::

:::

Saturday, February 27, 2010

Didera sampai mati..

Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu sehingga menemui ajalnya..




Bolehke kita percayai airmata ibunya..?????

Friday, February 26, 2010

Salsabila Yunan, dilarikan atau diculik..

Kadang - kadang kita pun tak faham. Kalau kes dilakukan oleh warga kita sendiri terhadap anak gadis warga kita sendiri, dikatakan diculik. Diburu. Didakwa dan dijatuhi hukuman kalau bersabit. Tapi kalau babitkan warga daripada negara 'serumpun' ini, dikatakan dilarikan. Tak pernah lagi kita dengar warga 'serumpun' ini diburu (guna interpol ke), didakwa dan dijatuhi hukuman kalau bersabit.
Tambahan kes membabitkan Salsabila adalah gadis bawah umur. Gadis yang masih belum dapat membezakan antara kata hati dengan kata akal. Tak boleh ke satu pendakwaan dilakukan ke atas orang yang melarikan si Bella ni. Tambahan Bella sendiri mengakui dipaksa kahwin. Kahwin dalam usia 15 tahun. Kahwin ketika sepatutnya dibangku sekolah. Dan lebih menyedihkan melihat gambar rakan - rakan sekolah dengan uniform mengunjungi Bella di rumah.
Sepatutnya satu isyarat yang jelas kena dihantar kepada negara serumpun ini agar warganya didisiplinkan. Kalaulah yang dilarikan itu gadis seberang dan pemudanya daripada negara kita, aduh..angkat bendera pula la mereka, Ganyang Malaysia pula lah mereka, merusuh lagilah depan KEDUBES ( pinjam ungkapan mereka, takut dituduh kita ciplak pula) kita.
Cukuplah kes Bella sebagai yang terakhir. Kalau sebelum ni kita heboh dengan 'keldai dadah', sekarang ni ada pula ' keldai cinta'. Gamaknya selepas ni apa keldai lagi yang diungkapkan kepada warga kita. Bertegaslah, sesiapa sahaja yang sepatutnya berperanan, agar kita tidak dilihat sebagai amat pemurah..atau terlalu menjaga hati..
Kita di Gerik..harapnya lepas ni tak ada le pula 'keldai peniaga', ada lesen dan premis disewakan kepada warga asing, taukehnya makan gaji bulan aje..

Tuesday, February 23, 2010

Asingkan Menteri Belia dan Sukan...

Bacalah suratkhabar daripada 01 Februari 2010 hingga hari ini 23.02.2010. Bacalah berapa banyak perkara yang berkaitan dengan belia disentuh oleh Menteri Belia dan Sukan berbanding semua hal berkaitan dengan sukan.
Dan perkara yang berkaitan dengan sukan pula, berapa banyak yang disentuh, dirancang dan dilaksana adalah berkaitan dengan peranan sukan membentuk belia, penyediaan sebanyak mungkin kemudahan sukan dan rekreasi, kempen menggalakan belia cinta sukan dsbnya. Tetapi yang kerapnya adalah tentang hal - hal persatuan sukan yang tak habis - habis dengan pertelingkahan, tentang Harimau Muda ke Slovakia, tentang target persatuan sukan ke Sukan Asia ke, Sukan Olimpik ke..emm..entahle..
Tapi hal belia..hal belia yang banyak buang anak, hal belia yang banyak melepak, hal belia yang banyak rempit, hal belia yang sekarang ni pakai seluar pun sampai terdedah 'lurah belakang' tanpa segan silu, hal belia yang asyik nak jadi artis segera sahaja, hal belia dengan dadah, hal belia dengan pemuda Lombok, belia yang cenderung kepada membangkang sahaja, dan 1001 hal belia yang perlu ditangani..sebulan sekali pun payah nak tengok Menteri Belia dan Sukan ni berikan penekanan..
Iya le namapun Menteri Belia, Sukan tu namanya lepas belia. Tentulah tumpuan sepatutnya kepada aspek belia dan sukan hanya sebahagian daripada medium untuk melunaskan kehendak belia..tapi tak..sukan pula yang dilebih - lebihkan..tupun untuk satu dua kerat yang wakil negara ajele..
Harapkan Majlis Belia Daerah..entahle, Pejabat Belia dan Sukan, pun kita tak tahu apa peranannya, ayik - asyik bina padang futsal, asyik kerjasama anjur sukan futsal..sekarang ni anak - anak muda mempunyai kecenderungan yang cukup berbeza dengan kita yang dah hampir cecah 50-an ni. Kenale fikirkan bagaiman mendekati mereka dan bukan hanya asyik - asyik futsal, 9 sebelah dan jersi aje..
Kita di Gerik : Lalu depan Gelanggang Serbaguna yang dibina Pejabat Belia dan Sukan tu, alahai..tak tahule sapa yang nak main kat situ..sedekah ajele kat tadika mana-mana. Baikle hidupkan kembali gelanggang MotoCross disebelahnya yang dikunjungi ribuan manusia..suatu ketika dahulu

Tempat Perlindungan ???

Utusan Malaysia 23.02.2010. Wujudkan tempat perlindungan untuk hamil luar nikah. Kata Menteri Pembangunan Wanita. Lebih kurang sama lah tindakan kita dulu untuk selesaikan masalah HIV dan AIDs. Kita bekalkan kondom.
Permasalahan sebegini kena diselesaikan di peringkat akar umbi. Kena diselesaikan diperingkat anak - anak masih diperingkat rebung. Kena diselesaikan sebelum anak - anak kita lepaskan keluar ke alam kehidupan sebenar. Betul..dan kita amat menyokong tindakan untuk menyelesaikan masalah buang bayi dan bunuh bayi yang tidak berdosa, tetapi dengan terus mengambil penyelesaian kepada penghujung kejadian, tidak akan membantu mempastikan kejadian seperti ini akan dapat dibasmi.
Kembalilah kepada akar umbi yang mencetuskan fenomena buang dan bunuh bayi ini. Pendidikan Agama ? Penguatkuasaan Undang - Undang berbentuk Pencegahan ? Kawalan terhadap media elektronik, media cetak dan internet ? Tindakan tegas ke atas perniagaan tidak bermoral ? Pendatang Tanpa Izin (pun menyumbang besar tu ) ? Banyak sebenarnya tindakan pro aktif yang boleh diambil..cuma janganle lepas tu ada pula mata pelajaran baru disekolah tentang hamil luar nikah ni..sekolah lagi..
Kita di Gerik : Yakin kalau semua memainkan peranan dengan berkesan, InsyaAllah..tetapi turun padang bukan hanya dok berceramah di forum perdana semata - mata..ceramah memang le senang..jom kita fikir dan laksanakan kewajipan sebenar kita ini..

Friday, February 19, 2010

Kisah lidah bercabang...

Forum : Utusan Malaysia 18.02.2010
SEWAKTU UMNO menerajui kerajaan negeri Kedah, seorang yang dipanggil 'ustaz' oleh pengikut Pas mengatakan Allah SWT sedang menurunkan bala ke atas rakyat Kedah kerana menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada waktu tersebut fenomena panas dan kering serta kemarau yang melampau telah melanda negeri Kedah sehingga banyak tanaman rosak.

Baru-baru ini, ustaz yang sama di dalam satu kuliah Maghrib mengatakan Allah SWT sedang menguji rakyat Kedah dengan ujian iaitu diturunkan kemarau dan cuaca yang panas. Ini menunjukkan Allah SWT sayang kepada rakyat Kedah dan sekiranya rakyat sabar dan menerima ujian itu dengan tabah dan reda, maka Allah SWT akan memberikan ganjaran kepada setiap hamba-Nya.

Inilah sikap lidah bercabang seorang ustaz Pas dan dapat merubah rupa bentuk apabila berada di dalam dua keadaan. Dulu dikatakan bala, sekarang ujian pula. Dulu serigala, sekarang musang.
ANAK SELUANG, Kulim
Kita di Gerik : memannn..

Surat Pembaca: Berita Harian 17.02.2010

Pesta tarian, fesyen Puteri tidak bantu Umno jadi 'Juara Rakyat'

SAYA tertarik dengan visi Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin untuk menjadikan Fiesta Tarian Melayu Kreatif dan Fesyen Kebaya Puteri Umno sebagai acara tahunan pada peringkat negeri dan nasional. Namun, saya berpendapat fiesta itu bukanlah suatu keutamaan kerana lebih banyak agenda kemasyarakatan yang perlu diberi perhatian dan sepatutnya diperjuangkan oleh Puteri Umno.
Tugas utama Puteri Umno pada masa ini adalah untuk menjiwai dan mempromosikan Umno sebagai 'Juara Rakyat'. Untuk merealisasikan juara rakyat, Puteri Umno yang ternyata berkemampuan mendekati segenap lapisan masyarakat seharus-nya mendampingi rakyat untuk menyelesaikan permasalahan rakyat, bukannya menganjurkan pesta tari-menari dan fesyen. Pesta tarian dan fesyen tidak akan mengenyangkan perut masyarakat miskin di kampung. Program singkat 'juara rakyat' mustahil dapat menyelesaikan semua permasalahan penduduk setempat. Sepatutnya Puteri Umno giat melakukan tindakan susulan untuk setiap program 'juara rakyat' dengan memastikan tiada lagi anak-anak kecil di kampung kelaparan, kekurangan zat makanan, anak kampung yang masih keciciran dalam pelajaran malah ramai yang masih tidak dapat membaca, nasib ibu tunggal dan seribu satu macam permasalahan masyarakat desa.

Sebenarnya peranan Puteri Umno amat besar. Itulah sebabnya kepemimpinan Puteri Umno diberi pengiktirafan untuk bertanding sebagai calon pilihan raya. Tidak mungkin tindakan Puteri Umno menganjurkan Fiesta Tarian Melayu Kreatif dan Fesyen Kebaya Puteri Umno adalah untuk menyaingi sayap wanita pembangkang seperti Muslimat Pas. Namun, tindakan ini seolah-olah mengiyakan tohmahan terhadap Puteri Umno sebagai 'gedik'. Isu ini pasti akan dijadikan bahan kempen parti pembangkang.
Saya berpendapat setiap pihak dalam Umno perlu mengurangkan kontroversi dan isu negatif menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Kepada Ketua Puteri Umno, Fiesta Tarian Melayu Kreatif dan Fesyen Kebaya Puteri Umno jelas tidak selaras dengan tuntutan Islam. Justeru, bagaimana kita hendak menangkis dakwaan Pas bahawa Umno tidak memperjuangkan Islam. Jika merasakan fiesta itu satu keperluan sebagai aktiviti riadah ahli-ahli puteri, saya menasihatkan ia diadakan secara tertutup.

Kurangkan kontroversi ketika Umno cuba menarik kembali sokongan majoriti undi masyarakat Melayu. Kasihanilah kami pada peringkat bawahan yang setiap masa harus menepis tohmahan akibat tindakan dan kenyataan kurang bijak segelintir pimpinan Umno.
NORHISYAM MOHAMAD, Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah.
Kita di Gerik : Puteri kena terima ini secara terbuka..PRU 12 sudah lebih daripada cukup mengesankan kita. Pelajarilah sesuatu..

Firaun Kecil dan Ancaman Terhadap Perlembagaan Negara

YB Zulkifli Nordin. Kulim Bandar Baru. Berita Harian 17 Feb 2010. Intipatinya bukan tentang kewujudan Firaun kecil dalam pembangkang. Lantak le..dulu gelaran firaun ni ditujukan kepada BN terutama pemimpin UMNO. Sekarang ni gelaran Firaun dah berbalik kepada mereka. Bukan UMNO kata. Bukan BN kata. Bukan dasar UMNO dan BN ni untuk habiskan masa nak maki hamun orang. Tapi ini kata pemimpin mereka. Kata ahli Parlimen mereka. Dan kalau dah gelarannya Firaun Kecil, tentulah ramai dan banyak...

Tapi kita keluarkan semula petikan YB ZN ini,

" ..firaun kecil yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan dasar berhubung kedudukan Agama Islam, Raja dan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan...nak mengeluarkan negara daripada lingkungan kerangka dalam Perlembagaan Persekutuan...babitkan pembangkang, orang luar dan NGO.."

Ini yang amat berbahaya. Jika sudah didedahkan, pihak berwajib sepatutnya mula menyiasat, mengumpul maklumat risikan dan mengambil tindakan wajar dan serius. Ini ancaman kepada kewujudan sebuah negara bangsa yang telah hidup harmoni, aman dan makmur semenjak 1957. Takkan lah nak kena tunggu juga ada laporan polis dibuat baru nak disiasat. Takutnya pemikiran sebegini akhirnya membarah dalam pemikiran rakyat, menjadi kudis dan nanah yang tidak terubati. Ini ancaman yang amat dan amat serius. Keinginan untuk menulis semula Perlembagaan Negara pun sudah menjadi ancaman besar kepada keselamatan negara, baru keinginan, apatah lagi telah didedahkan adanya usaha - usaha untuk bergerak ke arah itu dan pendedahan itu dilakukan oleh pemimpin pembangkang yang selama ini berada bersama mereka.

Kita di Gerik: Tunggu apa lagi..

Memperbodohkan Masyarakat Cina ???

Berita Harian : 17.02.2010 :Khalid Idham Lim. YB Titi Serong. La..daripada aspek mana pula penganjuran Rumah Tahun Baru Cina oleh YAB DS Dr.Zambry, MB Perak di kediaman MB jadi bodoh pulak dah. Tindakan MB untuk semua kaum, buat rumah terbuka untuk masyarakat Cina, yang menjadi sebahagian daripada rakyat Perak pada anggapan YB Titi Serong sebagai bodoh. Kalau macam tu pada anggapan YB Titi Serong, 5,000 masyarakat pelbagai kaum yang majoritinya Cina yang hadir ke Rumah terbuka itupun bodoh juga le..

Betul kata MB, nak kritik dari aspek agama, tiada apa larangannya. Jadi dah namapun pembangkang yang nak nampakkan mereka buat kerja, penganjuran majlis yang baik niatnya pun dikatakan tindakan bodoh. Yang mereka bersidang di bawah pokok tu pula, cerdik benar le pula nampaknya ye..

Sebenarnya..nampak sangat gelabah dan terdesaknya pembangkang. Dengan senario seluruh negara nampaknya merungsingkan pembangkang. Tindakan pemimpin - pemimpin pembangkang bertelagah sesama sendiri, masing - masing bawa diri, yang Cina dengan pendirian Cina, yang India dengan India, yang Melayunya pula ada yang suka, ada yang tak suka. Rakyatpun dah nampak muaknya dengan sikap 'kaduk naik junjung' pembangkang, alih - alih YB Titi Serong kata BN Perak pula menggelabah..

Kita di Gerik: Anak teman yang kecil pun heran sebab dia kata DS Nizar ni, suka benar melambai tangan..sampai atas katil hospital pun sempat bangun lambai tangan..