk mereka berterima kasih kepada apa yang kerajaan dah buat melalui FELDA.

Kita di Gerik, YB kita dah selalu sangat kita lihat duduk bersama rakyat. Kadang - kadang berkain pelikat, berbaju batik dan seret kasut kulit tanpa stokin. Rakyat cukup senang..

Aduh Nabil..lu pikirlah sendiri..

Terpeluk. Itu masa ABPBH baru ni. Kata Nabil tak sengaja. Lebih kurang melatah lah. Terkejut disiytiharkan menang Artis Paling Poupular. Kita kira terimalah bila dia minta maaf. Ialah kalau dah melatah, nak buat macam mana.
Tapi hari ni dalam Mingguan Malaysia, Nabil kata dia tak menyesal sebab dia memang sayangkan Irma. Tidak menyesal peluk Irma cuma tempatnya tak sesuai. Lagipun lawak Nabil, peluk Irma bukannya sampai jatuhkan ekonomi negara.
Mengucap panjang kita. Apakah ada pula tempat yang sesuai untuk kita peluk - peluk atau lainnya bagi pasangan bukan muhrim yang beragama Islam ? Bukankah dalam Islam hukum - hakam, halal - haramnya sudah jelas dan terang. Apakah ada kekecualian bagi yang dah bergelar bintang, dah ada kehidupan yang lebih mewah berbanding masa kita jadi 'destpach' dulu.
Kepada kita, jawapan Nabil dalam MM hari ini, menghina Islam juga namanya tu. Apakah kerjaya sebagai artis, tambahlah pulak sebagai pelawak memberikan lesen untuk kita merendahkan martabat agama yang kita anuti.
Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan. Kehidupan dah berubah daripada dahulu. Lebih mewah. Lebih dikenali. Sepatutnya bakat yang Allah anugerahkan kepada kita dimanfaatkan untuk menjadi suri teladan kepada peminat - peminat. Kalau nanti kita katakan, kefahaman tentang Islam yang dibawakan Nabil dan segelintir artis lain ini menjadi punca kepada kerendahan akhlak muda - mudi kini, tentulah ramai yang akan melenting.
Tapi bacalah ruangan artis dalam akhbar. Itu belum lagi dalam majalah - majalah hiburan. Adalah satu perkara biasa untuk melihat artis - artis bergambar dalam keadaan berpeluk - pelukan, bermanja - manjaan dan dengan pakaian yang layak dikategorikan seperti hampir telanjang.
Menteri baru yang berkaitan dengan Agama Islam, kenalah lihat - lihatkan. Takkan tak ada usaha untuk mengawal paparan gambar yang mencemarkan kesucian Islam ini dalam akhbar dan majalah. Janganlah asyik nak kena mengendap cari orang berkhalwat je. Yang ini dah terang - terang. Siap dengan gambar. Dan mereka megah pula bergambar. Lepas tu siap kata pula kami masih sembahyang, puasa, umrah. Takkan setakat nak panggil untuk kaunseling, untuk beritahu mereka apa yang mereka buat salah, persendakan agama dan memberi contoh yang tak baik kepada khalayak pun kita tak punya kekuatan. Takkan hanya tolak dengan hati aje. Kalu boleh panggil sama pengarang akhbar dan majalah hiburan yang kononnya atas nama kebebasan akhbar. Sehingga agama pun dipersendakan. Jangan fikir pasal rangking sahaja. Berkorbanlah sikit demi kesucian Islam.Takkan jahil sampai hukum pun tak tahu..
Kita di Gerik, minat juga Siti Nurhaliza, tak payah berkemban dan peluk - peluk pun dan 12 tahun jadi Penyanyi Wanita Paling Popular.

Gimnasium Rakyat..rakyat didahulukan..

Alhamdulillah. Bila dengar arahan MenBeS (Menteri Belia dan Sukan), supaya semua kemudahan dalam Gimnasium Rakyat dipertingkatkan, kita terpanggil untuk nyatakan penghargaan. Penghargaan kerana ini menunjukkan MenBeS baru ini menunjukkan keprihatinannya terhadap keperluan rakyat terutama dari golongan belia. Bukan satu perkara yang tersorok, kebanyakan kemudahan sukan rakyat yang boleh digunakan secara percuma berada dalam keadaan yang mendukacitakan. Mungkin sedikit bayaran boleh dikenakan supaya rakyat juga mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kemudahan yang disediakan. Bukan sedikit belanja yang dikeluarkan. Selalunya kalau dah percuma, senang dapat, jarang sangat kita menghargainya. Kalau boleh, serahkan pengurusannya kepada Majlis Belia Daerah.
Itu bagi daerah yang ada Gimnasium Rakyat. Bagi daerah yang ketinggalan, MenBeS kena berikan perhatian. Dulu rasanya ada cadangan hendak bina Mini Kompleks Sukan Rakyat di setiap parlimen. Itu MenBes dulu. Rasanya cadangan ini amat baik. Amat baik untuk menjadi tempat golongan belia berkumpul dan melakukan sesuatu yang lebih berfaedah. Tapi janganlah dah bina cantik - cantik dan serba lengkap, akhirnya dipagar dan ditutup. Kalau dah nama nya untuk rakyat, benarkanlah rakyat memanfaatkan sepenuhnya.
Di Gerik, adalah nampak gelanggang bola keranjang dan 'futsal' (kot?). tapi saiznya, alahai kalau masuk 10 orang pun rasanya dah tak boleh bergerak. Tapi sekurang - sekurangnya ada juga usahawan muda Melayu yang berjaya buka Gelanggang Futsal di Padang Kunyitl. Penuh setiap petang dan malam.
Mungkin MenBes boleh fikirkan jadikan kemudahan sukan ini sebagai satu peluang perniagaan kepada usahawan yang berminat. KeMenBes bangunkan prasarana. Berikan kepada mana - mana usahawan yang berkemampuan untuk menguruskan kemudahan yang disediakan.
Ialah..uruskan tandas berbayar sekarang pun dah cukup lumayan..

Saturday, April 18, 2009

Tahniah SM Teknik Gerik (SEMETRIK)..

Alhamdulillah. Tahniah kepada SM Teknik Gerik (SEMETRIK). Tahniah kerana terpilih kekal sebagai SM Teknik bersama SMT Ipoh, Persiaran Brash, ketika SM Teknik lain di Perak dikembalikan sebagai SM Vokasional. Orang Gerik patut berbangga. Pemilihan ini adalah kerana prestasi cemerlang SEMETRIK. Orang Gerik patut memberikan sokongan. Walaupun mungkin tiada anak di SEMETRIK, sokongan orang Gerik amat perlu. Jika SEMETRIK terus cemerlang, orang Gerik juga merasa bangga. Niatkan di dalam hati, agar satu masa anak - anak kita di Gerik akan belajar di SEMETRIK. Jadikan SEMETRIK sebagai satu lagi mercu tanda Gerik. Satu lagi mercu kegemilangan pendidikan di Gerik. Dan jika satu masa nanti anak - anak Gerik menjadi majoriti di SEMETRIK, kita akan bertambah bangga.
SEMETRIK begitu lengkap. Selengkap Matrikulasi. Pengetua yang dedikasi dan mesra, warga guru dan warga kerja yang komited dan tambah dengan sokongan kita di Gerik, kita yakin SEMETRIK akan terus gemilang dan terbilang. Suatu masa nanti kita harapkan akan ada anak - anak Gerik yang kembali sebagai Jurutera, dan kecemerlangan mereka dimulakan langkahnya di SEMETRIK.
Kelahiran SEMETRIK tidak sepatutnya dipisahkan daripada jasa dan kesungguhan mantan MB Perak ke 9, YB Dato Seri DiRaja Hj Mohd Tajol Rosli Ghazali. Apakah tidak boleh untuk kita namakan SEMETRIK ini sebagai SM Teknik Dato Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali..kerana kita sepatutnya berterima-kasih kepada beliau..

BN mungkin tak bertanding PRK Penanti..

Mungkin. Tapi secara umumnya nampak pelik. Belum ada dalam sejarah mana - mana negara parti pemerintah tidak bertanding dalam mana - mana pilihanraya kecil. Belum ada bukan bermakna tidak boleh..
Kita juga pun rasa memang patut tak payah bertanding. Ini strategi PKR. Strategi Anwar. Tanpa PRK, PKR seolah - olah tidak mempunyai sebarang agenda untuk disampaikan kepada rakyat. Anwar pun tenggelam dalam kesungguhan kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi global. Kesungguhan kerajaan merealisasikan matlamat 'Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan. Prestasi Diutamakan'.
Kita bersetuju apabila ada penganalisis politik menganggap inilah strategi Anwar untuk mewujudkan kesinambungan gelombang dan semangat PKR melalui PRK sehingga PRU13. Kita percaya akan ada lagi PRK atas alasan yang remeh - temeh. Itupun ditempat yang dia rasakan boleh menang balik.Persetankan pasal wang rakyat yang dibelanjakan untuk PRK.
Penting pada Anwar ialah penerusan gelombang penyokong PKR. Tidak penting kepada PKR tentang wakil - wakil rakyat pilihannya yang terjerumus satu - satu dalam masalah moral, penyelewengan dan rasuah. Yang penting pada Anwar, jika ada PRK, bolehlah berceramah saban malam. Usah pedulilah jika apa yang diceramahkan itu fitnah ke, hasutan ke, atau Melayu sama Melayu pecah relah.
Tapi kadang - kadang, apa salahnya BN bertanding di Penanti. Kita percaya pengundi Penanti cukup bijaksana. Takkan mereka bersetuju dengan PKR yang kekalkan EXCO yang gambarnya yang mengghairahkan tersiar di internet...

Kita di Gerik, di Medan Takong, ada kawan kata YB Eli tu EXCO @#&%*...

Adil hanya jika sebelahi mereka..

Itulah mereka. Jika keputusan menyebelahi mereka maka adillah mahkamah. Adillah hakim. Bebaslah sistem kehakiman. Tapi kalau tidak menyebelahi mereka, masa tu semuanya tak betul tentang sistem kehakiman negara. Itulah Ngeh daripada DAP dan Nizar daripada PAS.
Kita pun, rakyat kebanyakan yang duduk di kampung tahu bahawa kalau hakim dan mahkamah dah jatuhkan hukuman, maka itulah hukumannya, itulah keputusannya yang kena dipatuhi. Tambahan pula yang buat keputusan adalah badan tertinggi kehakiman, Mahkamah Persekutuan.
Mereka ini tidak pernah terfikir pasal kegawatan ekonomi. Tidak pernah terfikir pasal kepayahan rakyat. Apa yang mereka fikirkan dan lebih berminat untuk bersungguh - sungguh adalah untuk kekalkan kenikmatan yang mereka nikmati dulu bila jadi MB dan EXCO. Sampai seronok naik Camry, nak dipulangkan pun agak keberatan.
Sudah - sudahlah Ngeh dan Nizar. Dah ditakdirkan jadi pembangkang, jadilah pembangkan yang berkesan. Dulupun BN dah jadi pembangkang selama 11 bulan. BN tak terfikir pasal politiking. BN jadi pembangkang yang perjuangkan nasib rakyat. Tentang segala perkara yang difikirkan tidak bermanafaat kepada rakyat. Sehinggakan 3 DUN mereka pun tinggalkan mereka kerana tidak bersetju dengan mereka. Apa nak diratapi lagi. Kepada Nizar, tumpukanlah kepada Bukit Gantang. Satu lagi amanah yang rakyat letakkan kepada Nizar.
Dulupun Nizar juga bacakan...'sesungguhnya kekuasaan Allah mengangkat sesiapa yang dikehendakkiNya sebagai pemerintah, dan kekuasaan Allah jugalah yang berkuasa menurunkan mana- mana pemerintah yang dia kehendaki, kekuasaan Allah untuk memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki, dan kekuasaan Allah jugalah sesiapa yang hendak dihinakan..'

Friday, April 17, 2009

ISA..

Malam tadi tonton Awani. Bincang pasal ISA. Pasal pembaharuan dalam ISA. Kita setuju dengan Presiden Perkasa.ISA dulu untuk komunis. Bukan tangkap sebarangan. lepas itu ISApun dah berapa kali diperbahurui. Ikut kesesuaian.
Tapi kita tak setuju dengan Ketua Angkatan Pemuda PKR (AKP). Dia asyik sebut tentang keadilan sejagat. Kita tak faham apa itu keadilan sejagat. Amerika yang mengganas di Afghanistan dan Iraq itu ke keadilan sejagat?Israel yang membelasah Gaza tu pun keadilan sejagat juga ke?Perang saudara di sebahagian besar di Afrika tu pun di kira keadilan sejagat juga ke ? 5,000 jiwa yang terkorban pada 11 September dulu pun atas nama keadilan sejagat juga ke? Militan yang bunuh orang awam di Mumbai, di akademi polis di Lahore, pembunuhan di Selatan Thai, penculikan dan pembunuhan di Mindanao, rusuhan di Pattaya, itu semua ke yang dimaksudkan dengan keadilan sejagat.
Itu sekadar beberapa contoh. ISA kononnya menyekat kebebasan suara. Takkan hanya kerana satu dua bloggers yang ditahan ISA, atau ada tak sampai 1000 yang ditahan di Kamunting, kita menafikan hak 27 juta rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Betul la dah tak ada komunis lagi. Tapi kalau masih ada yang berusaha menimbulkan kacau bilau dalam negara yang aman ini, hendak mempasak fahaman mereka tentang fahaman agama,demokrasi dan kebebasan suara kepada semua rakyat tanpa ambil kira tentang kemanan, kemakmuran dan kerukunan hidup, yang nak cakap apa sahaja tanpa ambil kira natijahnya kepada perpaduan dan keharmonian hidup, rasa nya saya yang tak berapa pandai seperti penganalisis kita yang sering bercakap dalam Awani, lebih kurang macam fahaman dan keganasan yang dilakukan komunis dululah. Namanya aje lain.
Gamaknya kalau kita macam negara jiran, sekolah dibakar, isteri jadi janda, anak jadi yatim, Islam dan bukan Islam bunuh membunuh, dan terkena pula kepada kaum keluarga AKP tu, gamaknya dia pun menyesal asyik dok ulang pasal mansuh ISA dan keadilan sejagat.
Kita di Gerik, di kedai kopi kita bercakap apa sahaja, tak ada sapapun nak intai- intai dan tangkap..tak cukup bebas ke lagu tu...

Harakah Daily dan Jeff ooooooooiiiiii....

Harakah Daily( Setiausaha Agung PAS ) kata di Perak mungkin jadi macam 'power rangers' macam di Pattaya dan Bangkok. Kejap pakai baju merah, baju biru, baju kuning, Berarak. Merusuh. Huru-hara. Ada yang terbunuh.
Jeff Ooi pula kata kekalahan di Bukit Gantang adalah sebagai tanda rakyat 'tunjukkan jari tengah' kepada Paduka Seri Sultan Perak. Ramai orang faham maksudnya. Anak - anak sekolahpun tahu apa makna isyarat tu. Ini satu penghinaan terbesar kepada Paduka Seri Sultan. Ini satu penghinaan kepada orang Melayu. Penghinaan juga kepada Ketua Agama Islam negeri.
Tapi KDN tunggu apa lagi. Kita suka terlewat. Bukti dah ada dalam internet. Nak tunggu merebak baru nak ambil tindakan. Takkan setakat nak panggil untuk ambil penjelasan pun makan masa berbulan - bulan. Atau nak kena tunggu perlu ada laporan polis juga. Ambillah tindakan pro aktif. Undang - undang dah ada, tapi kita kadang - kadang meluat kerana kita selalunya terlewat..
Kita di Gerik, meluat sungguh kalau sering terlambat..asyik dikaji..dikaji..dikaji...

Tragedi Sungai Kenderong

Sungai Kenderong, menjadi tempat mandi - manda dan bekalan loji Air di Gerik masa kita muda - muda cukup tenang dan menarik. Belum pernah lagi ada tragedi yang menyayat hati sehingga korbankan jiwa. Kita seronok 'bertimbut' di Sungai Kenderong. Bahkan Dato Seri Tajol Rosli, mantan MB Perak ke 9 pun masa mudanya suka main rakit buluh dan rakit batang pisang di Sungai Kenderong. Hari inipun, rumah sederhananya masih ada di tepi Sungai Kenderong.
Tapi malam tadi, kita terkejut bila diberitahu ada murid Tahun 2 dari Tanjong Kala, anak Hanifah Hj Amri, anak saudara Hj Hamdan Amri, di hulu Sungai Kenderong dihanyutkan air deras akibat hujan di hulu Sungai Kenderong. Ramai yang berhimpun di tebing sungai tolong mencari. Di 'gertak' Ulu Kenderong pun masih lagi menunggu dan mencari. Hingga jam 12.00 tengah malam masih belum dijumpai.
Ambillah iktibar. Tragedi tidak mengira mangsa. Walaupun duduk di tepi sungai, sudah serasi dengan sungai, tapi tragedi tetap berlaku. Sekarang musim hujan. Berhati - hatilah.
Takziah daripada kami kepada Hanifah dan Hj Hamdan..

Fairuz yang masih muda..

Itulah cerita bagaimana PKR pilih calon pilihanraya. Arumugam la. Elizabeth la. Sekarang ni Fairuz pula. Fairuz yang masih muda tu pula bukan setakat jadi calon dan menang. Dilantik sebagai TKM 1. Masa tu kita pun seronok juga tengok TK1 Pulau Pinang yang masih muda ni. Hebat.
Tapi sekarang skrip dah jadi lain. Arumugam dan diganti dengan Manikaran. Elizabeth dan dihapuskan dosanya dan dilantik semula. Sekarang Fairuz. Letak jawatan TK1, Exco dan kini kosongkan kerusi Penanti. Katanya disiasat oleh SPRM. Kita tak tahu lah salah ke tidak. Tapi PKR nampaknya suka benar bazirkan wang Rakyat. Belanja Pilihanraya kecil bukan sedikit. Kadar kemiskinan di Penang pun belum selesai lagi. Kalau guna duit Pilihanraya kecil ni, bukan sedikit boleh diperuntukkan untuk rakyat termiskin..
Tak apalah. Fairus pun dah umumkan perletakkan jawatan. Pilihanraya kecil tetap diadakan. Cuma kita tertarik bila Fairuz kata, PKR kena bersihkan namanya. Kalau tidak dia akan dedahkan semua penyelewengan PKR. Dia kata PKR tidak berani ambil tindakan kepada beliau kerana dia boleh telanjangkan PKR..Apa tu Fairuz. Jika sayangkan bangsa dan agama, Fairuz kena dedahkan. Fairuz tak boleh simpan dibawa mati. Biar kita korbankan diri kita untuk dedahkan jika ada perkara dalam PKR yang boleh ditelanjangkan. Jika itu boleh selamatkan agama dan bangsa. Ayuh Fairuz, PKR pun tidak berminat lagi dengan Fairuz, jadilah orang muda yang bersemangat sebagai pejuang, bukan lari atas alasan lanjutkan pelajaran dan persetankan apa berlaku kepada agama dan bangsa Fairuz sendiri..
Kita di Gerik, akan menghormati anak bangsa yang sanggup korbankan diri demi agama, bangsa dan negara..

Eli, Elizabeth Wong...

Eli atau Elizabeth Wong. Muda. Menarik. Kata PKR antara pemimpin muda wanitanya yang suka bekerja. Tapi rekod Eli sudah tercemar. Rekod cemerlang perkhidmatan tidak boleh menutup kekurangan rekod peribadi. Eli umum letak jawatan. Eli bercuti.
Eli sudah pulang. Cuti pun dah habis. Cerita tentang moral Eli tidak lagi jadi isu. Eli dilantik semula. Eli kekal wakil rakyat. eli dilantik semula sebagai Exco. Eli dan MB Selangor bangga untuk umum Eli sudah kembali. Kembali ke dalam barisan pemimpin tertinggi kerajaan Selangor.
Dulu masa Eli buat sidang akhbar bila gambar prono nya disiarkan dalam internet, di belakangnya berdiri beberapa orang Melayu Islam bertudung labuh. Siap angkat poster. Eli tak bersalah. Kita tahu itu mesti Muslimat PAS. Apa salahnya. Tok Guru kata apa salahnya bertelanjang dalam rumah. Cuma Tok Guru tak jatuh hukum pasal lelaki Melayu Islam yang ada dalam rumah Eli. Yang ambil gambar Eli dalam rumah Eli masa Eli baring dalam keadaan macam tu.
Kita tak mahu tuduh lebih teruk. Kita tak tahu. tapi kalau perempuan macam Eli yang muda dan menarik baring dalam keadaan macam tu dan si lelaki juga ada di situ, kata Nabil, "lu pikir lah sendiri..."

Bagi PKR itu bukan masalah. Bagi DAP itu memang lah tak ada masalah. Bagi PAS pun nampaknya pasal moral dan akhlak nipun tak jadi masalah. Kita pun heran, kalau cerita pasal BN dan UMNO yang belum tentu pangkal hujungnya, habis mimbar masjid, kelas mengaji agama dan ceramah, dibelasahnya cukup - cukup. Pasal akhlak la, pasal moral la dan pasal tak ada iman la. Tapi pasal Eli, ulama ka, imam ka, tok guru dalam PAS membisu seribu bahasa.
Kita nak tunggu respon PAS Selangor. Terutama pemuda PAS Selangor. Kalau penyanyi yang nak cari makan pun mereka berarak membantah, bagaimana pula dengan Eli. Bukti dah ada. Gambar dah ada. Takkan setuju kot..
Kita di Gerik, yang banyak terlibat sebagai Pencegah Maksiat, bantu Pejabat Agama tangkap orang khalwat, kebanyakannya orang PAS..setujuke dengan Eli..

Tuesday, April 14, 2009

Maklumat untuk siapa..

Untuk orang kampung ? Untuk semua rakyat ? Untuk orang asing yang tak seberapa kerat tu ? Atau untuk USA atau Kesatuan Eropah ?
Inilah masalah nya. Kita nak sampaikan maklumat dan penjelasan kepada semua rakyat. Rakyat kebanyakan. Rakyat daripada pinggir gunung dan lautan sehinggalah mendiamai kondominium mewah di kota raya. Tetapi majoritinya orang kampung yang minat dengan Warta Perdana dan Buletin Utama. Kini tambah lagi dengan Awani dan Atma Asia dan Global..
Tetapi daripada Menteri Kita, penjawat tertinggi awam sampaikan ke Ketua Polis Daerah pun bila ditemu ramah hampir kebanyakkannya bercakap dalam bahasa Inggeris. Lepas tu kalau nasib baik ada sarikata...kalau sempat bolehlah baca..tapi pada kita daripada baca baik terus dengar..nasib tak baik dengar pulak bahasa caca marba..lebih malang lagi kita menyampaikan maklumat dalam bahasa Inggeris hanya kerana ada seorang wartawan Inggeris..
Tujuan kita rakyat. Melayu ke , Cina ke India ke, Kadazan ke, Iban ke..27 juta ni bertutur dalam bahasa Melayu..kalau dah cakap bahasa Inggeris, sampai ke maklumat dan penjelasan kepada rakyat..
Bahasa Inggeris penting, tapi maklumat dan penjelasan perlu sampaik ke akar umbi rakyat jauh lebih penting..

Jangan le selalu sangat lewat..

Sedikit kelewatan, bukan sedikit keresahan yang timbul. Bukan sedikit juga keraguan yang berjaya diwujudkan oleh musuh. Dan bila keraguan sudah bersarang bukanlah semudah itu juga untuk kita membetulkan keyakinan kembali.

Rakyat tertanya - tanya pasal konsep Satu Malaysia. Pembangkang kata sama dengan Malaysia - Malaysian. Tukang karut mereka dah sebutkan di merata tempat. Di kawasan Melayu mereka timbulkan kerisauan konsep Satu Malaysia bermakna tiada lagi raja, tiada lagi hak istimewa....tiada lagi bumiputera tak bumiputera sama sahaja.

MECD pula..kata merekalah itulah buktinya ke arah konsep Satu Malaysia yang mereka faham.

Aduh..kita janganlah selalu sahaja terlewat. Kita percaya apa yang digagaskan dan direncana oleh PM kita semuanya sudah disediakan ramuannya. Siapapun di kalangan kabinet sepatutnya tiada masalah untuk menjelaskan konsep Satu Malaysia. Jangan sampai UMNO kata begini, MCA kata begini, MIC kata begini dan komponen lain pula kata begitu. Akhirnya pembangkang juga yang memenangi minda rakyat..

Jangan tunggu lama - lama, nanti lama - lama...

Ayo..yo..

Kalau lah kesungguhan mereka meminta jawatan dalam kabinet diterjemahkan dalam mengembalikan sokongan masyarakat mereka kepada BN, alangkah baiknya. Ketika UMNO di saran untuk berubah, dan UMNO benar - benar melaksanakan perubahan, apakah komitmen mereka ? Ketika tsunami politik PRU 12, UMNO dilambakkan segala kesalahan, UMNO dikatakan parti perkauman Melayu yang tidak lagi relevan, dasar - dasar kerajaan yang selama ini mempastikan kemakmuran dan keamanan dikecapi semua kaum dikritik mereka, mereka tidak pernah berfikir untuk berubah. Sebaliknya mereka menyerang UMNO. Lebih malang lagi semasa itulah mereka memperjuangkan kepentingan kaum mereka sehingga ke tahap yang tidak munasabah. UMNO bukan sahaja diserang oleh pembangkang, tetapi turut diancam oleh mereka. UMNO seolah bersendirian menghadapi gelombang tsunami politik yang melanda.
Mereka seolah tidak mahu menerima hakikat bahawa tsunami politik sebenarnya melanda mereka. Orang Cina beralih daripada MCA dan Gerakan kepada PKR dan Pakatan manakala sokongan orang India beralih daripada MIC ke DAP dan PKR. UMNO sejak dahulu hanya berhadapan dengan PAS. Berdasarkan rekod UMNO tidak pernah kalah dengan PAS secara keseluruhan menghadapi PAS.
Kiralah berapa banyak kerusi yang hilang. Lepas tu barulah gunakan akal..layak ke tak layak untuk menuntut yang bukan - bukan..contohilah Dato Seri Ong Ka Ting, walaupun menang tetapi mengakui kelemahan MCA dan menarik diri daripada menyertai kabinet.
Ayo..yo..seperti kata TUN M, rakyat tidak lari daripada UMNO dan BN, tetapi kerana terpaksa, picit hidung pun terpaksalah mengundi pakatan..
Takkanlah daripada 14000 pengundi bukan Melayu di Bukit Gantang hanya 1500 sahaja yang mengundi BN, salah UMNO juga ke ?

Saturday, April 11, 2009

Kabinet Bayang atau Gila Bayang..

Anwar Ibrahim lagi. Lepas DS Najib jadi PM dan umum Kabinet, rupanya itulah pendedahan besar yang dijanjikan di Bukit Lambau. Belum putus asa lagi rupanya. Masih lagi mengidam jawatan PM. Masih lagi nak bertakhta di Putrajaya.
Entahlah. Ketika kerajaan bertungkus - lumus menangani kegawatan ekonomi global, masih lagi ada politik Gila Bayang sebegini. Dulu bersidang di bawah pokok, sekarang dah tubuh kabinet bayangan pula.
Hairannya, kenapa perlu ada respon daripada kita. Lagi lah pelik melihat jawapan beberapa orang pemimpin UMNO dalam Awani yang kata baik, dan diharap dapat membantu kabinet yang ada. Berhentilah kita daripada memberikan respon kepada benda - benda mengarut macam ini. Memang itulah yang dikehendaki oleh Anwar. Kabinet bayangan yang sepatutnya dilihat seperti 'lawak bodoh politik' pun nampak menggusarkan kepimpinan kerajaan.
Lantak lah mereka dengan bayangan dan impian mereka. Tidak ada apa untungnya dan niat ikhlasnya dalam membentuk kabinet bayangan. Jangan dilayani. Jangan seolah-olah kita pula memberi iktiraf kepada mereka sebagai 'polis' dan 'hakim' kepada perjalanan kabinet hari ini. Kita ada mandat rakyat. Buat sahaja kerja kita. Biarkan dia dengan Gila Bayang nya terhadap Putrajaya.
Kadang - kadang, menteripun jadi gusar benar terhadap apa sahaja yang dibuat Anwar..walaupun Anwar buat lawak..

Politik 'Power Ranger' di negara jiran..

Pernah tengok cerita Power Rangers. Kisah wira biru, merah, kuning menentang raksasa yang menyerang bumi. Anak - anak cukup suka.
Itulah iktibar terbaik supaya kita di Malaysia menyedari bahawa kerajaan yang naik dari jalanan akan tumbang juga dengan demontrasi jalanan. Dulu 'kuning' berarak di jalanan dan tumbang satu kerajaan yang dipilih melalui pilihanraya. lantik PM baru daripada kumpulan 'kuning'. Sudahnya 'merah' pula berarak. Hinggakan PM kita pun terkepung di hotel penginapan. Mungkin tumbang pula kerajaan 'merah'. Lepas ni gamaknya ada pula kumpulan 'biru' tunjuk kekuatan. Entahlah, kalau itu cara kerajaan di pilih, sampai bila bila pun, selagi ada warna, negara tidak akan stabil.
Ambillah iktibar. Fikirkan masa depan anak cucu kita. Sistem pemilihan kerajaan secara demokrasi di negara kita adalah amalan demokrasi terpimpin terbaik di dunia. Sistem pilihanraya kita pun yang terbaik. Tiada sebarang keganasan. Dan lihatlah peralihan jawatan PM di negara kita.
Sebenarnya rakyat di negara lain tentu amat cemburu dengan kecemerlangan dan kematangan demokrasi kita.. cuma kekadang ada juga yang memburukkan kita di negara luar.

Tahniah TPM

Rakyat diutamakan. Ini bukan retorik. PM dah mulakan.TPM buktikan. Hari ni TPM di Kedah. Tanpa kompang, bunga manggar dan sirih junjung. Ke Pekan Rabu. Ke Tanah Perkuburan. Dengan pakaian yang santai. Datang secara mengejut. Bertemu rakyat biasa dan melayani rungutan mereka.
Tentulah daripada sebilangan besar yang menyambut hanya ingin bersalam dan mengucapkan tahniah. Sebilangan kecil akan menyampaikan rungutan yang bukan pun susah sangat untuk ditunaikan. Mulakan dengan kunjungan ke luar bandar. Ke kampung -kampung. Ke bandar - bandar kecil. Ke sekolah di luar bandar. Di Surau. Di masjid.
Dan jangan lupa bersama media. Bukan menunjuk - nunjuk. Tapi dalam politik, semuanya kena di war - warkan. Supaya rakyat tahu betapa 'rakyat' nya kabinet baru ini.
Harap usaha dan pendekatan murni ini akan berterusan. Tidak hanya bermusim. Tidak hanya apabila rakyat menunjukkan isyarat.
Menteri lain..takkan masih berbulan madu. Takkan masih belum habis buat jamuan dan kenduri kesyukuran..

Kementerian BELIA dan Sukan..

Tahniah Dato Shaberry Chik. Menteri Belia dan Sukan yang baru. Cuma kita nak sampaikan pandangan kita sejak dahulu. cerita tentang Kementerian Belia dan Sukan ini, sebahagian besarnya adalah mengenai sukan. Itupun hanya mengenai segelintir ahli Sukan yang di tatang untuk capai matlamat pingat emas di Olimpik. Masuk bolasepak Piala Dunia. Lebih malang lagi kalau terpaksa pula campurtangan dalam kemelut persatuan sukan.
Tak apalah juga kalau tumpuan kepada sukan ini melebihi tumpuan kepada belia. Kerana sesetengah pendapat kata terkait erat antara sukan dengan belia. Tapi tumpuan sukan yang macam mana? Sukan yang dinikmati oleh rakyat bawahan? Sukan yang dinikmati oleh semua lapisan belia? Rasanya tidak. Di sebahagian besar pelusuk negara, kemudahan sukan dan rekreasi untuk belia begitu ketara kurangnya. Tiada padang bola awam, padang takraw awam, jauh sekalilah nak mimpikan kemudahan sukan awam seperti squash ke, bowling ke, golf ke.
Sudahlah. Perkasakan MSN. Berikan lebih kuasa termasuk dalam urusan semua perkara berkaitan pembangunan dan kemajuan sukan sehinggalah kepada penyediaan kemudahan sukan awam di seluruh negara. Cuma jangan pula bila dibina nanti, dipagar dan diletakkan papan tanda Dilarang Menceroboh, Dengan perintah YD Pertua..
Berikan tumpuan utama kepada belia. Dekati mereka. Fahami kehendak mereka. Bina jati diri mereka dengan bersungguh - sungguh. Manfaatkan kewujudan persatuan - persatuan Belia. Bukan hanya sekadar turunkan peruntukan dan kita rasa tugas kita selesai. Jadi - jadilah. Bila kita baca suratkhabar, berita tentang menteri Belia dan Sukan ni hanya cerita tentang sukan, sukan dan sukan..dan akhirnya kita juga yang sebut belia kini terlepas jerat, belia hari ini tiada jati diri, belia hari ni melepak, belia punk, belia black metal..aduh..
Tempat kita, padang bola cantik dengan astaka yang gah..tapi dipagar dan ada papan tanda Dilarang Menceroboh. Dulu tempat belia berkumpul. Tendang bola hampir 50 orang sebelah..kini belia tempat kita petangnya merempit..salah mereka kah ?

Dewan Ulama UMNO

Bukan meniru PAS. Tapi dengan kehadiran Dewan Ulama PAS, PAS dilihat segalanya adalah mengenai Islam. Meskipun banyak daripada tindakan dan pendirian mereka dilihat amat merugikan umat Islam dan Melayu di tanah air ini, tetapi rakyat kampung melihat seolah PAS terlalu dekat dengan Islam. kalaupun mereka kata berkawan dengan syaitan, mempertahankan pemimpin pakatan yang tidak bermoral, bersetuju dengan penghapusan hak istimewa orang Melayu, benarkan orang bukan Islam membaca ayat Quran walaupun lebih kepada unsur mempersenda kesucian Islam, mengkafirkan sesama Islam, berjihad dengan unsur gangsterism ke atas umat Islam yang lain, berpelukan dengan yang secara terang - terangan menolak keluhuran Islam, bersetuju dengan penderhakaan terhadap Raja, institusi yang dibawahnya berpayung hampir kesemua institusi Islam dalam tanah air ini, namun PAS tetap menampakkan merekalah Islam, merkelah ulama, merekalah 'ustaz', merekalah majlis fatwa dan pelbagai lagi.
Apa salahnya untuk UMNO. Yang mempertahan, mengembang dan mendaulatkan Islam selama ini. Memberikan segala keprihatinan terhadap syiar Islam. Mendaulatkan Islam tanpa melihat sebarang ancaman terhadap agama lain. Hanya kerana UMNO dilihat seolah tidak menzahirkan peranan ulama dan cerdik pandai Islam dalam perjuangan parti, tidak memberikan mereka setempatnya dalam perjuangan parti, maka UMNO berjaya dimomokkan oleh PAS sebagai ancaman kepada Islam. Dan rakyat banyak berjaya diberikan persepsi kononnya tiada sebaran jasa UMNO kepada Islam. Sebaliknya PAS mengambil peluang ini untuk menonjolkan seolah merekalah yang meletakkan syiar Islam dalam keadaan kini di negara kita. Sedangkan hanya selain daripada memecah belahkan sesama Islam, apakah sebenarnya jasa terbesar PAS terhadap Islam di Malaysia ?
Dulupun, UMNO lah lebih dahulu mempunyai Dewan Ulama semasa awal penubuhan. Kalaulah tidak kerana Hj Ahmad Fuad, pengerusi Persatuan Ulama dalam UMNO merajuk dan keluar menubuhkan PAS akibat kalah dalam pemilihan Presiden UMNO, mungkin Dewan Ulama UMNO masih tetap ada hari ini.
Berikanlah ruang sewajarnya kepada golongan UMNO dan cerdik pandai Islam dalam UMNO. Kewujudan mereka dalam UMNO akan dapat menepis segala persepsi hodoh terhadap UMNO terutama kerana ulama dan cerdik pandai Islam dalam UMNO mengamalkan kesederhanaan dan tidak bercampur aduk dengan unsur yang boleh memecahbelahkan umat.
Bandingkanlah antara Taib Azamuddin dalam PAS dengan Dato Firdaus dalam UMNO..kedua - duanya bekas Imam Besar masjid Negara...

Friday, April 10, 2009

Kereta PAS, kereta BN..

KERETA MEWAH. Kalau UMNO bawa mereka kata rasuah. Sombong. Ego. Sampai ada Ketua Cawangan siap berikan amaran, jangan bawa kereta mewah sepanjang kempen. MasyaAllah.
P059 baru - baru ini, penyokong PAS hebat dengan pelbagai kereta jenama mewah. Menjalar hebat di P059. Lebih banyak daripada kereta mewah orang UMNO. Tapi kereta mereka bukan kerana rasuah. Itu qada dan qadar Allah. Itupun mungkin sedekah daripada mana - mana taukeh.
Cuma lebihnya, kereta mereka penuh dengan poster dan bendera yang besar - besar. PAS ada. DAP yang tak bertanding pun ada. PKR pun ada walaupun bertanding di Bukit Selambau. Semuanya dalam sebuah kereta. Kereta mewah. Mereka memenuhi jalan di P059.
Tapi kereta UMNO dan BN, itupun nasib baik kalau ada bendera kereta yang kecil. Kereta mewah jauh sekali nak lekat pelekat BN di cermin pun. Apa lagi nak letakkan bendera besar di kiri kanan. Nak lekatkan poster BN di dinding kereta...takut tercalar kereta mewah tu pulak, walaupun tercalar hati melihat gelagat pemandu kereta PAS..penuh dengan bendera dan poster..
Entahlah, semangatpun kecil..

KPI untuk Wakil Rakyat dan Ketua Bahagian..

PETUNJUK PRESTASI UMUM(KPI), bukan hanya untuk menteri. Panjangkan kepada wakil rakyat dan Ketua UMNO Bahagian. Jadikan setiap 'report card' ini secara online, atas talian supaya rakyat terus mengakses melalui internet dan menilai wakil rakyat dan Ketua UMNO Bahagian.
Pengalaman semasa pilihanraya kecil P059, rakyat kecil masih ada duduk di rumah berlantai tanah, rumah yang hampir roboh, tidak mendapat bekalan air walaupun dah hampir 20 tahun memohon,wakil rakyat yang tak pernah menjenguk dan JK UMNO Bahagian pun ada yang tidak dikenali..
Kasihannilah mereka, P059 baru - baru ini melihat bagaimana orang Melayu masih sayangkan UMNO. UMNO menang hampir kebanyakan tempat yang dalam PRU13 UMNO kalah. Orang Melayu telah kembali kepada UMNO. Tanpa RM1juta untuk anak - anak mereka di Sekolah Kebangsaan atau di sekolah - sekolah KAFA yang tidak sempurna, mereka tetap kembali kepada UMNO. Tanpa RM2j untuk menyelesaikan penempatan dan isu tanah mereka sepertimana di Bukit Selambau, mereka tetap kembali kepada UMNO.
Di Gerik, wakil rakyat nya di gelar Wakil Rakyat Lipat Peta..pagi di Ipoh, Tengahari di Gerik, Petang kembali ke Ipoh dan malamnya kembali ke Gerik..hanya kerana mememnuhi tuntutan rakyat..

Meludah ke langit..

Tersiar lagi. Kononnya akan ada lagi kepimpinan tertinggi UMNO yang akan disiasat. Pelik sungguh. Kita terlalu megah untuk ' meludah ke langit '. Lembaga Disiplin pun seolah seronok benar nak hebahkan. Kepimpinan juga tumpang sekaki. Dan mengadap rakyat, kita juga yang kena perjelaskan.
Bila kita kalah PRU12, hilang cerita tentang ketidak upayaan komponen untuk memenangi hati masyarakat mereka sendiri. Segala yang buruk dihumbankan ke atas batu jemala UMNO. Kita pula seolah mengiyakan. UMNO kena berubah..UMNO kena berubah.
Lepas tu ditambah pula dengan sikap kita memberikan persepsi buruk terhadap UMNO kepada rakyat. UMNO Rasuah. UMNO beri salah tak beri kalah. Sayang sungguh, ketika kita cuba memberikan keyakinan rakyat tentang betapa bersungguhnya UMNO menentang rasuah, menentang politik wang, menjunjung intergriti dan moral, respon yang diperolehi daripada rakyat ialah betapa korupnya UMNO. Persepsi yang gambarannya diskrip dan dilakon layarkan oleh UMNO sendiri.
Hanya kerana segelintir pemimpin yang korup dan tidak bermoral, kita canangkan ke seantero dunia, tetapi impaknya keseluruhan UMNO dilabel dengan amalan rasuah, tiada intergriti. Aduhh..berhentilah. Badan Disiplin tutup mulut dan buat kerja yang diamanahkan. Ambil tindakan secara dalaman. hentikan. Usah bermegah untuk ' meludah ke langit' kerana akhirnya tepercik ke muka sendiri..
Pembangkang, walaupun dengan isu liwat, isu gambar bogel, isu derhaka, isu rasuah, isu perkauman, tidak akan membuka mulut walaupun hanya sebaris ayat...dan rakyat pun melupakannya..

RM 1j di Bukit Gantang dan RM2.8j di Bukit Selambau

UNTUK APA ? Mereka tidak akan pernah rasa terhutang budi. Apakah hanya 1,500 undi daripada hampir 14,000 pengundi, yang tahu untuk berterima kasih. Tidak ada apa yang besarnya kepada kesilapan BN, lebih - lebih lagi UMNO. Ketika orang Melayu melihat akhirnya UMNO jauh lebih relevan demi survival Melayu sebagai majoriti dalam tanah air sendiri, mereka, yang ditaburkan dengan budi, akan tetap membalas dengan tuba.
Bukit Gantang dan Bukit Selambau bukan kerana BN kembali memerintah Perak, bukan juga kerana UMNO, tetapi kerana mereka melihat, selagi kuat mereka menghantar mesej ancaman kepada UMNO dan BN, mereka akan memperolehi apa sahaja hajat mereka. Apa guna kembali kepada BN jika mereka melihat pola pengundian yang tidak memihak UMNO dan BN, serta kekurangan kerusi UMNO di Parlimen akan menyebabkan mereka terpaksa dilayan lebih daripada orang Melayu, yang menjadi majoriti di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Akhirnya Pilihanraya seolah satu perniagaan. Jika untung dengan pendirian mereka hari ini, apa salahnya untuk terus - terusan menghantar mesej ancaman ini kepada UMNO. Dan bagi komponen, jika begitu boleh menguntungkan 'orang mereka' apa salahnya..
Berhentilah memberi dahulu, apa salahnya berjanji dahulu. Di Bukit Selambau calon mereka dijanjikan jawatan EXCO, dan menang..takkanlah kita tidak punyai kekuatan untuk menghantar balik mesej kepada mereka, hentikan lakonan, tunjukkan kesetiaan dan mereka akan dilayan sewajarnya,..
Di Gerik, calon UMNO hanya menang 24 undi berbanding calon mereka menang hampir 600 undi dalam PRU12 di sebuah Kg Baru..fahamilah mesej mereka..