::

:::

Wednesday, October 14, 2009

Memperkasa UMNO, Demi Kelangsungan Melayu : Mukadimah.

Selamat Bersidang. Persidangan yang bukan hanya bersejarah, tetapi amat perlu dijadikan benar - benar bersejarah. Bersejarah bukan hanya kerana persidangan pertama YAB PM sebagai Presiden, atau YAB TPM sebagai Timbalan Presiden, atau yang pertama juga buat ketiga - tiga Naib Presiden. Juga bukan kerana yang pertama buat Shahrizat, KJ atau Shirlin sebagai ketua pergerakan sayap masing - masing.

Pertamanya, perubahan kepada wajah UMNO. UMNO yang indah dan segar serta begitu berjasa kepada umat Melayu selama ini dicoretkan oleh kekotoran, kelesuan, kehodohan oleh segelintir pemimpin semua peringkat serta ahli UMNO sendiri, yang sebenarnya tiada sekelumitpun kasih sayangnya terhadap UMNO. Dihodohkan oleh segelintir mereka yang mengkhianati keluhuran matlamat kewujudan UMNO. Allah Maha Besar. Jikapun ada yang tidak menyayangi parti politik keramat ini, yang menjadi duri dalam daging, menjadi gunting dalam lipatan, menjadi kacang lupakan kulit, menjadi Melayu yang pelupa, menjadi pengkhianat kepada bangsa nya sendiri, namun Allah masih menyangi UMNO.

Meski terancam pada 1969, UMNO segar dan bugar kembali. Kini 2008, sekali lagi UMNO diancam, kali ini lebih hebat. Bukan hanya oleh kebangkitan pakatan pembangkang, tetapi ancaman kemusnahan UMNO datang daripada dalam UMNO sendiri. Namun Allah masih tetap menyayangi UMNO. Meski sejarah 1969 berulang, UMNO masih menjadi tunjang pemerintahan tanah air tercinta ini. Persidangan ini, diperhatikan oleh semua umat Melayu.

Melihat bagaimana sebahagian Melayu dalam pakatan pembangkang, yang berkerat rotan dan menyinsing lengan dengan Melayu lain tetapi mendakap mesra dan hanya mengia kata, dengan mereka yang minoriti tetapi sentiasa ingin menjadi tuan di Tanah Melayu ini, sentiasa berpegang merekalah taukeh dan Melayu lah kuli, maka sudah tentulah dapat dibayangkan kesudahan Melayu di tanah air ini, andainya UMNO benar- benar dimuziumkan ( seperti kata pemimpin DAP Perak ). Oleh itu, persidangan kali ini, bukan hanya catatan sejarah persidangan pertama untuk barisan kepimpinan baru, tetapi satu agenda besar, menonjolkan kembali UMNO yang segar, UMNO yang ceria, UMNO yang sebenarnya bersih, UMNO yang begitu berjasa, UMNO yang selama ini diterima oleh kaum lain dan UMNO yang sebenarnya dalam hati kecil setiap umat Melayu, amat menyayangi dan berterima kasih.

Kita di Gerik, ucapkan Selamat Bersidang. Harapnya G7 + 6 kepimpinan bahagian, yang membawa mandat bahagian, yang segak berbaju kebangsaan dengan tag perwakilan di dada, akan terus dalam Dewan Merdeka dari awal sehingga akhir. Mengikuti seluruh perjalanan mesyuarat, usul dan perbahasan, dengan keazamanan untuk menyahut seruan Presiden, IKHLAS DAN TAWADDUK. Amat malanglah, ketika UMNO memerlukan keazaman dan kesungguhan, ikhlas dan tawadduk daripada semua peringkat, untuk menyegar bugarkan kembali UMNO yang berjasa, masih terlalu ramai perwakilan yang berada diluar dewan. Membeli belah, di kedai - kedai kopi, bahkan ada yang sejauh Petaling Street dengan baju kebangsaan dan tag perwakilan, pada ketika Persidangan berlangsung. Inilah sebenarnya yang mengkhianati kepercayaan ahli UMNO di akar umbi, yang menghodohkan wajah UMNO. Kepada mereka, inilah gambaran PENGKHIANAT kepada UMNO..SELAMAT BERSIDANG.

Thursday, October 8, 2009

Tanah Air ku yang dirahmati..

Syukur Alhamdulillah. Tanah Airku ini sebenarnya amat dirahmati Allah. Ketika kita cemas dan bersimpati dengan bencana berskala besar di Padang, Filipina, India, Vietnam dengan angka kematian yang besar, Alhamdulillah tanah air tercinta ini masih terus - terusan dirahmati dan dilindungi.
Kesemua kita yang sudah menjangkau 40-an, telah menikmati kehidupan yang serba aman, makmur. Kita tidak berhadapan dengan gempa bumi, taufan, kebuluran dan peperangan. Kita menikmati segala - segala yang tidak mungkin dapat dinikmati oleh rakan sebaya kita di Selatan Siam, di Afghanistan, di Iraq, di Palestin. Ketika kita mengangkat cawan teh tarik, mereka mungkin mengangkat senjata untuk mempertahankan hak mereka dan kedaulatan negara kita. Ketika kita menyeret beg sekolah anak - anak kita, mereka mungkin mengheret sekujur tubuh kaku anak mereka yang menjadi mangsa peluru dan bom. Ketika kita mengusung pelbagai barangan yang kita belikan untuk anak - anak kita di rumah, mereka mungkin mengusung keranda berisi jenazah anak mereka.
Melihat betapa bertuahnya kita. Betapa kita dirahmati dan dilindungi. Betapa kita dikurniakan dengan kemakmuran dan kekayaah. Betapa kita aman dan damai. Apakah kita tidak sedikitpun tergerak untuk mensyukuri nikmat ini. Nikmat yang diizinkan Allah jika kita berusaha menggapai dan mensyukuri. Dengan kegigihan dan kebijaksanaan. Dan selama sejarah 52 tahun kemerdekaan negara, apakah kita menafikan keikhlasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara yang membawa kita berada dalam kedudukan kita hari ini.
Kita di Gerik, ada yang beria - ia menolak apa sahaja yang telah dijayakan oleh kerajaan, tetapi pada masa yang sama mereka lah sebenarnya, yang lebih lagi menikmati kejayaan dan kemakmuran negara. Tanpa sebarang asas kukuh, mereka menjadi penentang tanpa hala tuju. Kalaulah mereka ini menjadi kakitangan kerajaan di negara jiran yang bergolak..Kancil pun mereka tidak mampu..tapi mereka tetap mengkufuri habuan yang mereka nikmati..kononnya untuk Malaysia yang lebih baik bagi mereka, atau pun membawa kemusnahan kepada tanah air yang dirahmati ini.

Tuesday, September 8, 2009

RM800!!!..

Amah Indonesia. RM800.00 minimum. Cuti sehari seminggu. Eleh..!!Kita risau. Sebabnya pasukan perunding Malaysia nampaknya macam setuju aje dengan mereka. Cuti boleh. Pegang Pasport boleh. Cuma hak yang ada kat Malaysia, kalau lari, tak boleh masuk balik ke Malaysia. Boleh ke..Bukan sukar sangat untuk mereka tukar nama. Daripada nama jawa Indonesia kepada nama flores..
Teman pun pelik le..Yang makmurnya negara kita. Yang berpusu - pusu masuk sehingga sanggup karam dilautan, mereka. Tapi yang kena akur kita. Kena akur dengan segala macam hal dan aturan mereka. Kita..tak pa..serumpun....
Berhentilah menjadi bangsa yang kecil benar jiwanya. Kalu setakat yang beberapa kerat berdemontrasi depan kedubes kita, tak apalah..cari makan..tapi kalau Menteri Pelancongan mereka pun tumpang sekaki, nampak macam ada tangan besar yang beri restu..sampai Jalur Gemilang dilanyak dan dibakar, kita masih tak apa..serumpun..tapi ada yang bawa kepala lembu hanya untuk lambangkan kebodohan pemimpin sebuah negeri, tiap - tiap hari keluar surat khabar kita siasat dan nak tangkap. Takkan le kita tak boleh tunjuk garang sikit. Biar dia orang hormat sikit. Biar dia orang sedar diri, kita tidak bergantung apa - apa kat mereka pun..
Banyak lagi negara yang mengharap. Selatan Siam ke, orang Campa ka, Mindanao ka..
Kita di Gerik, meluat, seolah mereka yang boleh tentukan apa yang mereka boleh buat di negara kita, dan lebih - lebih dan lebih meluat bila terlintas siaran drama, sinetron dan pari - pari, mereka semasa tengah dok cari chanel tv...aduh..yang tu pun kita gagal tangani..bangsa yang terlampau bertolak ansur, lama - lama akan beransur - ansur ditolak...

Friday, September 4, 2009

Pendet di tangan yang 'akal pendek'

Irihati atau rasakan mereka "Abang". Semacam satu kebanggaan untuk mereka sentiasa menunjukkan permusuhan terhadap kita. Sikap bermusuh lebih daripada kebencian mereka terhadap zionis. Ada sahaja yang direka. Semuanya tentang 'kegeraman' mereka terhadap bumi Malaysia yang cukup bertuah ini. Gamaknya masih ada saki baki yang menyimpan keazaman untuk 'Ganyang Malaysia'.
Daripada kes 1 atau 2 kes dera amah, kes tuduh curi budaya dan seni mereka, Ambalat, semuanya mereka terjemahkan dengan kebencian tidak terhingga kepada bangsa yang kononnya dianggap serumpun ini..
Berdemontrasi di kedutaan, lantaklah..godam laman web, lantaklah..tapi membakar Jalur Gemilang ketika negara sedang merayakan Ulang Tahun Kemerdekaan, mereka benar - benar memperkecilkan kita..kerajaan mereka pun macam tak kisah aje..peliknya kerajaan kita pun macam tak kisah juga..
Jadi - jadilah..cukup lah..kita bercakap tentang kehebatan dan kebesaran jiwa kita sebagai warga sebuah negara yang cukup jauh meninggalkan mereka tapi dalam masa yang sama kita masih lagi sentiasa dilihat mengalah, bertolak ansur kononnya atas nama bangsa serumpun..sampaikan Jalur Gemilang dibakar sempena Kemerdekaan Negara ke-52 ini pun, kita masih lagi kata tak apalah, biarlah, bukan pendirian kerajaan mereka ( kalau langsung tak tunjukkan sensitiviti, maknanya mereka pun suka le tu ).
Udah le.. tak ade besar mana pun penggantungan kita kepada mereka. Amah dan pekerja...tak perlu risau, mereka sanggup menempuh gelora lautan semata - mata untuk cari rezeki di negara kita, kalau dah mereka tak nak, banyak lagi negara lain..kadang - kadang kena tunjukkan kepada mereka kita ada harga diri yang perlu dipertahankan..
Macamtu le juga dengan drama mereka yang macam sampah dalam tv kita..konsert artis mereka..tak usah le..yang tonton drama dan konsert artis mereka pun orang mereka juga..boleh kira dengan jari orang kita yang menonton, itupun sebab memang dah gila dengan konsert dan cerita airmata yang meleret-leret..hentikan dan kawal ketat macamana mereka kenakan artis dan hasil seni kita..ada ke drama kita disiarkan dalam tv mereka...pastu berepisod sampai ganti TV baru pun, episod tak habis juga.
Kita di Gerik, ramai juga 'warga serumpun' ini mencari rezeki walaupun kita jauh di hulu..kita tak kisahpun..cuma kita kisahkan ada lagi 'warga serumpun ini' yang hanya cuma kerana 30 saat cerita si Pendet, begitu pendek akal hingga membakar Jalur Gemilang...
MERDEKA!

Thursday, September 3, 2009

Selamat Berpuasa

Alahai..dah 12 Ramadhan..belum lambat untuk ucap Marhaban Ya Ramadhan..iyalah ada juga dalam kalangan kita yang baru nampak anak bulan Ramadhan..Lagipun Ramadhan ni harap - harap tak de le kita hanya dapat bersahur dengan berbuka aje..
Malamnya kita bertarawih dan bertadarus..tapi harap - harap lepas tu tak ada le pula pakat duduk di tangga masjid lepas tarawih dan tadarus, sampai muncung mulut dok mengata orang itu ini, keluar fatwa itu ini..tambah le pula sehari dua ni ada Sidang Dewan DUN Perak..tambah panjang le muncung dema yang kata si Siva tu betul...udah le..
Kita di Gerik..bersyukur sebab boleh posa dalam aman, damai ...rezeki pun murah...apa ingat si Siva tu boleh bagi yang lebih baik ke..

Monday, August 10, 2009

Menulis selepas bercuti panjang..

Teman agak lama bercuti panjang. Tidak mencatat walaupun banyak yang boleh dikongsi. Tapi tuntutan kerja yang agak banyak, tidak sedikitpun memberikan ruang terbaik untuk menulis. Banyak yang menarik respon teman. Dengan H1N1 yang semakin meruncing. Peliknya pula virus inipun seolah - olah hanya nak menyerang institusi pengajian dan sekolah aje..Itupun institusi yang majoritinya pelajar Melayu dan sekolah Kebangsaan.Banyaklah yang terpaksa jadualkan cuti semester. Sekolah pun banyak ditutup.
Pelik juga. Kata pakar H1N1 ini berkaitan dengan babi. Namanya pun selsema babi. Tapi yang banyak yang dijangkitinya pula sehingga ke tahap kehilangan nyawa, mangsa - mangsa yang langsung tiada kaitan dengan babi.
Lepastu, teman pun pelik juga bila pelajar - pelajar universiti dan sekolah yang dikhuatiri dijangkiti tidak dikuarantin. Sebaliknya dilepas balik ke kampung - kampung. Entah le..ada jaminan ke tidak merebak..
Satu lagi yang teman pelik..kalau dah banyak sekolah ditutup kerana dikhuatiri ada jangkitan, tak bolehke petugas khas yang boleh datang ke sekolah..periksa semua murid dan kakitangan, kalu boleh buka juga pemeriksaan percuma untuk ibu bapa kampung berdekatan sekolah tu..entahle..susah sangat ke..
Kita di Gerik, manalah ada peluang yang jauh - jauh tu nak datang ke hospital untuk pemeriksaan. Tapi kalau kita gunakan sekolah..iyalah kita kena turun padang, jangan le hanya tunggu orang kampung turun ke hospital..lain le kalau KK dah isytihar kalah sekali lagi..

Saturday, June 13, 2009

1Malaysia: Memahamkan rakyat..

Tadi terjumpa buku Sejarah Pilihanraya di Malaysia. Sempatlah baca. Bab pertamanya tentang sejarah pemerintahan di Malaysia. Teringat pula tentang berita yang teman dah lupa tarikh siarannya mengenai satu perhimpunan besar - besaran membabitkan pelbagai peringkat masyarakat termasuk pembangkang untuk melancar dan memperjelaskan konsep 1Malaysia. Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan.
Teman beranggapan dalam memperjelaskan konsep mengenai 1Malaysia ini, ada perkara yang lebih utama untuk diberikan pemahaman dan penghayatan oleh seluruh rakyat Malaysia. Pemahaman dan penghayatan mengenai sejarah kegemilangan, yang ditandai dengan kegemilangan Empayar Melaka, kejatuhan ke tangan penjajah, perjuangan pra dan pasca kemerdekaan, perlembagaan negara, keadilan Islam, rukun negara, institusi raja - raja, kontrak sosial, keganasan komunis dan darurat, 13 Mei 1969, era kepimpinan 5 Perdana Menteri terdahulu, kekayaan, keamanan dan kemakmuran yang dinikmati kerana perpaduan rakyat, kestabilan politik, keseimbangan pengagihan kek ekonomi, sensitiviti kaum dan agama yang dijagai, kebebasan dalam ruang lingkup masyarakat majmuk Malaysia, dan kesedaran mengenai hak asasi manusia dalam acuan Malaysia sendiri.
Segalanya mengenai kenegaraan itu yang perlu difahamkan terlebih dahulu. Pemahaman ini dititipkan sepanjang masa ke dalam minda rakyat sama ada melalui media elektronik, media cetak ataupun media maya. Sebelum pelancaran secara besara- besaran ini, rakyat, terutama generasi selepas 13 Mei 1969, perlu dipasakkan dengan ingatan mengenai sejarah perjalanan tanah air mereka sendiri. Perjalanan yang bukan mudah, sehingga terlahirnya negara Malaysia seperti hari ini. Negara yang didiami oleh pelbagai kaum, agama dan budaya, yang berjaya diwujudkan, tanpa perlu mana - mana kaum, merampas harta dan jiwa satu kaum yang lain. Negara Malaysia yang jauh amat berjaya, berbanding dengan negara - negara lain yang menghadapi masalah perkauman, agama, dan etnik. Malaysialah contoh, di mana 3 kaum terbesar dan kaum minoriti yang lain dapat hidup tanpa sangsi, takut serta berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan.
Itulah yang perlu difahamkan terlebih dahulu. Dalam keadaan negara dimana usaha meningkatkan semangat perkauman yang tebal akibat kepentingan politik, maka 1Malaysia akan boleh direalisasikan, jika semua rakyat mengetahui mengenai sejarah asal usul pembentukan Malaysia yang merdeka, aman, damai, makmur dan sejahtera. Semua rakyat perlu memahami dan menghayati sejarah kewujudan negara ini, yang bukannya datang sendiri tanpa kebijaksanaan pemimpin terdahulu serta kesungguhan rakyat yang pelbagai kaum berusaha mencapai kewujudan negara yang terbaik untuk mereka diami. Itulah acuan yang dibentuk oleh kepimpinan terdahulu daripada pelbagai kaum, dan acuan inilah yang perlu difahami, dipupuk, dihayati dan dipertahankan.
Pemahaman inilah, yang akan memastikan 1Malaysia juga akan difahami, dipupuk, dihayati dan dipertahankan dalam acuan yang telah ditentukan 52 tahun sebelum kemerdekaan negara.
Kita di Gerik percaya, tanpa menyusur sejarah terlahirnya Malaysia seperti hari ini, 1Malaysia akan juga terlahir berdasarkan tafsiran yang berbeza - beza mengikut acuan kaum masing - masing, dan tentunya akan jauh berbeza daripada apa yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri.

Friday, June 12, 2009

DENGGI: Kementerian Kesihatan Mengaku kalah perang..

Utusan Malaysia 10 Jun 2009 halaman 2. Sepatutnya diletakkan sebagai berita besar muka hadapan. Tulisan pula guna warna merah. Tajuknya saja menggerunkan kita. Denggi bukan penyakit ringan. Denggi penyakit yang membawa maut. Kementerian Kesihatan melalui Ketua Pengarah nya mana boleh ada sikap menyerah kalah dan putus asa. Tidak ada sebarang alasan pun untuk KK isytihar tewas dalam peperangan menentang denggi. Kelemahan doktor sama ada di hospital kerajaan atau swasta sepatutnya ditangani bukannya seolah - olah KK tidak dapat mengawal doktor - doktor ni. Tentu ada kuasa, akta, undang - undang yang boleh mengawal doktor - doktor jika berkaitan dengan kesejahteraan rakyat. Kalau pemeriksaan jentik-jentik di premis, pantang terjumpa, terus aje saman. Tapi jika benar doktor - doktor ini tidak profesional dalam tugasannya, terutama berkaitan dengan wabak yang berbahaya ini, takkan KK terus sahaja isytihar kalah. Ini bukan kekalahan menentang denggi, tetapi kekalahan KK dalam menghadapi doktor-doktor yang tidak menjalankan tugasnya dengan profesional.
Ini baru denggi. H1N1 bagaimana pula. lepas sahaja isytihar negara bebas daripada H1N1, dah ada 7 kes baru. Kita pun tak faham bagaimana sebegitu ramai yang terlepas daripada pintu masuk negara. Agaknya lepas isytihar H1N1 bebas, segala bentuk pemeriksaan pun dilonggarkan. Mungkin juga atas alasan supaya pelancong tidak terasa terganggu dengan pemeriksaan ketat bawaan H1N1 di pintu masuk negara. Fikirlah tentang kesejahteraan rakyat. Orang kampung pun tahu denggi dan H1N1 ni bukan penyakit yang boleh diubati dengan panadol. Janganlah lepas ini Ketua Pengarah Kesihatan, umumkan pula KK sudah tewas perang dengan H1N1.
Ikhtiarlah walau bagaimana cara sekalipun jika membabitkan kesejahteraan rakyat. Kerisauan rakyat dengan denggi dan H1N1 ni jangalah ditambahkan lagi dengan kerisauan tentang sikap berputus asa KK dalam isu kesihatan rakyat.

Kita di Gerik, kadang - kadang tertanya - tanya mengenai pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan kepada pendatang asing kerana penyakit yang telah pupus dan tidak pernah ada, tiba - tiba muncul kembali. TB, jangkitan bawaan tikus dan pelbagai penyakit pelik - pelik..dah menyerah kalah juga ke..

Wednesday, June 10, 2009

Iktibar Daripada Tragedi Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan

Kejam dan zalim. Mangsanya Imam yang sedang membaca Fatihah rakaat kedua dan jemaah Muslim yang sedang bersolat jemaah Isya'. Tempatnya pula di Masjid Furqan, Kg Air Tempayan di Selatan Thailand. Hanya di sempadan tanah air kita.
Siapakah yang tergamak melakukan pembunuhan terhadap muslim yang sedang bersolat dan di dalam rumah Allah ? Mungkinkah seorang Muslim juga terhadap saudara Muslim yang lain. Yang mengucapkan syahadah yang sama, menyembah Allah yang satu. Atau segerombolan bukan muslim yang membarakan api permusuhan agama. Atau kumpulan penjenayah yang merancang supaya sentiasa ada permusuhan antara Muslim dan Buddha di Selatan Thailand yang mempunyai pautan geografi, kebudayaan, pertuturan dan keturunan dengan Melayu di tanah air kita ini.
Ini semua kemungkinan yang boleh dijelmakan, tetapi, kita di Malaysia tidak ketahui siapakah yang bertanggungjawab terhadap peristiwa yang tidak berperi kemanusiaan ini. Dari jauh ini,AlFatihah, kita memanjatkan semoga roh mereka yang terkorban ketika sedang bersolat diterima Allah sebahagi shuhadah dan ditempatkan bersama mereka yang dirahmati.
Namun kita di Malaysia, tragedi ini amat besar iktibarnya jika kita mahu membuka mata dan minda kita. Apakah kemungkinan seperti ini, gambaran darah dan jasad dalam masjid , surau, tokong, kuil dan gereja boleh berlaku dalam negara kita yang aman dan damai ini ? Jawapannya YA.
YA jika kita terus cuba untuk keluar daripada acuan pembentukan negara kita yang merdeka 52 tahun dahulu. Acuan, kesepakatan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui menjelang kemerdekaan negara. Kesepakatan yang membawa kemakmuran, keharmonian, perpaduan dan kehidupan masyarakat majmuk yang dicemburui dan gagal dicapai oleh negara - negara lain. Meskipun sejarah keutuhan perpaduan dan muhibbah pelbagai kaum ini dicemari dengan titik hitam 13 Mei 1969, namun kita yang pelbagai ini cepat belajar untuk terus kembali kepada asas kesepakatan yang dipersetujui bagi membolehkan negara kembali makmur dan aman. Natijahnya, kita jugalah, dalam kepelbagaian kaum, etnik, budaya dan kepercayaan, berjaya melahirkan negara Malaysia yang disanjung dan dikagumi oleh seluruh dunia dan mereka ingin belajar daripada Malaysia, bagaimana kita dapat hidup aman dan makmur dalam kepelbagaian ini.
Tetapi secepat mana kita belajar begitulah cepatnya juga kita mudah lupa. Kononnya atas nama pemodenan sosial sejagat, sensisitiviti kaum bukan lagi menjadi perkara yang dititik beratkan. Agenda politik yang hanya bermatlamatkan untuk menguasai kepimpinan negara dan menumbangkan kepimpinan sedia ada, dengan cara menghalalkan apa sahaja cara hatta bermain dengan api permusuhan kaum yang disemarakkan, seolah - olah menjadi mainan politikus bebal dan rakus untuk menawan Putrajaya. Mereka bukan warga yang tidak sedar tentang kemungkinan tragedi seperti di Masjid Furqan boleh berlaku di negara ini. Tentunya bukan sahaja di masjid, bahkan di tokong, kuil dan gereja. Api yang mereka semarakkan ini membakar perlahan demi perlahan yang memungkinkan akan ada letusan yang tidak dapat dipadamkan lagi. Sayang sungguh jika nanti kita mewariskan kepada anak - anak dan cucu-cicit kita negara yang penuh dengan darah dan pengorbanan yang sia - sia, kerana api yang kita nyalakan hari ini.
Kita di Gerik, percaya bahawa kemakmuran dan kekayaan yang dinikmati oleh kaum lain di negara ini adalah hanya kerana Melayu Bumiputera, yang menjadi majoriti dan murah hati, sedia berkongsi dengan semua warga. Namun kita juga amat tidak berkenan jika sudah diberikan betis, paha pun mereka hendakkan..

Tuesday, June 9, 2009

Bahasa Inggeris : Wajib di SPM..

Teman masuk Darjah 1 di SRJK Inggeris Gerik pada tahun 1970. Semasa itu Almarhum Nenda yang pernah menjadi Wakil Rakyat di Gerik, menggesa anak - anak lelaki di kampung teman dihantar ke SRJK Inggeris Gerik. Sekitar 60-an dan 70-an, kesedaran daripada orang - orang kampung teman, yang 100% Melayu, yang hanya mengaji di pondok dan sekolah Melayu, menyahut gesaan menghantar anak - anak lelaki ke SRJK Inggeris, sedikitpun tidak mencacatkan jati diri mereka sebagai Melayu dan Islam.
Pada masa itu, teman kagum sungguh melihat beberapa anak - anak kampung yang berbendang dan menoreh getah, menguasai Bahasa Inggeris dengan begitu baik sekali. Bahkan beberapa anak - anak muda kampung mendapat pekerjaan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan.
Tetapi teman dan rakan - rakan kampung yang lain, yang masuk Darjah 1, menjadi kumpulan pertama yang memulakan aliran Bahasa Melayu di SRJK Inggeris. Kerajaan pada masa itu membuat keputusan menukarkan bahasa pengantar di SRJK Inggeris daripada BI ke BM. Mujurlah pada masa itu, urusan kami dengan guru - guru di kelas atau di Bilik Guru masih lagi dalam Bahasa Inggeris. Dalam kelas, kecuali BI, mata pelajaran lain yang dulunya diajar dalam BI (kecuali BM dan Pendidikan Islam), diajar dalam BM.
Akhirnya, sebahagian besar antara kami kehilangan taring kami dalam berbahasa Inggeris. Daripada keputusan C dalam Penilaian Darjah 5, dapat 7 dalam SRP akhirnya dapat 9 dalam SPM. Begitulah bagaimana rentetan kehilangan penguasaan BI kami, anak - anak kampung yang berbendang dan menoreh getah, akibat kegagalan kita memberikan tempat yang sewajarnya terhadap penguasaan BI.
Hari ini, PPSMI mengembalikan anak - anak teman dalam berbahasa Inggeris. Bahkan kekadang teman seronok melihat anak - anak teman berbahasa Inggeris semasa mereka bermain di laman rumah. Lebih hebat lagi kekadang teman dan isteri terpaksa tanyakan anak - anak makna beberapa istilah BI. Sebab itulah teman risau kembali, apabila penentangan terhadap PPSMI ini akhirnya akan mengulang sejarah persekolahan teman, yang kehilangan penguasaan dan taring teman dalam BI.
Untuk itulah, teman menyokong penuh terhadap cadangan YAB Menteri Pelajaran mensyaratkan wajib lulus BI untuk mendapat sijil SPM. Hakikat keperluan penguasaan BI di kalangan anak - anak kita sudah menjadi keperluan yang hakiki dalam menjalani kehidupan mendatang. Selepas syarat wajib hanya lulus, kita pertingkatkan pula syarat mendapat kepujian dalam BI pula untuk dapatkan Sijil SPM.Percayalah, ketika kaum lain menguasai bahasa ibunda mereka, BM dan BI, kita masih tetap-tetap juga meletakkan generasi anak kita ini ke dalam tempurung. Kita berarak dan berdemontrasi di atas jalanan,( sebahagiannya belajar dalam Bahasa Arab semasa di sekolah dan Universiti- tak ada jadi macam Pak Arab pun ) ketika kaum lain melihat betapa bodohnya kita bersungguh - sungguh meletakkan anak - anak kita ke dalam tempurung.
Kita di Gerik, mengucapkan tahniah kepada Penerima Anugerah Pejuang Bahasa, yang tentunya boleh berbahasa Inggeris dengan fasih sekali, yang diberikan PAS. Masih terlalu banyak lagi aspek perjuangan bahasa Melayu yang perlu diperjuangkan. Kita kadang - kadang rasa sedih benar, bila beli mesin pengisar pun, manual penggunaannya tidak adapun ditulis dalam Bahasa Melayu. Usahle kalau perjanjian pinjaman ke, insuran ke, guaman ke..aduhhhh..

Kuota 30% Ekuiti Bumiputera: Tahniah Pemuda PAS..

Terkejut le juga. Pemuda PAS meluluskan usul supaya kerajaan mengekalkan kuota 30% ekuiti peganganBumiputera dalam sektor ekonomi. Terkejutnya kerana dulu PAS beria - ia benar berjanji dengan bukan Melayu terutama semasa PRU, tiada ekuiti 30% bumiputera, tiada hak istimewa bumiputera bahkan kata PAS semasa itu, bukan Melayu pun boleh jadi PM.
Bagaimanapun, teman nak ucapkan tahniah le kepada Pemuda PAS dibawah pimpinan baru ini. Keberanian mengemukakan dan meluluskan usul ini sekurang - kurangnya menunjukkan keberanian Pemuda PAS menongkah arus dalam pakatan pembangkang. Kita akan mengerti reaksi DAP. Juga kita memahami reaksi Gerakan dan MCA. tetapi sekurang - kurangnya kepayahan UMNO dalam memastikan kuota ini dipertahankan, telah ada yang memberikan sokongan. Dan sokongan pula datangnya daripada Pemuda PAS. Sekurang - kurangnya Pemuda PAS berpijak di bumi nyata dalam melihat betapa Melayu dan Islam ini masih tetap perlu diberikan pembelaan dan keistimewaan.
Inilah pembangkang yang kita kehendaki. Apa yang terbaik untuk Melayu dan Islam, janganlah semuanya hendak dibangkang. Bukan setakat dibangkang sahaja, bahkan dijadikan juadah maki hamun dalam ceramah PAS, walaupun mereka tahu bahawa usaha - usaha UMNO adalah membawa kebaikan kepada Melayu dan Islam.
DAP, Gerakan dan MCA, dalam hal ini, serta merta memperlihatkan respon yang negatif. Kita tidak tahu, dengan stastitik kadar kemiskinan tertinggi masih dimiiki oleh masyarakat Melayu, ketiga - tiga parti ini masih senada untuk melihat orang Melayu diperkotak katikkan dalam dunia ekonomi yang mereka kuasai. Liberalisasi dalam 27 subsektor perkhidmatan yang diumumkan kerajaan dijadikan asas pula kepada mereka untuk melihat keseluruhan sektor ekonomi diliberalisasikan sepenuhnya. Dan kita amat yakin, cita - cita mereka hanyalah untuk melihat kepayahan Melayu dalam sektor ekonomi nanti akan membolehkan mereka menguasai sepenuhnya kekuatan ekonomi negara. Dan penguasaan ekonomi akan menjadi pula senjata untuk mereka menjenguk - jenguk pula penguasaan dalam keseluruhan aspek kehidupan di negara kita ini. Gembiralah mereka jika akhirnya Melayu juga menjadi melukut di tanah ibundanya sendiri.
Kita di Gerik, melihat usul Pemuda PAS ini, adalah jelmaan kepada Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS sendiri..alangkah indahnya jika akhirnya perseteruan umpama berkerat rotan antara UMNO - PAS ini berkubur, dan kita amat yakin tiada siapa pun yang berani sewenangnya mengusik kepentingan Melayu dan Islam. Allahuakbar !

Kerajaan Perpaduan: Reaksi DAP keterlaluan, bagaimana PAS?

Kerajaan Perpaduan. Konsepnya masih samar. Maknanya hasrat mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Dato Seri Hadi Awang, masih diperingkat mewar-warkan cadangan. Maknanya kena ada rentetan perbincangan, sama ada terbuka atau tertutup, untuk merangka konsep dan seterusnya melaksanakan cadangan. Masih terlalu panjang. Namun begitu beberapa aspek yang terlalu mudah untuk disepadukan,seperti kepentingan Melayu dan Islam yang membabitkan UMNO dan PAS sepatutnya tidak perlulah perbincangan yang panjang.
Kita memberikan sokongan. Sokongan sepenuh hati jika apa yang dihasratkan dalam pembentukan kerajaan perpaduan ini, membawa kepada kedaulatan dan pengembangan subur syiar Islam dan kelangsungan Melayu di tanah air sendiri.
Namun begitu, kita tertarik untuk melihat respon PAS berhubung sikap menolak cadangan kerajaan perpaduan ini oleh DAP dan PKR. Bahkan kenyataan DAP nampak agak keras dan seolah mengarah Presiden PAS dalam memberikan penjelasan kepada pakatan pembangkang. Bahkan penafian DAP bahawa DAP telah dibawa berbincang seolah - olah mengatakan Presiden PAS berbohong. PKR pula melalui Azmin Ali, memperlekehkan harat dan cadangan PAS dengan mengatakan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan ini hanyalah agenda peribadi Timbalan Presiden PAS. Kita perturunkan petikan kenyataan DAP dan PKR seperti yang tersiar dalam Berita Harian 09 Jun 2009.
"Tapi, yang mahu teruskan adalah Pas, jadi mereka kena bagi penjelasan. Kerajaan perpaduan apa yang mereka maksudkan? Mereka mesti jawab pada mesyuarat itu kelak," katanya di Georgetown, semalam. :: Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP::
“PKR juga tidak rasa tergugat dengan kenyataan beliau (Nasharuddin) yang mahu mengadakan rundingan dengan Umno kerana ia bukan melambangkan pendirian Pas, tetapi individu dan kami tidak akan layan pendirian beliau..,” katanya. :: Azmin Ali, Naib Presiden PKR ::
Kita di Gerik, hendak melihat respon PAS, kerana kenyataan ini sebenarnya dilihat memperlekehkan PAS yang beria - ia menyatakan dalam Muktamar baru - baru ini, akan menjadi parti yang dominan dan mengetuai pakatan pembangkang. Kalau dengan desakan sebegini pun PAS tunduk kepada DAP dan PKR, berhentilah daripada bercita - cita untuk mengetuai pakatan..

Monday, June 8, 2009

Iklan Bintang Hatiku...

Ibu tanya:Ini apa ? Anak jawab:Segitiga



Ibu tanya lagi: Ini bintang apa? Jawab anak: Ini bintang hatiku...

Habis itu..ini bintang apa pulak..


Kita di Gerik, entahlah, lihat iklan di TV kita, rasa tak berapa selesa, mungkin tak apa untuk orang lain, tapi kita..teringatkan Gaza..


Sunday, June 7, 2009

Cuti Rehat: Ziarah Mentua..

Jumaat hingga Ahad baru ni, teman berehat le sekejap dari mencatat sesuatu di blog ini. Menziarahi mentua di Kepala Gajah, Simpang Ampat, Tasek. Cuaca di kampung mentua ni panas sungguh. Tidak kemana le teman ngan anak - anak. Memerap di rumah ajelah. Lagipun, bukan le selalu teman balik bercuti ke rumah mentua. Jadi teman manfaatkan untuk bersama mentua. Tiada blog, tiada beli belah.
Di kampung mentua pun sekarang ini, pembangunan begitu pesat. Perniagaan dan perumahan bagaikan cendawan lepas hujan. Cuma teman harapkan pembangunan yang pesat ini tidak akan meminggirkan orang Melayu di situ. Biasalah, orang Melayu kadang - kadang gagal menatasi cabaran akibat kepesatan pembangunan. Tambahan dengan nilai tanah yang semakin melambung di situ, teman harap masyarakat Melayu di kampung mentua teman akan terus bertahan, dan lebih penting turut sama dalam kepesatan pembangunan di situ. Jangan le nanti di tanah kampung halaman kita pun, anak -anak kita hanya jadi kuli sahaja di kedai orang..
Kita di Gerik, ada kawan yang mampu jual barangan runcit dan keperluan harian dengan harga yang jauh lebih rendah daripada kedai lain di bandar Gerik, tapi orang kita ni kadang - kadang ada penyakit tidak berminat nak beli di kedai orang kita..macam-macam hal..kalau tak percaya hubungi Nizam Ikan Bilis..mulakan langkah untuk kempen 'Belilah Di Kedai Orang Kita'

Friday, June 5, 2009

PAS:Selamat Bermuktamar..

Selamat bermuktamar, PAS. Parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO. Bermuktamarlah dengan kesedaran bahawa selain UMNO, inilah parti kedua yang menjadi alternatif orang Melayu. Parti yang sepatutnya bersama UMNO dalam memperjuangkan kelangsungan Melayu di Tanah Melayu ini. Meskipun dengan kaedah dan pendekatan yang berbeza. Walaupun wujud jurang perbezaan, titik pertemuannya tetap mengenai kelangsungan Melayu. Ironinya lagi, Melayu dalam perlembagaan negara, adalah beragama Islam.
Muktamar janganlah dijadikan medan untuk menghentam UMNO dan 3 juta umat Melayu UMNO semata - mata. Menjadikan UMNO dengan 3 juta umat Melayu hanya satu - satunya musuh yang mesti diperangi dan dihancurkan. Menjadikan Melayu PAS dibutakan dengan jasa besar UMNO dalam menjaga kelangsungan Melayu dan Islam, bukan hanya 3 juta umat Melayu UMNO tetapi juga umat Melayu dalam PAS dan Melayu yang tiada parti. Jasa yang tidak boleh ditutup dan dinafikan.
Muktamar kali ini, jangan hanya melihat UMNO dengan wajah yang terlalu hodoh. Lihatlah dalam diri sendiri. Lihatlah dengan kewajaran atas prinsip Islam yang PAS perjuangkan kononnya. Lihatlah dengan kewajaran ilmu Islam yang dimiliki oleh PAS terutama dengan apa yang ada dan berlaku dalam pakatan pembangkang. Janganlah tenggelam dalam keghairahan untuk memusnahkan UMNO, PAS terperangkap pula dengan kelicikan DAP dan PKR. Janganlah PAS sebagai parti yang hampir seusia UMNO, yang didokong oleh sebahagian Melayu yang lain, dipimpin pula oleh DAP dan PKR. Amatlah malang jika PAS yang menjadikan penubuhan Negara Islam, hudud dan Qisas sebagai intipati perjuangan PAS dan menjadikan 'qiadatul ulama' sebagai konsep kepimpinan PAS, akhirnya dilihat dipimpin oleh DAP yang secara terang-terangan menolak intipati perjuangan PAS dan konsep 'qiadatul ulama'. Ataupun dipimpin pula oleh barisan caca marba PKR yang tidak jelas hala tujunya terhadap Islam yang PAS laungkan.
Konsep 'qiadatul ulama' jangan hanya di dalam PAS sahaja. Jika intipati perjuangan PAS adalah berkaitan dengan Negara Islam, konsep ' qiadatul ulama' ini juga kena dipasakkan dalam pakatan pembangkang. Untuk memasakkan konsep ini, maka PAS sepatutnya memimpin dan menjadi dominan dalam pakatan. Cuma persoalannya, mampukah PAS melepasi segala kemungkinan kelicikan politik DAP dan PKR..sedangkan bercakap tentang hudud pun, mengundang pelbagai reaksi keras daripada DAP. Jika PAS gagal meletakkan konsep 'qiadatul ulama' ini dalam pakatan, menjadi pemimpin dan dominan dalam pakatan, berhentilah daripada membohongi umat Melayu tentang perjuangan Negara Islam acuan PAS dalam negara majmuk ini.
Kita di Gerik, mengharapkan Muktamar PAS kali ini, lebih banyak melihat wajah sendiri daripada melihat wajah UMNO, kerana dalam berpolitik, kehodohan tetap ada kepada mana - mana parti pun, namun sekurang - kurangnya Melayu Islam di Tanah Melayu ini, termasuk Melayu PAS, menjalani kehidupan yang makmur, aman dan sejahtera, selepas merdeka 1957.

Thursday, June 4, 2009

Melayu dikhianati kerana Melayu yang memberi ruang..

Betul.Tepat. Tajuk Tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia 31 Mei 2009 amat tepat. Tepat juga kerana Melayu tidak sampai merusuh dan tunjuk perasaan untuk menyatakan bagaimana mereka terasa dikhianati oleh mereka yang datang dan kemudiannya menikmati, kekayaan, kemakmuran dan keamanan lebih daripada dinikmati oleh orang Melayu sendiri. Mereka diterima sebagai warganegara di Tanah Melayu tanpa perlu menukar nama, budaya dan kepercayaan nenek moyang turun temurun mereka di tanah ibunda mereka. Mereka boleh berinteraksi dalam semua aspek kehidupan dengan Melayu tanpa sedikitpun rasa curiga akan dikhianati oleh Melayu. Lebih daripada itu, mereka tidak berhadapan keganasan dijalanan dan tindakbalas ekstrim seperti Hindraf, dalam memperjuangkan hak Melayu sendiri yang kian banyak dikongsi bersama mereka.
Samy Vellu, dalam kehilangan pengaruh dan sokongan masyarakat India, janganlah hendak menjadi hero masyarakatnya dengan menghantar ingatan supaya Melayu tidak boleh bercakap tentang hak Melayu. Amatlah pelik jika apa sahaja yang diperkatakan oleh orang Melayu tentang hak Melayu dianggap perkauman. Bercakap tentang Sultan dan Raja Melayupun dikatakan perkauman. Bercakap tentang Bahasa Melayu pun dikatakan perkauman. Bercakap tentang hak istimewa pun dikatakan perkauman. Agaknya, bagi orang seperti Samy Vellu, orang Melayu tidak boleh langsung menyebut dan menulis perkataan Melayu, kerana bersifat perkauman dan menyinggung perasaan orang lain. Hinggakan suatu ketika dahulu ada cadangan daripada komponen India dan Cina supaya UMNO juga dibubarkan kerana sifat Melayunya. tetapi pada masa yang sama apalah yang dapat mereka megahkan tentang keahlian parti mereka.
Sudahlah Samy Vellu, hormatilah perasaan Melayu yang telah berkongsi seluruh kekayaan, kemakmuran dan keamanan dengan kaum lain tanpa sedikitpun curiga dan irihati. Melayu tidak punya sebarang hasrat untuk mengambil walau sehuma pun kekayaan, kemakmuran dan keamanan yang dimiliki dan dinikmati kaum lain, cuma berharap kaum lain pandai untuk berterima kasih.
Dan kepada sebahagian Melayu yang cuma pentingkan pencapaian agenda politik semata - mata, memberikan ruang seluas - luasnya kepada mereka untuk memijak kepala kita, menjadi tamak setelah 'kita berikan betis mereka hendakkan paha', beringatlah, kita yang hidup hari ini akan ada keturunan dan generasi Melayu yang akan datang, jangan sampai anak - cucu kita nanti menjadi pengemis di negara sendiri. Dalam senyum manis mereka, peluk tawa mereka, akhirnya nanti merekalah gantang dan kitalah juga yang bakal melukut.
Kita di Gerik, ternampak seakan Samy Vellu dan sebahagian kaumnya hendak dimanjakan..

Wednesday, June 3, 2009

Yang lama runtuh, yang baru pun runtuh..

Jaya Supermarket PJ, rasanya masa teman di MPLP, ini antara tempat membeli dan menjamu mata. Setelah sekian lama tidak tahu hidup matinya Jaya Supermarket ini, tiba - tiba dapat berita utama. JS runtuh. 5 terkorban. Runtuh pun semasa proses nak diruntuhkan. Dalam menuju ke negara maju 2020 yang tinggal lebih kurang 10 tahun lagi, kaedah runtuhkan bangunan lama ini pun masih tidak dikuasai oleh pakar negara kita. Kalau kita tonton dokumentari dalam Astro, kita lihat bagaimana hebatnya bangunan lama yang berkali ganda besarnya daripada JS. Insiden sebegini bukan perkara kecil. Amat memalukan negara.

Hari ini pula, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Terengganu pula runtuh. Syukurlah kejadian tidak berlaku ketika ada sebarang aktiviti yang boleh memuatkan 50,000 orang. SSM ini masih baru. Baru setahun digunakan. Kononnya menggunakan teknologi baru dengan bumbung tanpa tiang. Belanjapun hampir RM280juta. Siasatlah dengan telus. Hukum siapa sahaja yang cuai dan menyeleweng kerana ini adalah kehilangan jutaan ringgit wang rakyat. Pemulihannya juga akan menelan belanja besar wang rakyat. Sekali lagi negara mendapat malu..

Kita di Gerik hairan, sesudah terantuk, barulah ada pakar yang memberikan ulasan itu dan ini, penguasa sibuk nak mencipta akta itu dan ini, siasat itu dan ini. Nanti bila kes semakin reda, semuanya pun kembali macam biasa, sehinggalah ada runtuhan baru. ProAktiflah kita. Janganlah jadikan budaya macam kita berikan bantuan kepada yang memerlukan, dah keluar tv dan akhbar barulah kita terhegeh-hegeh nak berikan borang bantuan. Ke mana perginya agensi dan pakar- pakar kita..kajilah semua tempat yang menjadi tumpuan awam, agar benar - benar selamat, kerana kalau berlaku lagi, tragedinya mungkin lebih teruk daripada Highland Tower..

Tuesday, June 2, 2009

Husam Musa..memusuhi UMNO tapi menyayangi DAP..

Husam Musa umum bertanding Timbalan Presiden PAS. Husam Musa buat sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS untuk umum bertanding. Sama macam Anwar Ibrahim buat sidang akhbar umum bertanding Timbalan Presiden UMNO lawan Almarhum Tun Ghaffar. Husam Musa dan Anwar Ibrahim sememangnya sama. Marahkan UMNO tapi sayang benar kepada DAP.
Kitapun tak faham bagaimana orang macam Husam Musa ada dalam PAS. Berjawatan pula tu. Husam Musa membawa pendirian yang tidak mencirikan PAS sebagai parti yang kononnya membawa imej kesucian Islam. Kepada Husam Musa, DAP nampaknya lebih Islamik, lebih berjasa kepada kesuburan Islam di Malaysia, lebih boleh dimakan sembelihannya, lebih afdal bacaan ayat suci al-Quran nya, berbanding UMNO, walaupun DAP terlalu amat jelas menolak sebarang impian PAS menubuhkan negara Islam Malaysia.
Selain dengan kenyataan umum kononnya UMNO itu tidak Islamik, apakah membina masjid dan surau yang kemudiannya dijadikan medan untuk PAS memaki hamun UMNO merupakan satu dosa besar UMNO? Apakah kewujudan SMK Agama dan bantuan kepada SAR juga satu dosa besar UMNO?Apakah kesempurnaan pendidikan yang disediakan sehingga terlahirnya sebegitu banyak profesional Islam dan para ulama juga satu dosa besar UMNO? Apakah kesungguhan UMNO menyediakan kemudahan prasarana sehingga merata ceruk kampung juga satu dosa besar UMNO ? Apakah keamanan, kesejahteraan, kemakmuran yang kita nikmati hari ini juga satu dosa besar UMNO ? Apakah ura - ura untuk muzakarah PAS-UMNO juga satu dosa besar kepada pemimpin PAS yang cadangkan muzakarah ini?
Entahlah, gamaknya ugutan DAP supaya langkah mayatnya dulu kalau nak tubuhkan negara Islam, halal pula disisi Husam Musa. Gamaknya idea wakil DAP asyik tentang cerita nak besarkan ladang babi, juga halal disisi Husam Musa. Gamaknya jugalah, wakil DAP protes kerana azan dilaungkan di Selangor, juga halal juga di sisi Husam Musa. Gamaknya Ustaz Karpal Singh, Ustaz Lim Guan Eng, Ustaz Lim Kit Siang, Ustaz Ngeh dan Usta Nga tu, bagi Husam Musa jauh lebih Islam dan beriman daripada Ustaz-Ustaz dan Ulama yang menyokong UMNO. Lagipun, mengundi PAS kan dah terjamin masuk syurga..
Teman tak kata PAS. Teman kata Husam Musa. Hanya Husam Musa. Sebab teman nampak Husam Musa dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng ini nampaknya beria - ia sungguh nak tumbangkan UMNO-BN. Cuma teman tak berapa pasti, siapa mengetuai siapa. Yang teman nampak, PAS seolah tak boleh nak sebut pasal hudud pun, nanti berdehemlah Lim Guan Eng dengan DSAI ni..macam Husam Musa debat dengan KJ..dah terlajak cakap tentang hudud,walaupun itulah yang menjadikan PAS disokong, akhirnya terpaksa diperbetulkan, hanya kerana takutnya PAS kehilangan DAP dan PKR..
Kita di Gerik percaya, majoriti ahli PAS tidak bersetuju dengan Husam Musa dan sebahagiannya juga bersetuju, UMNO telah terlalu banyak jasanya dalam mendaulatkan Islam di Malaysia..iyalah, bercakap dan mengkritik memanglah hebat..tambahle pula kalau dapat mimbar Jumaat..hebatnya pula yang jadi khatib tu pula Cikgu ke Ustaz ke..anak murid dalam kelas pun kita tak terjaga dan berikan P&P yang sempurna..bercakap memang sedappp..

Thursday, May 28, 2009

DAP,PKR dan PAS..sokong Chin Peng balik..

Dr.Tan Seng Giaw (DAP), Ten Chua dan Mustaffa Kamil Ayub (PKR), Salehuddin Ayub (PAS). Itu kenyataan dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian hari ini. Sehati sejiwa sungguh lah. Kerana sebantal, setilam akhirnya mimpi pun serupa. Kalau DAP dengan PKR, taklah hairan. Kalau Dr.Tan Seng Giaw dengan Ten Chua, pun kita tak hairanlah. Tapi ini Salehudin Ayub. Ini PAS. Ini Parti Islam kata mereka. Parti Melayu.
Allahuakbar. Nampaknya kepentingan politik membeku matikan jati diri. Kalau dulu kata berkawan dengan syaitan pun boleh, nampak gayanya bersama komunis pun dah tak kisah. Nampaknya tidak berbaloi lah bekas askar dan polis yang cintakan PAS selama ini. Tak berbaloilah rasanya sayang sangat orang kampung yang percaya sungguh kepada PAS yang saya percaya generasi dulunya amat menderita kerana kezaliman komunis ni..Gamaknya lepas ni Chin Peng pun boleh bertanding wakili pakatan..
Teman tak tahulah terkata apa..teman siarkan petikan tragedi keganasan komunis yang ditanggung oleh Prof.Dr.Amat jauhari (UPM) seperti mana disiarkan dalam UM halaman pertama 28 Mei 2009..

" ...bapanya dan bapa saudaranya diikat dengan tali. Mereka disiksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum disembelih,"katanya ketika mengimbas kejadian pada akhir Jun 1945 semasa pemerintahan Bintang 3 Komunis selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah....."
Kita di Gerik nak cadangkan supaya keganasan komunis ini disiarkan setiap hari di TV atau akhbar, terutama bagaimana menderitanya polis, askar dan Melayu dikampung..

Peringatan kepada yang berurusan dengan ceti Along..

Percayakah kita perkara ini berlaku di Malaysia..?!!

Wednesday, May 27, 2009

Kak Min lawan PKR..

PRK Penanti. Kak Min lawan PKR. dulupun Kak Min dalam PKR. Rasanya bertemulah yang seruas dan sebuku dengan politik PKR. Kalau dengan UMNO dan BN, itulah cara PKR. Dedah itu, dedah ini. lapor itu , lapor ini. Semua yang buruk dan busuk tentang UMNO dan BN. PKR nya pula maksum.
PRK Penanti, PKR hadapi Kak Min seorang. Kak Min pula dedah dan lapor. Lebih hebatnya Kak Min dulu Ketua Angkatan Wanita PKR Pulau Pinang. Kak Min kata dia disogok wang dan jawatan. Saifudin Nasution pun mengaku ada ahli PKR jumpa Kak Min. Tak nafi cuma 2 orang tu katanya bukan wakil parti. Inisiatif individu. Entahlah nak bodohkan siapa lagi. Atau sememangnya ada yang membodohkan diri untuk iyakan sahaja Saifudin Nasution.Tadi dalam Berita Utama siarkan Kak Min kata ada lagi. Kalau berani saman le Kak Min.
Kan sekarang strategi PKR selama ini dalam Pilihanraya dengan cara fitnah dan hentam keromo, jatuhkan maruah individu, salahkan semua orang akhirnya bertemu juga dengan Kak Min..bekas pemimpin PKR sendiri..
Kita di Gerik, nampaknya ada beberapa kerat Melayu aje lagi dalam PKR..iyalah Perak pun dah diperintah BN kembali..faham - faham ajelah..

Barca atau MU..

Esok. Final liga Juara - Juara. Pilihan teman tetap Barca. Messi, Henry, Eto'o, Puyol, Xavi. Bukan sekadar nama besar, tetapi skill dan bolasepak yang cukup menghiburkan. Sebenarnya Liga Spain ni jauh menghiburkan. Kepelbagaian skill dan kemahiran ala bolasepak latin ini rasanya jauh lebih berbaloi untuk ditonton daripada skill sepak dan lari dan bergantung dengan kekuatan fizikal bolasepak Inggeris. Tapi iyalah, EPL penuh dengan promosi, glamour tapi manalah ada bintang kelas A dunia..itulah bagaimana mereka cukup hebat kalau berkaitan dengan pemasaran.
Halim Hanafiah pun dah janji. Kalau Barca menang, esok semua kawan - kawan makan free..Mokhtar Napis pun sokong..belanja kawanjuga le tapi Halim le bayarkan.. ramalan teman Barca 2 - MU 0.
Kita di Gerik, nak tengok live bolasepak jam 2.00 pagi ni pun kena pilih perlawanan..dah tak seghairah dulu..Barca lawan MU..yang ni mesti tonton..

Ustazah Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy..

Kemunculan Raihan, Rabbani dan Hijjaz, menyemarakkan genre nasyid dalam industri hiburan tanah air. Memberikan pilihan terbaik ketika kebanyakan fanatik muzik memberikan impak kepada kemerosotan akhlak muda - mudi. Bukan setakat lagu dan senikata mereka, tetapi kehidupan mereka menjadi ikon terbaik kepada pencarian membina budaya baik kepada golongan yang tidak dapat lari daripada muzik.
Itulah yang sepatutnya diselami dan dipasak sesungguh - sungguhnya kepada dua anak seni ini yang masuk ke dalam satu aliran kehidupan yang sentiasa disulami glamour dan menjadi perhatian masyarakat. Apatah lagi seluruh umat Islam mengenali kedua - duanya sebagai segelintir artis yang hadir bersama kelompok kecil artis yang melihat Islam sebagai batasan mereka dalam bidang seni. Memberikan nasihat kepada khalayak. Mengingatkan khalayak tentang kesucian Islam. Menjadikan ayat - ayat suci sebagai sebahagian daripada madah dalam lagu mereka.
Kerana itu, fokus masyarakat kepada mereka amat tinggi. Lebih tinggi daripada fokus kepada Siti Nurhaliza. Bukanlah sangat kerana bakat, kemerduan suara atau rupa paras mereka tetapi kerana gema Islam dalam lagu mereka. Roh Islam dalam persembahan mereka. Mereka hadir ke khalayak dengan segala bentuk nasihat dengan iringan kebanggaan khalayak menjadikan mereka sebagai artis Muslim yang tidak menipu agamanya sendiri.
Tetapi sehari dua ini, Ustazah Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy ini benar- benar menjadi fokus. Apa yang dipaparkan dalam akhbar tentang Ustazah dan Ustaz ini dikhabarkan dilihat berdua, di pawagam, di tepi pantai ( bersama rakan lain ), dan akhirnya pendedahan isteri Ustaz sendiri tentang hubungan terlarang suaminya dengan Ustazah ini, tentulah mengecewakan masyarakat Islam.
Isteri Ustaz Akhil Hayy rasanya tidak perlukan publisiti atau populirati, tetapi yang peliknya seperti laporan Berita harian 26 mei 2009, Ustaz Waheed pula yang berikan amaran," jangan sampai saya hilang sabar..."
Siapa yang sepatutnya hilang sabar..kata Nabil,"lu pikirlah sendiri.."

Monday, May 25, 2009

Teng Hock Nan..kemanusiaan melampau dan publisiti bodoh..

Ching Peng. Teman bukan lahir zaman Bintang Tiga memerintah sebaik sahaj Jepun menyerah diri. Tapi teman lahir di kawasan paling akhir di bumi Malaysia ini yang diisytiharkan sebagai kawasan putih, bebas daripada ancaman pengganas komunis. Dan sepanjang sejarah hidup teman, teman diceritakan, membaca, bertemu sendiri dengan mereka yang menderita akibat keganasan pengganas komunis yang dipimpin oleh Chin Peng. Dan Chin Peng, sampai bila - bila pun adalah Penderhaka Tanah Air Nombor Satu.
THN, kena menghargai sejarah Tanah Melayu dan Sejarah kewujudan negara bangsa yang kita nikmati hari ini. Bermula dengan kedatangan Portugis, Melayu lah yang berlumuran darah mempertahankan setiap inci kehormatan Melaka. Belanda, selepas itu, Melayu jugalah yang menjulang tombak dan keris. Datang Inggeris, Melayu jugalah yang melibas pedang dan golok mempertahankan kedaulatan setiap inci bumi tercinta ini. Apabila Inggeris menubuhkan Gagasan Malayan Union, dengan tujuan menjadikan Tanah Melayu ini sebagai jajahan takluk sepenuhnya, Melayu inilah juga yang berarak di seluruh negara sehingga menggagalkan niat British dan membuka ruang ke arah kemerdekaan Tanah Melayu. Hanya setelah mereka merasakan kemerdekaan Tanah Melayu menjadi ancaman besar kepada survival mereka, barulah mereka mula menunjukkan minat terhadap proses kemerdekaan negara.
THN, Chin Peng tu kepala pengganas komunis. Berapa banyak nyawa yang tidak berdosa, harta benda yang lebur, kehidupan yang tidak aman, janda - janda, anak - anak yatim kerana kekejaman Chin Peng dan gerombolannya. Orang Cina pinggir hutan pun tidak hidup dengan tenteram sehinggakan orang Melayu bermurah hati membenarkan kerajaan British melaksanakan pembinaan Kampung Baharu bagi menempatkan masyarakat Cina pinggir hutan.
Kita yakin, THN tidak minat belajar sejarah. Apa lagi nak belajar tentang sejarah Tanah Melayu. Jauh sekalilah nak belajar sejarah perjuangan orang Melayu sejak Portugis hinggalah kemerdekaan. Tapi sekurang - kurang nya, belajarlah tentang sensitiviti orang Melayu.
Chin Peng, teman yakin Rukun Negara pun dia tak kisah. Pertama, komunis mana percaya pada Tuhan. Kedua, komunis nak wujudkan Republik ( macam nampak idea beberapa kerat parti politik sekarang ni ), jadi manalah nak setia kepada raja dan negara kita. Ketiga, komunis mana nak terima Perlembagaan seperti negara kita, ada mengenai raja, mengenai Islam , mengenai hak istimewa bumiputera. Keempat, komunis mana nak terima undang - undang yang kita gunakan sekarang, apatah lagi untuk wujudkan pelbagai parti yang akan menduduki Dewan Parlimen dan DUN. Kelima, komunis mana ada cerita tentang kesopanan dan kesusilaan, apa yang diperjuangkan adalah kononnya kesamarataan tanpa menghormati kewujudan pelbagai strata masyarakat..
Jadi teman yakin. Ideologi komunis seolah kepercayaan agama bagi penganut fahamannya. Tidak semudah itu untuk Chin Peng hendak melupakan apa yang dianuti, dipercayai dan diperjuangkan nya seumur hidupnya ini. Atas dasar apa lagi sebenarnya untuk THN hendakkan Chin Peng dibenarkan balik. Takkanlah hanya itu sahaja satu - satunya perkara terpenting yang mampun menarik kembali sokongan masyarakat Cina terhadap BN. Kalau begitu, setelah sekian lama menikmati kehidupan kelas pertama di Tanah Melayu ini, takkanlah Chin Peng juga yang jadi hero masyarakat Cina. Tak adalah bezanya dengan cara Chin Peng tafsirkan Rukun Negara.
Kita di Gerik, heran juga, bos THN jadi menteri yang jaga hal perpaduan dan intergrasi. Rasanya cara THN berfikir ini tidak menyumbang kepada kerja keras bosnya untuk perpaduan dan intergrasi nasional. Lagipun kita faham, tentera dan polis yang korbankan jiwa dan raga sepanjang menentang komunis tu, kebanyakkannya Melayu, manalah THN nak fahami perasaan mereka..

Hindraf: Dimana bumi dipijak...

Hari ini ke Pejabat Audit. Urusan kerja. Dalam perjalanan pergi, fikiran berkisar tentang amaran PM kepada Hindraf. Hindraf kan pertubuhan haram. Jangan disebut pun dalam mana - mana media. Jika setiap kali mereka cuba bangkit, kita paparkan dalam media, yang haram pun nampak seperti ada pengiktirafan. Kalau yang bangkitkan kenyataan bodoh tu ialah Manoharan, sebutkan Manoharan, jangan sebut Hindraf. Kalau yang bangkitkan tu Uthhayakumar, sebutkan Uthayakumar, jangan sebut Hindraf. Jangan berikan sesempit ruang manapun dalam media untuk warwarkan nama Hindraf. Kalau nak sebut juga, tambahkan pertubuhan haram Hindraf. Kalau nak lebih ngeri lagi sebutkan pengganas sosial Hindraf.
Kita kadang - kadang berikan terlampau banyak ruang untuk mereka bangkit. Tidak perlu sebarang iklan percuma untuk mereka. Kalau Manoharan yang mengancam keselamatan, tangkap Manoharan tanpa sebutkan Hindraf. Hindraf haram. Tidak perlu liputan. Mereka juga menggunakan provokasi yang mereka tahu tidak akan berjaya tetapi disebabkan liputan terhadap mereka, mereka berjaya. Dulu siapa kenal Manoharan dan Uthayakumar.
Dalam kita tidak memberikan mereka publisiti percuma, Hindraf kena diberikan peringatan. Hindraf kena diperingatkan tentang betapa bernasib baiknya mereka menjadi warga Malaysia. Mereka kena diperingatkan betapa bertuahnya mereka menjadi warga negara di mana tuan rumahnya adalah orang Melayu. Peringatkan mereka, kalau mereka warga negara di India, ibunda asal mereka, nasib mereka mungkin jauh lebih teruk daripada apa yang dinikmati oleh masyarakat India di Malaysia. Mungkin 5 pemimpin Hindraf tak merasa jadi peguam pun. Apatah lagi nak jadi Wakil Rakyat.
Sedar diri lah..ambillah pengajaran yang diperolehi oleh pengganas Tamil Eellam di Sri Langka. Kerana tidak tahu di mana bumi berpijak, di situ langit dijunjung, akhirnya yang menderita minoriti Tamil juga..
Kita di Gerik..heran dengan Melayu yang beria - ia menyokong pertubuhan haram Hindraf ni..takkan tak belajar apa yang berlaku di Fiji, sehingga Rabuka terpaksa rampas kuasa, supaya tidak diperintah minoriti India..

Sunday, May 24, 2009

Puasa ke berlapar...

Nah..ni EXCO Perak yang diperjuangkan benar oleh Nizar..yang bersungguh benar di pertahankan oleh Nga dan Ngeh.. Ini yang nak perjuangkan Islam dan Melayu..

Ni pula Exco baru BN..fikirkanlah tentang
Agama bangsa dan tanahair..


Malam nipun kita tertarik lagi dengan satu berita. Tapi agak istimewa juga dan teman pun menung panjang juga..Nga DAP yang bacakan ayat suci Al-Quran masa di Bukit Gantang dulu tu dan disambut takbir pula oleh penyokong PAS masa tu, buat pengumuman istimewa pula. Lepas dapat keputusan yang tidak memihak kepada mereka, Nga DAP pun umumkan akan 'berpuasa' selama 3 hari sebagai bantahan. Semua boleh datang dan sertai. Kata Nga DAP, orang Islam PAS pun akan turut serta. Perasminya Nizar.

Fatwa Nga DAP, orang bukan Islam akan berpuasa 3 hari, setiap 4 jam boleh ambil minuman tapi tidak boleh makan sehingga cukup 3 hari. Nanti kena qada' gamaknya. Nga DAP pun nasihatkan Islam PAS dan PKR yang turut serta supaya jangan lupa sahur dulu (utk dapat pahala sunat). Berpuasa sehingga sampai waktu berbuka. Puasa juga 3 hari. Sepanjang peristiwa puasa tu semuanya akan ada di Pejabat DAP depan SUK tu..Berbuka tak apale ada kedai mamak kat bawah tu, tapi solat kena naik Pejabat DAP, mungkin Nga dah sediakan sejadah.


Nga juga umumkan Majlis penutup di Markas PAS, juga oleh Nizar. Ada solat hajat juga diadakan. Jangan nanti doakan macamana PAS doakan Tun M semasa solat hajat perdana di Stadium Sultan Mohamed keIV dulu masa kes Anwar Ibrahim, doakan supaya Tun M diturunkan bencana.. tapi sampai sekarang Tun M nampak sihat walafiat. Bahkan kata kawan teman, muka Tun M tu nampak lebih bercahaya daripada sesetengah Ulama PAS. Tambah le kalau nak banding dengan seri muka DSAI ke, Mat Sabu ke, Ahmad Awang ke, Husam Musa ke..lagi le kalau nak dibandingkan dengan muka Hindraf yang berjambang tu..nampak cerah dan tenang sikitpun dia kata sejuk tengok muka Nasharuddin Mat Isa.Itupun nak dilawan mereka.


Cuma teman agak ragu le.. teman mungkin tidak mendalami tapi adake sunatnya nak lakukan ibadah puasa macam tu. Tambah pula tujuannya pun nak jatuhkan sebuah kerajaan yang dikuasai oleh majoriti pemimpin Islam dan Melayu supaya naik baliklah pemerintahan Nizar PAS dengan 7 exco DAP..halalkah ibadah tu..dan lebih sebak lagi bila yang menganjurkan 'ibadah' tu pula Ustaz Nga DAP..yang teman yakin benarlah tak ada sedikitpun simpatinya terhadap syiar dan kedaulatan Islam..


Kita di Gerik..setahu kita kalau kaum keluarga Ustaz Nga DAP tu dipanggil Illahi, kenale pakai baju hitam, tapi bagi kita orang Islam, putih tulah tanda suci dan bersih..ada ke Islam PAS nak pakai hitam tu..

Ahmad Awang:BN kononnya tiada majoriti..

Balik daripada Teluk Intan, Sambutan Hari Guru Pkt Negeri, terus rebah, demam. Sehari sebelum Mahkamah Rayuan putuskan Dr.Zambry, Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan yang membuktikan Paduka Seri Sultan Perak tidak silap dalam melaksanakan Undang - Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Cadangnya nak berehat le daripada mencatat sesuatu dalam blog. Asyik mengadap suratkhabar ajelah. Terbaring atas katil. Tapi bila baca surat khabar tertarik pula dengan berita, Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak kata, walaupun Mahkamah Rayuan iktiraf Dr. Zambry sebagai Menteri Besar perak yang sah, tapi dia kata BN cuma ada 28 kerusi, Pakatan Pembangkang ( meluat nak sebut Pakatan Rakyat sebab seorang orang kuat PAS yang dah pun letak jawatan beritahu teman PKR tu maknanya Pening Kepala Rakyat ) pun ada 28 kerusi. Kata Ahmad Awang 3 kerusi Bebas tu tak boleh kira, sebab bukan wakil BN.
Sampai macamtu sekali rakyat nak dibobokkan dengan cerita - cerita yang sudah memperlihatkan ketololan mereka yang mabukkan kuasa. Kononnya atas nama rakyat. Kalau tafsiran Ahmad Awang, BN cuma ada 28 kerusi tidak termasuk kerusi Bebas kerana bukan wakil BN, macamana pula pemerintahan 11 bulan pakatan pembangkang. Mana pula dapat 28 kerusi tu. Berbanding BN yang ada 28 kerusi atas tiket satu parti dan satu simbol dan UMNO sendiri atas nama BN ada 27 kerusi, maknanya sejak keputusan PRU12 lagilah BN dah sepatutnya tubuh kerajaan. DAP cuma ada 17 ( dah hilang satu ), PAS ada 6, itupun sebab PKR tinggal 5 kerusi lepas hilang 2 kerusi. Daripada kerusi yang dimenangi inipun kalau dicongak secara bodohpun, BN lah yang majoriti. Ada ke DAP, PAS dan PKR dah bergabung atas nama satu parti, satu simbol. Sanggupke PAS nak korbankan nama Parti Islam Semalaya tu untuk guna nama dan tiket Pakatan Pembangkang. Simbol mana nak dibuang, Bulan ke, Roket ke atau Mata Sepet Biru tu.. Gitulah..kalau pembangkang hanya ikrarkan sokongan untuk bentuk kerajaan, walaupun bukan dalam satu parti atau satu simbol, boleh..boleh..boleh..kononnya demokrasi, kononnya atas kehendak rakyat. Tapi BN yang dah solid 28 kerusi, dan 3 wakil Bebas dah ikrarkan sokongan dan diketahui oleh seluruh pelusuk rakyat, termasuk Ahmad Awang dan Nizar, tak boleh..tak boleh..tak boleh..kononnya juga atas nama rakyat, atas nama demokrasi..entahlah rakyat mana nak dibohongi oleh Ulama Pas ini, demokrasi mana pula yang terpakai bila tidak berpihak kepada mereka.
Sudahlah tu..PRU13 rakyat diberikan semula kuasa menghakim. Seperti kata Dr. Zambry, masa ini digunakan untuk bekerja kepada Rakyat, pemerintah melaksanakan tugas, tanggungjawab dan amanah manakala pembangkang pula menjadi pembangkang yang membantu memberikan kesejahteraan kepada rakyat..
Kita di Gerik, ada kawan sebut, kalau 1 hakim, mungkin boleh berlaku kesilapan, tetapi kalau dah 3 hakim sebulat suara buat keputusan, takkan tiga - tiga silap..merayu tu hak mereka..

Saturday, May 16, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

16 Mei setiap tahun, Hari Guru disambut di seluruh negara. Pada 16 Mei 1956, Majlis Undang - Undang Persekutuan Tanah Melayu ( Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan Laporan Jawatan Kuasa pelajaran ( Report of the Education Comittee ) yang dikenali juga Laporan Razak sebagai Dasar Pelajaran Kebangsaan dan 16 Mei kemudiannya diisytiharkan sebagai Hari Guru.
Bukan sedikit jasa Guru untuk diterjemahkan dengan hanya sambutan Hari Guru. Namun, warga guru dengan penuh bangga sepatutnya menjadikan Hari Guru sebagai hari sambutan yang diadakan secara bersungguh - sungguh. Bukan sekadar hanya sebagai sambutan untuk menunaikan arahan daripada mana - mana pihak. Jika pun sering diperkatakan tentang peranan guru yang semakin mengecil dalam masyarakat, namun guru zaman kini sepatutnya menanamkan rasa bangga yang teramat sangat kerana perjuangan guru telah terpahat dalam tinta emas sejarah negara. Bukan hanya sebagai guru sekolah. Lebih daripada itu, guru berjuang menentang penjajahan, berjuang memerdekakan negara dan membawa rakyat keluar menjadi manusia sebagaimana yang dinikmati oleh seluruh warganegara.
Semoga suatu ketika nanti, seluruh masyarakat akan berpusu - pusu ke sekolah, tanpa perlu dijemput atau dirancang, tanpa perlu hadiah dan cenderamata, tanpa bunga manggar dan aturcara, pada 16 Mei, sekadar untuk mengucapkan Terima Kasih Cikgu.
Kepada semua guru yang berjasa, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, siapapun kaumnya dan apa pun anutan agamanya, SELAMAT HARI GURU.

Majlis Peguam : Asyik suruh orang lain aje letak jawatan..

Balik minum, tonton Awani. Rasa jijik benar bila Global Awani siarkan berita Majlis Peguam desak Menteri KDN dan Ketua Polis Negara letak jawatan. Salahnya kerana tahan 5 peguam yang berhimpun. Langgar hak kebebasan kononnya.
Besar benarkah jasa Majlis Peguam kepada rakyat yang hampir 26 juta orang di negara kita ni? Besar benarkah kuasa Majlis Peguam sampai nampak tidak boleh disentuh dan suruh pemimpin yang dah terbukti mempunyai jasa kepada rakyat meletak jawatan. Nampak macam Majlis Peguam ini kelompok terhebat pula di negara kita ini yang seolah - olah telah menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat, termasuk dinikmati oleh kepimpinan Majlis Peguam sendiri.
Nampak seolah Majlis Peguam ini terikut - terikut dengan barisan peguam di Pakistan yang sering berdemontrasi sehingga menjurus negara ini dalam kemelut yang memudaratkan rakyat. Jadi - jadilah seolah - olah jadi 'hero' dalam memperjuangkan rakyat. Rasanya kita pun kena berhentilah daripada sentiasa memberikan tumpuan kepada apa sahaja tindakan Majlis Peguam yang nak menampakkan diri mereka seolah - olah juara kepada demokrasi di negara kita ini. Jadi - jadilah. Kalau seminar mengenai agama Islam yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan orang Islam yang menjadi majoriti di negara ini, dianjurkan oleh Majlis Peguam tanpa fikirkan kemungkinan buruk terhadap kehidupan pelbagai agama di negara kita, tak ke terfikir nak letak jawatan..
Kita di Gerik, kalau melihat tidak hanya guna cermin mata, selalunya guna juga cermin muka, barulah nampak diri sendiri..

Friday, May 15, 2009

Baru Keputusan Mahkamah Tinggi, Nizar..

11 Mei 2009, sambutan Ulang Tahun UMNO. Hari itu juga Mahkamah Tinggi buat keputusan Nizar MB yang sah. Peguam Zambry rayu penangguhan untuk kuatkuasa keputusan Mahkamah Tinggi. Hakim tolak. Tapi bukan maksudnya tak boleh merayu. Hakim arahkan peguam Zambry pohon rayuan bertulis.
Tapi Nizar tidak sabar. Keluar Mahkamah Tinggi terus buat pengumuman. Nak masuk Pejabat MB. Dah nak mula kerja dengan exco - exco nya. Lebih daripada itu, Nizar dah pasang balik tag Menteri Besar atas plet kereta Camry rakyat yang dia gunakan itu.
Semua orang faham. Orang kampung di Gerik pun faham. Dalam sistem Mahkamah, selepas Mahkamah Tinggi ada lagi 2 Mahkamah yang lebih tinggi. Ada Mahkamah Rayuan dan ada Mahkamah Persekutuan. Jadi keputusan Mahkamah Tinggi belum muktamad. Nizar belum betul - betul sah jadi MB.
12 Mei Zambry failkan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk tangguhkan dulu penguatkuasaan keputusan Mahkamah Tinggi yang putuskan Nizar sebagai MB Perak. Rayuan Zambry diterima dan Zambry masih lagi MB Perak yang sah. Nizar sempat masuk Pejabat MB sekejap, lepas itu keluar. Katanya hormati keputusan Mahkamah Rayuan. Tetapi masa Sidang Dewan, 10 ADUN BN dan Bebas yang dibenarkan hadir Sidang DUN oleh Mahkamah, tidak dipatuhi oelh Speaker dan tentunya disokong oleh Nizar. Awal - awal lagi 10 DUN BN dan Bebas ni diarahkan Siva keluar kerana telah digantung dan letak jawatan. Yang ini tidak pula nak hormati keputusan Mahkamah.
Lepas itu, Nizar pula failkan rayuan untuk ketepikan keputusan Mahkamah Rayuan tangguh kuatkuasa keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Nizar. Isnin 18 Mei ini akan ada keputusan. Tapi itupun belum muktamad. Zambry telah kemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang isytihar Nizar sebagai MB. Keputusan di Mahkamah Rayuan, memihak kepada sesiapapun masih juga belum muktamad. Yang kalah akan memfailkan pula kes ke Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi dalam negara kita.
Selepas Mahkamah buat keputusan, barulah segala - galanya muktamad. Terungkai. Persoalannya, bolehkan Nizar, Ngeh dan Nga menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan pula Zambry sebagai MB ( marilah kita berdoa demi agama, bangsa dan Tanah melayu yang kita cintai ini ). Ataupun kalau memihak kepada Nizar, bolehkah Nizar menerima hakikat bahawa beliau tidak lagi dapat sokongan majoriti dalam DUN. Tambahlah pula dah tersebar khabar angin 5 orang ADUN PAS akan meninggalkan Nizar dalam pakatan pembangkang.
Jadi teman pun pelik bila ada analisis yang katakan apa yang berlaku di Perak sebagai krisis yang seolah - olah tiada penyelesaian. Sabar. Tunggu keputusan mahkamah. Lepas itu kita ada satu lagi. Sidang Dewan. Selesaikan pula dalam Dewan. Jangan hanya kata rakyat yang hendak PRK di Perak. Jangan lupa UMNO menang 27 kerusi. Pengundi yang menyokong 27 ADUN UMNO dan 1 kerusi MCA, pun rakyat juga. Bahkan rakyat terbanyak jika dibandingkan 17 DAP, 6 PAS dan 6 PKR, yang sampai sekarang pun belum terbentuk secara rasmi sebagai satu parti dengan satu simbol. Jadi, bukanlah susah sangat Nizar, kalau dah ditakdirkan Mahkamah berikan keputusan menyebelahi Nizar, jalankan tanggungjawab dengan memanggil Sidang DUN, dan terimalah hakikat kalau benar kita kehilangan sokongan majoriti dalam dewan. orang kampung pun tahu, kalau dah tidak dapat sokongan majoriti, lebih manis untuk kita mengundur kerana majoriti dah tak terima kita. Jangan sentiasa gunakan alasan atas kehendak rakyat aje..
Kita di Gerik, sentiasa teringat ucapan Nizar di Istana, semasa perlantikan MB dan semasa ucapan taat setia semasa Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak.."Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."...takkanlah kepada Allah pun nak dipohon sembah derhaka juga..

5 ADUN PAS mungkin keluar PR

Katanya khabar angin. Itu berita yang ditulis dalam akhbar. Seperti biasa jurucakap PR ( Pakatan Pembangkang ) akan kata itu semua khabar angin. Semuanya strategi UMNO dan BN. Strategi untuk gugat kesepakatan PR. Tapi yang peliknya tak ada pula penafian daripada ADUN PAS. PR kata kalau nak keluar mestilah 6 orang, kenapa pula 5. Iyalah, seorang lagi tu Nizar. Mungkin 5 ADUN PAS ni dah tak lagi iktiraf Nizar sebagai salah seorang ADUN PAS. Mungkin juga mereka dah terima hakikat bahawa Nizar kini ADUN DAP. Iyalah kalau sebahagian besar yang ditunjukkan oleh Nizar, baik semasa memerintah ataupun semasa hilang kuasa pemerintahan, lebih memperlihatkan wajah Ngeh dan Nga daripada wajah YB Hadi Awang mahupun Tuan Guru.
Teman pun rasanya begitu banyak untuk mempercayai. Petang tadi teman tengok video apa yang berlaku di DUN Perak tempoh hari. Tengok bagaimana Siva, Nizar, Ngeh dan Nga seperti tidak berpelajaran mengetuai asakan ADUN PR menyerbu kawasan duduk BN. Rampas mikrofon. Serang Setiausaha Dewan. Serang SUK. Serang Timbalan Speaker. Menjerit kata - kata kesat. Rosakkan mikrofon meja ADUN BN. Duduk tempat Speaker. Membaling buku peraturan. Rampas buku peraturan dan hempaskan. Buku peraturan tu pula ada doa pembuka dewan. tentulah doa itu terkandung ayat - ayat suci Al-Quran. Itupun turut dihempaskan.
Melihat tontonan itu, kita lihat bagaimana sebahagian besar yang berlaku seperti pengganas dalam DUN itu, adalah ADUN DAP dan PKR. Semuanya Cina, India dan Sikh. Satu - satunya yang turut serta dan tentulah tidak kisah buku doa pembukaan dewan dihempas begitu tanpa hormati ayat - ayat suci Al-Quran di dalamnya, ialah Nizar. Satu - satunya ADUN PAS yang dilihat dalam tontonan tu. Nizar pula sama ada sentiasa berada atau diekori pula oleh Ngeh DAP. Macam belangkas. Tak tahulah sama ada Ngeh ekori Nizar ataupun Nizar perlukan nasihat Ngeh menghadapi suasana dalam Dewan. Kena panggil oleh Pemangku Raja pun, Ngeh mengekor Nizar menghadap Tuanku.
Cuma dalam tontonan itu, teman tak nampak kelibat 5 lagi ADUN PAS. Teman lebih untuk percaya, 5 ADUN PAS pun mungkin rasa cukup terhina. Melihat tindak tanduk ADUN DAP dan PKR yang menyerbu tempat BN dan mensasarkan ADUN UMNO, yang tentulah Melayu dan Islam sama dengan 5 ADUN PAS itu. Teman yakin, 5 ADUN PAS itupun cukup rasa terhina akaibat perbuatan ADUN DAP dan PKR itu yang langsung tidak menunjukkan hormat kepada Pemangku Sultan yang terpaksa menunggu hampir 5 jam untuk laksanakan tanggungjawab merasmikan sidang. Teman juga percaya, 5 ADUN PAS itu pun rasa amat malu melihat gelagat Nizar yang seolah - olah hanya menurut Ngeh dan Nga serta ADUN DAP dan PKR yang berlagak samseng dalam Dewan yang mulia tu.
5 ADUN PAS ini, teman percaya, mula membandingkan apa yang berlaku dalam Dewan dengan perjuangan Islam yang di bawa oleh parti mereka. 5 ADUN PAS ini juga dapat menyaksikan gelagat mana yang sebenarnya lebih menjurus kepada kehendak Islam yang mereka perjuangkan. Teman percaya, 5 ADUN PAS ini akan terasa amat malu untuk menonjolkan perjuangan Islam mereka dalam gagasan pakatan pembangkang yang mencemarkan Islam. Menghina Pemangku Sultan yang menjadi payung kepada kesejahteraan Melayu dan kedaulatan syiar Islam.
Teman percaya, 5 ADUN PAS ini, jika benar apa yang dikhabarkan, telah membuat pertimbangan terbaik dalam penglibatan mereka dalam politik. Pertimbangan terbaik dalam memastikan Islam dan Melayu terus terbela di Perak dan di tanah air kita. Teman tidak harapkan mereka menyertai UMNO atau menyokong BN. Sekadar mereka keluar dari Pakatan dan menjadi ADUN Bebas yang berkecuali, sudah cukup untuk melumpuhkan keegoan DAP dan PKR yang tidak sekeratpun menunjukkan rasa hormat mereka kepada Islam. Lupakan Nizar. Lebih penting kepada beliau hanyalah untuk pertahankan kerusi MB, dan tentulah disokong kuat Ngeh dan Nga, DAP dan PKR, agar agenda sebenar mereka untuk kepentingan kaum mereka, menghina dan menidakkan kehadiran Paduka Sultan dapat direalisasikan.
Kita di Gerik, percaya 5 ADUN PAS ini perlu lebih bijaksana dalam bersiasah..agar tidak menang sorak kampung tergadai..

Wednesday, May 13, 2009

13 Mei 1969 : Pengajaran daripada sejarah..

Kata sejarawan, manusia sepatutnya belajar daripada peristiwa sejarah. Sejarawan juga kata, sejarah peradaban manusia ini, umpama satu kitaran. Mula, kemuncak, jatuh dan mula semula. Dan sebahagian besar sejarawan bersetuju, manusia tidak pernah belajar daripada peristiwa sejarah. Keperitan Perang Dunia Pertama diulang dalam Perang Dunia Kedua. Dan dunia diancam oleh kemungkinan Perang Dunia Ketiga. Kali ini dalam bentuk baru. Perang yang tidak babitkan kekuatan senjata dan tentera sebaliknya dalam bentuk kekuatan ekonomi. Sudah berapa negara yang jatuh bangkrap dan rakyat menderita akibat penjajahan dan penjarahan ekonomi kuasa besar. 1998 kemelesetan ekonomi akibat serangan penyangak mata wang. 2008 manipulasi harga minyak. 2009 kejatuhan sistem ekonomi kapitalis. Semuanya menjurus kepdada kehidupan manusia yang semakin menderita.
13 Mei 1969, ulangtahun sejarah hitam negara jatuh pada hari ini. Semuanya kerana pilihanraya umum. Apabila parti politik yang menggunakan isu perkauman berjaya mengurangkan majoriti Perikatan UMNO, MCA dan MIC serta berupaya menubuhkan kerajaan di beberapa buah negeri, demokrasi yang sepatutnya mendatangkan kesejahteraan rakyat, bertukar menjadi tragedi hitam dalam tamadun negara. Akibatnya banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah. Darurat diisytiharkan. Mageran ditubuhkan. Mujurlah kebijaksanaan kepimpinan Almarhum Tun Abdul Razak, memungkinkan Malaysia terus wujud dalam keadaannya hari ini.
Tetapi seperti kata sejarawan, 13 Mei 1969 seolah - olah tidak memberikan pelajaran kepada generasi baru Malaysia yang semakin maju dan makmur. 2009, seolah - olah sepertimana semasa 1969. Keputusan PRU12 inipun mirip keputusan 1969. Isu perkauman disemarak dan dibangkitkan. Bukan Melayu bahkan jauh lebih berani daripada 1969 dengan tuntutan - tuntutan yang tidak munasabah. Dan lebih dasyat lagi, bukan Melayu mendapat dokongan kuat pula beberapa krat Melayu. Lebih meyedihkan lagi, parti chauvanist Cina yang amat tebal dengan perkauman Cina nya, yang masih terus mendokong perjuangan abangnya di Selatan Tanahair, mendapat sokongan pula daripada parti Melayu yang mengagaskan perjuangan Negara Islam dan didokong pula oleh orang Melayu yang kononya takut tidak masuk syurga jika tidak menyokong parti Melayu ini.
Teman yakin. Pengajaran daripada peristiwa 13Mei 1969 sudah tiada lagi dalam jiwa anak - anak pelbagai bangsa Malaysia ini. Lagipun, bercakap mengenai 13 Mei 1969 baik kepada anak - anak sekolah atau di menara gading, seolah - olah diharamkan. Generasi muda hari ini seolah - olah dijanakan dengan betapa makmur, mewah dan majunya negara tercinta ini. Mereka akhirnya tidak tahu dan tidak sedar, suatu ketika dahulu, ada sejarah hitam dalam kemakmuran yang dinikmati hari ini.
Dan tentulah lebih malang, yang banyak lupa tentang keperitan 13 Mei 1969 adalah generasi muda Melayu. Orang Muda Melayu yang ketinggalan dalam segala bidang kecuali tentang dadah, rempit, ragut, punk, black metal, buang anak, hiburan dsb. Orang muda Melayu yang difahamkan tentang perpaduan dan intergriti nasional yang akhirnya merugikan mereka. Menjadikan mereka sebagai Melayu yang akan sentiasa mengalah atas nama perpaduan dan intergrasi nasional.
Dalam bab belajar daripada sejarah 13 Mei 1969 ini, rasanya bukan Melayu lebih belajar dan waspada. PRU12, PRK Bukit Gantang dan PRK Bukit Selambau, jelas memperlihatkan bagaimana mereka belajar daripada sejarah. Bagaimana makna perpaduan dan intergrasi nasional dimanfaatkan mereka untuk kepentingan mereka dan terbukti amat menguntungkan mereka.
Kita di Gerik, masih lagi hairan. Melayu ada 36 kerusi, Bukan Melayu ada 23 kerusi di DUN Perak, tetapi kalau Nizar jadi MB, yang memerintah Perak tetap juga bukan Melayu..belajarlah daripada mereka..

Tuesday, May 12, 2009

NIZAR : Sabar dahulu..

Mahkamah Tinggi dah putuskan. Nizar masih MB Perak yang sah. Menarik untuk melihat kenyataan PM, TPM, Hishamuddin dan Zambry, yang menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka. Temanpun tertarik juga dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, sekarang ni undang - undang sudah tertegak kembali dengan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kes Nizar. Biasalah tu, keputusan memihak pakatan pembangkang, jadi adillah.
Nizarpun dah buat kenyataan. Di luar Mahkamah Tinggi. Nizar dengan Exco nak segera bertugas. Nak mengadap Paduka Sultan, nak memohon perkenan bubar DUN. Nizar, kalau bab mengelirukan rakyat ini memang cekap. Iyalah, yang menjadi sifunya Ngeh dengan Nga. Lagipun nak percepat lah masuk pejabat, sebab ada ratusan lagi kampung baru Cina yang belum dapat hak milik kekal. Walaupun Nizar tahu kampung baru Cina didirikan zaman darurat dulu atas Tanah Rizab Melayu. Percuma sahaja mereka dapat tanah orang Melayu. Satu lagi, hasrat untuk kurniakan tanah kepada sekolah - sekolah swasta Cina yang sembilan buah tu pun belum tertunai lagi.
Tapi, Nizar kena sabar. Nizar orang terpelajar. Walaupun bukan jurusan undang - undang, seorang jurutera yang dilahirkan oleh dasar yang dilaksanakan UMNO dan BN seperti Nizar ni takkan tidak memahami prosedur perundangan. Teman yang mengaji setakat Tingkatan 6 ni pun boleh faham. Keputusan terbaru ini, baru keputusan Mahkamah Tinggi. Ada lagi. Ada Mahkamah Rayuan. Dan lepas itu ada Mahkamah Persekutuan. Belum betul - betul sah sebagai MB lagi. Zambry pun dah failkan rayuan. Hari ini pun Mahkamah Rayuan dah tangguhkan dulu keputusan sehingga Mahkamah Rayuan dengar dan buat keputusan. Setakat hari ini mulai 1.15 th, Zambry masih lagi MB Perak. Lepas ini, kalau Nizar menang kes, sahlah Nizar MB Perak. Teman percaya, UMNO dan BN akan terima dengan hati terbuka.
Tapi kalau Nizar tetap MB sah, Nizar pun tak dapat majoriti sokongan ahli Dewan. UMNO dan BN ada 28, campur dengan 3 ADUN Bebas yang sokong BN dah jadi 31 manakala Pakatan Pembangkang ada 28 ADUN. Jadi walaupun Nizar MB, Nizar tidak dapat sokongan majoriti. Nizar tidak boleh mengadap Paduka Sultan untuk bubar Dewan. Lagipun bubar Dewan ni kuasa mutlak Sultan.
Pilihan yang Nizar ada adalah mengadakan Sidang Dewan. Dengan Speaker baru Datuk Ganesan sah perlantikannya sebagai Speaker, tidak mungkin Nizar adakan sidang Dewan. Kalau adakan juga, Nizar akan hadapi undi tidak percaya. Kita yakinlah, Nizar akhirnya akan tumbang dengan undi tidak percaya ini. Inilah yang hendak dielakkan oleh Nizar, Ngeh dan Nga. Jadi sekarang ni, walaupun mereka amat arif tentang keputusan Mahkamah Tinggi, Kuasa Sultan dan kedudukan dalam Dewan, mereka masih juga nak kelirukan rakyat. Sabarlah Nizar..kalau Allah akan mengangkat seseorang itu sebagai pemimpin, Insyaallah, Nizarlah MB perak. Tetapi kalau Allah dah tetapkan akan menurunkan dan menghina seseorang pemimpin itu, dan kalau Nizar juga orangnya, Nizar kena terimalah dengan hati terbuka. Janganlah nak dipohon sembah derhaka pula...
Kita di Gerik, pun faham, UMNO menang 27 kerusi (tidak termasuk MCA) tetapi PAS ada 6 kerusi aje. Nak harapkan PKR, Osman Sailu dan Jamaluddin dah sokong BN. Tinggal 1 orang Melayu aje lagi dalam PKR. Iyalah ye..27 + 6 + 2 + 1 dah jadi 36 kerusi DUN milik Melayu dan Islam, bakinya 23 kerusi bukan Melayu..sebak sungguh lihatkan bagaimana orang Melayu berpolitik sekarang ini..

Sunday, May 10, 2009

Dadah: Suapan RM500.000 ditolak..

Dadah lebih RM200j. Tempatnya di Rompin Pahang. Teman bukan nak catatkan tentang bagaimana dadah yang begitu banyak boleh bolosi tempat - tempat strategik negara. Tentu ada cara untuk atasi. Kalau tak nanti, Malaysia akan dikenali sebagai transit pengedaran dadah antarabangsa dalam skala yang besar.
Tetapi yang teman nak coretkan, tentang seorang anggota polis di Rompin, Pahang yang memegang teguh amanah, ikrar dan seragam yang dipakainya sanggup menolak suapan RM500,000 daripada pengedar dadah yang ditahannya bersendirian. RM500,000.00 bukan nilai kecil. Rasanya anggota polis itupun tak pernah sepanjang hayatnya memegang sekaligus wang sejumlah RM500,000.00. Bahkan mungkin kalau dicampur semua gaji dan elaun yang diperolehinya daripada berkhidmat sehinggalah tarikh beliau menahan dan merampas dadah dalam jumlah yang besar begitu, masih terlalu jauh dengan jumlah RM500,000.00.
Teman tabik. Benar - benar tabik. Sebenarnya ramai lagi anggota polis yang seamanah dan sesetia anggota polis Rompin ini semasa berkhidmat. Biasalah. Dalam ratusan ribu anggota, mungkin ada yang akan menconteng arang ke muka. Jadi teman pun nak tanyalah. Mana nyonya yang bersungguh - sungguh dulu dedahkan kononnya polis telanjangkan warga China, mana apek yang suka sangat gemburkan kisah seorang dua polis yang rasuah, mana tambi yang beria - ia benar membela penjenayah dan penyangak kononnya didera dan mati akibat polis, ataupun ditembak mati dalam serbuan polis. Mananye? Senyap seribu bahasa. Janganlah ada agenda lain. Hanya kerana 90% anggota PDRM terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera, kisah polis Rompin ini, sikitpun mereka tidak berterima kasih. Kalaulah najis dadah ini terlepas ke pasaran, cubalah bayangkan berapa banyak anak - anak muda akan tergadai masa depan mereka. Atau mereka tidak peduli kerana mereka tahu, yang banyak terjebak dengan najis dadah nipun ramai yang Melayu dan Bumiputera. Entahlah, tak habis - habis kalau yang diperjuangkan oleh mereka, walaupun mereka itu penjenayah kejam, asalkan orang mereka, tak cukup mikrofon dibelasahnya anggota polis.
Surat khabar pun sama. Kalau cerita polis kena tangkap kerana rasuah ke, apa ke, siap di muka depan. Tapi cerita seorang anggota polis yang cukup berintegriti ni, yang patut di teladani oleh semua pihak, adalah sikit beritanya. Itupun dalam ruangan Nasional, halaman 4, kat bawah aje pun..
Tahniah dan terima kasih anggota polis Rompin. Anda jauh lebih berjasa kepada negara dan bangsa daripada sebahagian politikus Melayu dan bukan Melayu, yang ghairah nak jadi PM dan tubuh kerajaan. Semoga Allah akan merahmati anda.
Kita di Gerik, kadang-kadang jalan depan balai polis Gerik, ditutup seawal 7.00 pagi. Alahai..itulah dua jalan utama nak ke sekolah le, nak ke pejabat ke..kalau dah tinggal 1 jalan yang tinggal, tak ke kelam kabut kita dibuatnya. Jam 8.00 tutup jalan tu, o.k le Tuan..

Saturday, May 9, 2009

Salehuddin Ayub: PAS boleh berbincang dengan sesiapapun..

Berita Harian Jumaat 8 Mei 2009. Itu kata Salehuddin Ayub (SA). Ketua Pemuda PAS. Kata SA lagi, 'kita berbaik dengan UMNO dalam entiti kita sendiri dan kita tidak perlu masuk UMNO'. Alhamdulillah. Semoga SA betul - betul jadi seperti Salehuddin al Ayubi, bebaskan Baitul Muqaddis. Itulah kenapa kita dapat selusuri pandangan SA kerana kematangannya dalam berpolitik terutama yang membabitkan kepentingan Islam dan Melayu.
SA patut perbetulkan, musuh sebenar PAS bukan UMNO. PAS sendiri pun menikmati kenikmatan daripada kebijaksanaan UMNO memerintah semenjak merdeka. PAS sendiripun tahu bahawa tidak ada ahli PAS yang mati kebuluran atau dihumban dan didera dalam penjara seperti Guatanamo atau Abu Gharrib. Bahkan masjid yang menjadi tempat PAS memperkukuhkan gambaran Islamik PAS pun dibina atas keprihatinan dan kesungguhan UMNO mendaulatkan Islam.
Tapi bagi PAS, kalau dengan UMNO, sanggup berkerat rotan berpatah arang. Darah UMNO pun seolah - olah halal bagi mereka. Maki hamun dan carut dah jadi salam buat orang UMNO. Harakahpun daripada muka surat depan sampai halaman belakang, semuanya tentang UMNO. Tiada yang baik bagi mereka. Tapi kalau PAS cakap, tetap akan tubuhkan Kerajaaan Islam, dan DAP pun 'berketik' sikit, semua dalam PAS diam seribu bahasa. Ayam sabung PAS yang pantang diberikan ruang akan di carut dan dimakinya UMNO, pun tak terkata apa - apa walaupun DAP kata ' langkah mayatku dulu'. Tambahan lah pula DSAI yang sebut PAS kena berikan penjelasan tentang cadangan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO atau nak tubuhkan Negara Islam, ayam sabung dalam PAS bukannya nak pertahankan Presiden mereka sendiri, tapi nampak macam sokong DSAI aje..Bahkan di Penang, DAP tak layan pun YB PAS yang seorang tu..
Ayuh lah Salehuddin Ayub. Gelanggang PRU12 dah lama berlabuh. Beradalah dalam pakatan pembangkang sebagai ayam sabung yang tegak tentang semua perkara yang merugikan Islam dan Melayu. PAS secara mutlaknya memerintah Kelantan dan Kedah. Takut apa pada DAP dan PKR. Tanpa PAS mereka takkan sekuat mana di Perak dan Selangor.. Kalau tak ada DAP dan PKR pun, Kelantan dan Kedah tetap diperintah PAS..tengok mereka bergoyang ke tidak di Selangor dan Perak..
Kita di Gerik, sembang - sembang kecil politik di Medan Takong, PAS dan UMNO, kita sentiasa bersetuju apa sahaja yang dilakukan demi kebaikan Islam dan Melayu dan kritis terhadap perkara yang merugikan Islam dan Melayu..

Tewas di DUN, rasanya mereka tetap ketawa..

Itulah YB Pakatan Pembangkang. Yang Berhormat. Tapi Yang Berhormat tidak tahu menghormati. Lantas bagaimana mungkin mereka meminta rakyat menghormati mereka. Dewan Undangan bukan maksudnya dewan bagi orang yang di undang. Tapi singkatan daripada Dewan Perundangan. Dewan tempat penggubal undang - undang bersidang. Tempat di mana undang - undang dan akta diluluskan. Tapi ada YB sendiri yang tidak hormati undang - undang.
Apakah keperluan Siva, mengarahkan 10 YB BN keluar Dewan, sedangkan mahkamah memutuskan mereka berhakl hadiri sidang ? Apakah matlamat ADUN Pakatan Pembangkang tergesa - gesa memasuki Dewan selepas sahaja Pemangku Sultan selesai menerima tabik hormat ? Apakah keperluan mereka untuk mengoyak label nama YB BN yang telah ditempatkan di sebelah kanan Speaker ? Apakah kelakuan yang boleh dilabelkan atas tindakan YB Pakatan Pembangkang menyerbu tempat duduk YB BN. Rosakkan pembesar suara. Membaling buku peraturan Dewan ? Terlebih besarnya lagi, siapakah Sivakumar yang sembrono menggunakan kuasa Speaker sehingga Pemangku Sultan kena menunggu sehingga hampir 6 jam ? Gamaknya pada fikiran mereka, kedudukan Speaker jauh lebih tinggi daripada Pemangku Sultan, yang mewakili Paduka Sultan, Raja dan Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan. Atau kekecohan yang dibangkitkan oleh Sivakumar dan beberapa YB DAP, lebih bersifat untuk membuktikan mereka tidak pernah peduli danmenghormati institusi Raja - Raja Melayu. Lebib bodoh lagilah bilamana ada pula politikus bebal di kalangan Melayu yang bersengkokol dengan Sivakumar dan DAP.Pakatan Pembangkang sudah melampau batasan politik negara kita.
Wahai bangsa Melayu ku. Melayu ku yang mesti beragama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Dan Islam yang didaulatkan dalam negara ini, tidak boleh diganggu gugat oleh bukan Islam kerana di payung oleh Raja - Raja Melayu. Bukankah jika runtuhnya institusi Raja - Raja Melayu, maka payung yang selama ini menjagai kedaulatan dan syiar Islam di negara yang berbilang kaum dan agama ini, maka turutlah terbuka kedaulatan dan syiar Islam untuk dicerobohi dan diperlakukan sesuka hati. Sedarlah tentang permainan mereka yang bukan sekadar mensasarkan Kesultanan Melayu, tetapi jauh daripada itu, sasaran lebih jauh ialah Islam Agama Kita, Hak Istimewa kita sebagai pribumi, Bahasa kita, Tanah Rizab kita.
Walaupun mereka tewas dalam DUN Perak, tetapi sekurang - kurangnya mereka berjaya juga merealisasikan sikap tidak menghormati Sultan Melayu, sikap yang sejak dahulu menjadi impian mereka. Dalam tewas mereka sebenarnya ketawa besar. lebih besar ketawanya, kerana ada juga orang Melayu yang turut tertawa bersama mereka..
Kita di Gerik, ada Melayu yang pasang sepanduk ada gambar roket DAP dalam kawasan masjid..dulu masa mereka memerintah..11 bulan..entahlah, DAP dah terima ke penubuhan Negara Islam..