::

:::

Monday, February 21, 2011

PERTUBUHAN BELIA : Kementerian BELIA dan Sukan MEMANG SUKA LEBIHKAN SUKAN DARIPADA BELIA..


Utusan Malaysia Isnin 21 Februari 2011, halaman 6. Keluhan kekecewaan daripada para perwakilan Belia 4B Malaysia terhadap sikap KBS yang berlebih - lebih tumpuan kepada sukan.

"  kementerian terlalu menumpukan kepada sukan sehingga menyebabkan pertubuhan belia di bandar mahupun kampung menjadi malap kerana TIADA aktiviti. Di Malaysia terdapat ribuan pertubuhan Belia tetapi malangnya ia ibarat 'hidup segan mati tak mahu'...Ibnu Rasyeed Mat Isa (penolong Setiausaha 4B Perak )

Teman dah sebutkan tentang kealpaan KBS dalam menyemarakkan peranan Pertubuhan Belia dalam entri teman pada 23 Februari 2010 . Teman juga cadangkan agar diasingkan antara Kementerian Sukan dengan Kementerian Hal Ehwal Belia supaya tumpuan yang lebih diberikan kepada Pertubuhan Belia yang ada di negara kita ini..

<<>>

ASINGKAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
23.12.2010

Bacalah suratkhabar daripada 01 Februari 2010 hingga hari ini 23.02.2010. Bacalah berapa banyak perkara yang berkaitan dengan belia disentuh oleh Menteri Belia dan Sukan berbanding semua hal berkaitan dengan sukan.



Dan perkara yang berkaitan dengan sukan pula, berapa banyak yang disentuh, dirancang dan dilaksana, adalah berkaitan dengan peranan sukan membentuk belia, penyediaan sebanyak mungkin kemudahan sukan dan rekreasi, kempen menggalakan belia cinta sukan dsbnya. Tetapi yang kerapnya adalah tentang hal - hal persatuan sukan yang tak habis - habis dengan pertelingkahan, tentang Harimau Muda ke Slovakia, tentang target persatuan sukan ke Sukan Asia ke, Sukan Olimpik ke..emm..entahle..


Tapi hal belia..hal belia yang banyak buang anak, hal belia yang banyak melepak, hal belia yang banyak rempit, hal belia yang sekarang ni pakai seluar pun sampai terdedah 'lurah belakang' tanpa segan silu, hal belia yang asyik nak jadi artis segera sahaja, hal belia dengan dadah, hal belia dengan pemuda Lombok, belia yang cenderung kepada membangkang sahaja, dan 1001 hal belia yang perlu ditangani..sebulan sekali pun payah nak tengok Menteri Belia dan Sukan ni berikan penekanan..


Iya le namapun Menteri Belia, Sukan tu namanya lepas belia. Tentulah tumpuan sepatutnya kepada aspek belia dan sukan hanya sebahagian daripada medium untuk melunaskan kehendak belia..tapi tak..sukan pula yang dilebih - lebihkan..tupun untuk satu dua kerat yang wakil negara ajele..


Harapkan Majlis Belia Daerah..entahle, Pejabat Belia dan Sukan, pun kita tak tahu apa peranannya, ayik - asyik bina padang futsal, asyik kerjasama anjur sukan futsal..sekarang ni anak - anak muda mempunyai kecenderungan yang cukup berbeza dengan kita yang dah hampir cecah 50-an ni. Kenale fikirkan bagaiman mendekati mereka dan bukan hanya asyik - asyik futsal, 9 sebelah dan jersi aje..


<<>>
 
Kita Di Gerik sekadar nak ingatkan, Golongan Belia hari ini akan mendominasi senarai pemilih menjelang PRU13. Kalau Menteri KBS sanggup turun ke Manchester untuk menyaksikan Kejohanan Basikal Dunia, takkan le kita tak ada masa untuk turun padang  bertemu dengan pelbagai pertubuhan belia di bandar- bandar besar dan kecil, di ceruk kampung dan pedalaman. Selami keinginan mereka. Bantu mereka untuk dididik bukan hanya sebagai pemimpin masa depan tetapi juga yang sentiasa akan berada di barisan hadapan melaksana dan mempertahankan kerajaan yang didokong oleh UMNO sampai bila - bila. Kita mahukan lebih ramai lagi belia kita yang mempunyai kekentalan dan semangat juang seperti Azizulhasni Awang...
 
Tanyalah kepada siapa pun. Tanyalah tentang apa dah jadi dengan 4B di kampung - kampung. Apa dah jadi dengan MAYC. Apa dah jadi dengan GPMS. Apa dah jadi dengan gerakan Belia di merata ceruk..kecuali kita dihidangkan dengan perebutan jawatan yang dah menular ke pertubuhan belia, dihidangkan dengan perhimpunan besar - besaran sekali dua setahun.. yang lainnya hampehhh. Entah berapa kerat gamaknya golongan belia yang kenal dengan Pegawai Belia dan Sukan di Daerah masing - masing..Dalam senyap-senyap tiba - tiba muncul pula Bolasepak 7 Sebelah ( 11 sebelah pun x mampu nak buat ) merebut pula Piala Pegawai Belia Daerah..eewah..

No comments:

Post a Comment