::

:::

Monday, March 8, 2010

Reformasi di Malaysia. Apa sebenarnya Dato Salehuddin..

Mengikuti temu bual Dato Salehuddin, bekas SUA PKR dalam MM, teman cuma tertarik dengan istilah reformasi yang kerap sangat disebutnya. Bukan setakat disebut, tetapi menganggap dirinya reformis. Penggerak reformasi di Malaysia. Reformasi yang disuburkan akibat daripada pemecatan DSAI daripada kabinet dan UMNO. Reformasi yang digambarkan dengan rusuhan dijalanan. Reformasi yang ketika itu hanya memperjuangkan nasib DSAI yang kehilangan tangga terakhir untuk menjadi PM. Lebih - lebih lagi apabila disebutkan reformasi ini disertai oleh masyarakat marhaen yang teruja dengan karisma palsu DSAI. Sehingga hari inipun, laungan reformasi akan muncul apabila munculnya DSAI dikhalayak. Walaupun pada ketika sedang berperang dengan pengadilan terhadap moral beliau.

YB Zul: Akhirnya dipecat..

Begitulah kesudahannya. Kesudahan yang sebenarnya mudah untuk dijangka. Rentetan serangan YB Zul kepada partinya sendiri, memang mengundang keputusan sebegini. Tapi, atas apa sekalipun dilihat oleh sesetengah sebagai usaha meraih publisiti, YB Zul memperlihatkan dirinya sebagai seorang pejuang. Seorang yang konsisten dalam mempertahankan agama dan bangsanya. Inilah yang sebenarnya perlu ada pada setiap yang menawarkan dirinya sebagai pemimpin. Menjadi pemimpin dalam sebuah negara pelbagai kaum di mana setiap kaum memperjuangkan kaum masing - masing. Lebih - lebih lagi dalam konteks Malaysia di mana kaum minoriti begitu lantang dan bersungguh - sungguh memperjuangkan kepentingan kaum mereka berbanding sikap bertolak ansur dan menjaga keharmonian yang ada dalam diri masyarakat Melayu.

Thursday, March 4, 2010

LTdL. Penganjur wajar mohon maaf kepada MB Kelantan..

Satu tindakan yang amat tidak wajar. Dalam perkara - perkara yang berhubungkait dengan penganjuran yang membabitkan nama negara, perkara - perkara remeh ini sepatutnya dikesampingkan. Janganlah dalam semua perkara hendak dikaitkan dengan politik. Pergeseran dalam politik biarkan berada dalam ruang lingkup politik. Kita percaya inipun bukan yang dikehendaki dan diamalkan oleh kepimpinan UMNO baik di Kelantan mahupun Pusat. Ini cerita keghairahan penganjur, yang kena diingatkan tentang menghormati tuan rumah. Apatah lagi tuanrumahnya adalah pemimpin utama negeri. Menteri Besar.

Dengan kekuatan yang ada pada UMNO, kita tidak perlu nak 'perasa' seorang bertaraf MB semata -  mata kerana dari pihak pembangkang. Sebagaimana kita mengharapkan semua lapisan masyarakat menghormati kepimpinan kita, sebagaimana yang kita laungkan apabila kita berkuasa, kita adalah pemimpin kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, maka begitulah juga pendirian kita terhadap MB pembangkang.

Menentang kepincangan, menggerakan saraf untuk menjatuhkan parti dan mengalahkan mereka dalam Pilihanraya, adalah satu isu yang amat berbeza. Manakala menghormati kedudukan seseorang sebagai Menteri Besar yang sah adalah satu isu lain yang amat berbeza. Yang menuntut kita untuk mempunyai jiwa yang amat besar, yakni saling menghormati. Sekalipun kita mungkin 100% tidak bersetuju dengan MB, tetapi hormatilah dia sebagai MB Kelantan dan lebih daripada itu hormati sebahagian yang hadir ke majlis tersebut, yang sudah tentunya adalah penyokong beliau.

LTdL, tidak akan menjadi 5 bintang hanya kerana berani tidak menghormati seorang MB, dan UMNO pun tidak akan memenangi hati rakyat hanya dengan meminggirkan protokol dan puas hati seolah - olah dapat mengenakan seorang MB pembangkang.

Mohon maaf lah..tiada siap yang rugipun..

Zahrain, Tee Beng dan Mohsin..Zul bila lagi..

Dah 3. Katanya ada lagi. Anwar pun nampaknya senyap aje. Tak seghairah masa war - war pasal 16 September, nak tubuh kerajaan secara haram. Tak seghairah masa Nasaruddin Bota lompat sekejap dan kembali ke UMNO. Maha Besar Allah. Skrip, Papan Cerita,Produser dan Pengarah asalnya direncanakan oleh Anwar sampai rombongan Ahli Parlimen yang berkampung di Taiwan pun dibuntuti, diketuai oleh Tian Chua sehingga menempuh taufan yang melanda Taiwan masa tu. Begitulah keghairahan Anwar. Masa itu pakatan pembangkang tak kisah pun pasal demokrasi ke tidak, wajar ke tidak, bermoral ke tidak, hormati pengundi ke tidak, katak ke tidak asalkan cita - cita menduduki Putrajaya dicapai.

Tetapi, sungguh..negara ini negara yang amat dirahmati Allah. negara yang dilindungi Allah. Bukan hanya dilindungi daripada petaka  yang saban menimpa negara lain,sama ada petaka alam atau  petaka sesama manusia warganya. Allah merahmati negara yang dicintai ini. Dan Allah sebenarnya melindungi kita daripada bencana lebih besar apabila bukan setakat menggagalkan segerombolan  politikus, yang rakus mengancam agama, bangsa dan tanah air. Bahkan Alllah menunjukkan kekuasaan Nya yang Maha Besar , apabila gerombolan ini mula diporak porandakan sedikit demi sedikit. Apakah itupun kita gagal untuk melihat bahawa Allah memberikan pengajaran besar kepada kita..

"" Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.""

Wednesday, March 3, 2010

Tenang di luar rumah..

Kekadang, banyak juga masa dihabiskan kat luar..tak ada le berinternet..terutama bila anak - anak balik dari asrama, makan - minum kat luar, dengan kolam buatan..cuma tak tahannya, sikodok pun ada juga..bising pulak tu..hmm..


Santai sekejap..

Badan pun tak berapa segar.Iyalah dah hampir 50 ni, imuniti pun tak macam dulu..jadi berehat sikit pasal nak fikir yang berat - berat. Santai sedikit. Jadi ambil le gambar sekitar dalam bilik. tapi port kerja aje la..tak lebih daripada itu..Dulu berjaga malam di luar bilik kat ruang tamu, Eima pun tarik muka semacam aje..iyale asyik dia sorang aje dalam bilik, suaminya asyik dengan pc nya..jadi tu le teman pindahkan tempat kerja ke dalam bilik tidur..sekurang - kurangnya ada le berteman..



Inile rupanya tempat bekerja dan tempat tidur..semua dalam bilik..

Monday, March 1, 2010

Selepas Fairus, siapa lagi..

Semalam, bekas TKM 1 Pulau Pinang, keluar PKR dan menyertai UMNO. Ini rentetan yang berterusan nampaknya yang mula menimpa PKR. Satu persatu..kita yakin kan ada lagi gerombolan yang lebih besar yang tidak mahu turut serta berada dalam gerombolan yang mengkhianati agama, bangsa dan tanah air. Gerombolan yang membuka ruang kepada minoriti 'meminta peha selepas mendapat betis'. Membuka ruang kepada pemimpin yang sedikitpun tidak menyenangi Islam, menunjukkan kesanggupan mereka untuk menjadi celupar tentang Islam. Membuka ruang kepada mereka yang selama ini amat sekali beranggapan Melayu ini sebagai bangsa kelas dua yang hanya layak menjadi budak suruhan, untuk melaksanakan impian mereka menjadikan Melayu ini terus menjadi budak suruhan.

Tahniah lah Fairus. Mungkin dah agak terlambat tapi bukan lah pula penghujung. Kepada yang lain yang masih dalam gerombolan yang terus - terusan 'mengenakan' bangsa Melayu yang lemah lembut, santun dan pemaaf ini, tunggu apa lagi..

Kalau kita dah sampai peringkat kata mereka banjingan dan baluci, buat apa lagi kita dalam gerombolan tu..keluar cepat - cepat..


Begitulah hebatnya DAP. Bukan setakat boleh buatkan UMNO dan PAS bertelagah, UMNO dengan Komponen bertelagah, tapi sama - sama dalam Pakatan pun boleh bertelagah. Pandainya DAP ni, perkara yang diganggunya pun perkara yang menimbulkan polemik sesama Melayu dan Islam. Contohya tentang Maulidur Rasul. Gamaknya DAP dah buat kajian mendalam tentang Maulidur Rasul ni. akan ada ulama kata boleh. Ada ulama kata tak boleh. jadi berperanglah sesama Islam tentang boleh ke tak boleh, afdal ke tak afdal Perarakan Maulid. Yang sepatutnya kita sepakati, mengapa perarakan yang menghubungkan silaturrahim sesama Islam dalam memperingati Maulidur Rasul itu yang nak ditiadakan oleh DAP..apa yang tersiratnya..Gamaknya selepas ini kalau DAP kata tak perlu Azan dengan pembesar suara, nanti ada yang kata zaman Rasulullah dulu mana ada pembesar suara, semata - mata nak iyakan DAP..aduhh..politik Melayu Islam kini..

Kita di Gerik..mengalu-alukan kembali semula Pak Leman bekas Pengerusi Bahagian Penaja PKR Gerik ke UMNO..ahlan wassalam..

Nasihat Untuk Ibu Tunggal : Jangan tinggalkan anak perempuan dijaga oleh teman lelaki..

Kesnya, kematian yang amat tragik buat anak yang berumur 3 tahun. Syafiah. Pembunuhnya, teman lelaki yang dah 6 tahun dikenali. Suami ibunya, dah 6 tahun dipenjara. Lalu dalam akhbar hari ini, nasihat daripada beberapa orang pakar dan juga menteri pun nampaknya, agar ibu tunggal, 'JANGAN TINGGALKAN ANAK PEREMPUAN KEPADA TEMAN LELAKI SEMASA KELUAR BEKERJA'.


MasyaAllah. Kita baca dalam surat khabar. Tak tahu betul ke tidak. Tapi laporan akhbar kata dah hampir setahun selepas nasihat menteri apabila Aaliyah Aiman dirogol, diliwat dan didera oleh teman lelaki ibunya dari Sudan, tiada siapa yang peduli. Takkan itu le pula nasihat yang diberikan. Mudahnya, ibu tunggal ni boleh ada teman lelaki tapi jangan tinggalkan anak perempuan dijaga dek teman lelaki.

Kita kembali lah kepada asas kekeluargaan yang semakin rapuh hari ini. Lebih malangnya kerapuhan asas kekeluargaan ini amat ketaranya berlaku kepada masyarakat Melayu. Tinggalkan ibu bapa ditepi jalan untuk dipungut oleh Jabatan Kebajikan, Letakkan ibu bapa dirumah Orang - Orang Tua tanpa dijenguk - jenguk langsung. Yang mudanya tidak lagi perlukan ibu bapa dan sanak saudara dalam urusan nikah kahwinnya,sampai ada yang ngikut sehingga ke Lombok. Entahlah banyak yang dapat ditulis kalau hendak ditulis. Tapi apa yang pasti perkara yang menjadi asas kepada pembentukan keluarga sudah terlalu banyak tidak diberikan perhatian..

Di peringkat pihak yang diberikan amanah, kita hanya ghairah menganjurkan anugerah untuk Keluarga Bahagia la, Ibu Mithali la, krusi Wanita la tapi apakah kejayaan penerima anugerah yang diberikan ini adalah kerana perancangan kita atau sememangnya hanya kerja keras keluarga berkenaan. Kita ni tukang sampai anugerah ajelah..

Pada teman, nasihat ini 100% tidak betul. Kembalilah kepada peraturan dan hukum hakam agama. Tidak boleh langsung kita membenarkan berlakunya ibu tunggal boleh bersekedudukan, hanya kerana statusnya sebagai ibu tunggal. Kita tidak boleh benarkan mereka menipu kariah mereka selama 6 tahun sehingga Allah menunjukkan kepada mereka balasannya secara yang amat tragik, dan kita masih hendak menunjukkan simpati kepada mereka. Hukum mereka, atas dosa mereka kerana mendurhakai peraturan Allah, dan hukum mereka kerana kekejaman mereka ke atas Syafiah..

Kita di Gerik, terkedu bila menteri pun tak berani untuk kata, tindakan ibu Syafiah itu salah. Tindakannya bersekedudukan sedangakan masih sah suami orang itu salah. Memberikan ruang dan peluang kepada teman lelakinya hingga membunuh Syafiah itu salah. Dan mereka berdua dipersalahkan kerana kematian Syafiah..kalau tidak berani, jangan buat sebarang kenyataan, jadilah menggunakan ayat - ayat politik dalam tragedi sebegini..dan bantulah abang Syafiah bukannya ibu Syafiah kerana ibu Syafiah wajar dihukum.