::

:::

Friday, February 19, 2010

Firaun Kecil dan Ancaman Terhadap Perlembagaan Negara

YB Zulkifli Nordin. Kulim Bandar Baru. Berita Harian 17 Feb 2010. Intipatinya bukan tentang kewujudan Firaun kecil dalam pembangkang. Lantak le..dulu gelaran firaun ni ditujukan kepada BN terutama pemimpin UMNO. Sekarang ni gelaran Firaun dah berbalik kepada mereka. Bukan UMNO kata. Bukan BN kata. Bukan dasar UMNO dan BN ni untuk habiskan masa nak maki hamun orang. Tapi ini kata pemimpin mereka. Kata ahli Parlimen mereka. Dan kalau dah gelarannya Firaun Kecil, tentulah ramai dan banyak...

Tapi kita keluarkan semula petikan YB ZN ini,

" ..firaun kecil yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan dasar berhubung kedudukan Agama Islam, Raja dan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan...nak mengeluarkan negara daripada lingkungan kerangka dalam Perlembagaan Persekutuan...babitkan pembangkang, orang luar dan NGO.."

Ini yang amat berbahaya. Jika sudah didedahkan, pihak berwajib sepatutnya mula menyiasat, mengumpul maklumat risikan dan mengambil tindakan wajar dan serius. Ini ancaman kepada kewujudan sebuah negara bangsa yang telah hidup harmoni, aman dan makmur semenjak 1957. Takkan lah nak kena tunggu juga ada laporan polis dibuat baru nak disiasat. Takutnya pemikiran sebegini akhirnya membarah dalam pemikiran rakyat, menjadi kudis dan nanah yang tidak terubati. Ini ancaman yang amat dan amat serius. Keinginan untuk menulis semula Perlembagaan Negara pun sudah menjadi ancaman besar kepada keselamatan negara, baru keinginan, apatah lagi telah didedahkan adanya usaha - usaha untuk bergerak ke arah itu dan pendedahan itu dilakukan oleh pemimpin pembangkang yang selama ini berada bersama mereka.

Kita di Gerik: Tunggu apa lagi..

No comments:

Post a Comment