::

:::

Sunday, February 20, 2011

Empangan Hidro Elektrik..Bukan Hanya Dapat Elektrik..


Petang tadi, berlangsung satu majlis yang julung - julung kali teman turut hadir. Udah berpuluh tahun sejak kewujudan empangan Elektrik Hidro Temengor yang membekalkan Elektrik ke serata negara. Rupa - rupanya selain daripada bekalan elektrik, dapat juga satu faedah lain. Besar juga nilainya itu.

Jadi petang tadi teman teruja juga le turut serta dalam Majlis Penyerahan Cek daripada pihak TNB kepada Pejabat Daerah Hulu Perak, mewakili Kerajaan Negeri Perak. Banyak. RM1.97 juta. Wakil TNB Ir.Mohd Daut b Bahak, Pengurus Besar Stesen - Stesen Jana Kuasa Elektrik Sg Perak menyerahkan replika dan cek kepada En Mohd Tahir B Osman, Pemangku Pegawai Daerah Hulu Perak dengan disaksikan oleh YB Dato Hasbullah dan YB Dato Termizi. Teman menempek aje kat pentas tu..hehe..

Cek berjumlah 1.97 juta itu adalah merupakan royalti yang dibayar oleh TNB kepada kerajaan negeri Perak kerana penggunaan air bagi menjana janakuasa Elektrik Hidro di Temengor, Bersia dan Kenering. Jadi selain bekalan Elektrik, dapat duit royalti lagi..(kalau boleh dipangil royalti. Bukannya apa, sebut royalti ni kadang - kadang ada yang sensitif)

Kita Di Gerik : Harap dengan kebijaksanaan YAB MB Perak dan Cif Teman, YB Dato Hasbullah dapatle di bawa kembali duit ini kembali ke Hulu Perak terutama ke Dun Temengor dan Dun Kenering. Iya le..dengan duit sebanyak itu, banyak yang boleh dilakukan. Kecemerlangan pendidikan ke, baiki rumah orang kampung ke, bina kemudahan awam ke, memajukan Tasik Temengor sebagai Pusat Perlancongan Air Bertaraf Dunia ke..apa - apa ajelah yang memberikan manfaat kepada orang Hulu Perak ni..

No comments:

Post a Comment