::

:::

Thursday, February 24, 2011

Hantar Mereka Balik Ke Sekolah !!!





Baru pilihanraya kampus. Baru nak tubuh kabinet kampus. Baru berhadapan dengan demokrasi dengan lebih kurang 10 hingga 11 ribu pengundi. Alahai..kalaulah mereka bersungguh - sungguh untuk mendapat Kepujian Kelas Pertama seperti mana bersemangatnya mereka memecahkan cermin ni..ahh..hebatnya Melayu di Persada Dunia. Ingatkan yang cerdik pandai pun dah ditapis semasa di sekolah. Rupanya masih ada lagi saki baki nya.

Kalau yang cerdik pandai di kampus pun tak tahu bagaimana mengamalkan demokrasi tetapi lebih berminat berdemontrasi, merusuh dan mengganas, kita pun tak dapat membayangkan kesudahannya negara tercinta ini. Lebih malang lagi, yang ganas-ganas, yang tak cerdik, yang makan puji ni Melayu belaka. Yang dilawannya pun Melayu juga.


Alangkah hebatnya kalau mahasiswa Melayu yang dibantu sepenuhnya dalam pengajian mereka, berdiri gagah ketika bangsanya sedang diperlekehkan, alangkah bermaknanya duit Melayu yang digunakan untuk menampung pengajian mereka..Belajar pun asyik Kepujian Kelas Dua, Merusuh pun hanya berani dengan bangsa sendiri,

Keliling mereka, HINDRAF sedang berusaha memperlekehkan sastera Melayu, DAP sibuk merobohkan gerai Melayu tanpa kira parti, PKR pulak asyik mengikut telunjuk DAP, PAS pula sekejap Melayu sekejap tidak...mahasiswa kita hanya gah perkasa dengan pilihanraya kampus yang sedikitpun tidak menyumbang kepada kedaulatan bangsa dan agama. Yang Cina dan India hanya gelakkan kita. Mereka juga akhirnya yang cemerlang, yang kelas pertamanya. Keluar nanti mereka juga yang laku dalam pasaran kerja. Siswa-siswi kita, hanya harapkan kerajaan juga yang bagi kerja. Kontrak pun tak apa...sebab apa, swasta pun tak berani nak ambil kerja, nanti cermin bilik Pengurus pun boleh mereka pecahkan..

Nasihat Kita Di Gerik : Udah le tu yop. Kembali ke kelas. Belajar sungguh - sungguh. Kalau nak berpolitik kampus, biarlah politik nya lebih cerdik daripada lintang pukang politik di luar sana..yang mana dah jadi gengster dalam U, buang aje..buat malu bangsa aje..

No comments:

Post a Comment