::

:::

Friday, February 26, 2010

Salsabila Yunan, dilarikan atau diculik..

Kadang - kadang kita pun tak faham. Kalau kes dilakukan oleh warga kita sendiri terhadap anak gadis warga kita sendiri, dikatakan diculik. Diburu. Didakwa dan dijatuhi hukuman kalau bersabit. Tapi kalau babitkan warga daripada negara 'serumpun' ini, dikatakan dilarikan. Tak pernah lagi kita dengar warga 'serumpun' ini diburu (guna interpol ke), didakwa dan dijatuhi hukuman kalau bersabit.
Tambahan kes membabitkan Salsabila adalah gadis bawah umur. Gadis yang masih belum dapat membezakan antara kata hati dengan kata akal. Tak boleh ke satu pendakwaan dilakukan ke atas orang yang melarikan si Bella ni. Tambahan Bella sendiri mengakui dipaksa kahwin. Kahwin dalam usia 15 tahun. Kahwin ketika sepatutnya dibangku sekolah. Dan lebih menyedihkan melihat gambar rakan - rakan sekolah dengan uniform mengunjungi Bella di rumah.
Sepatutnya satu isyarat yang jelas kena dihantar kepada negara serumpun ini agar warganya didisiplinkan. Kalaulah yang dilarikan itu gadis seberang dan pemudanya daripada negara kita, aduh..angkat bendera pula la mereka, Ganyang Malaysia pula lah mereka, merusuh lagilah depan KEDUBES ( pinjam ungkapan mereka, takut dituduh kita ciplak pula) kita.
Cukuplah kes Bella sebagai yang terakhir. Kalau sebelum ni kita heboh dengan 'keldai dadah', sekarang ni ada pula ' keldai cinta'. Gamaknya selepas ni apa keldai lagi yang diungkapkan kepada warga kita. Bertegaslah, sesiapa sahaja yang sepatutnya berperanan, agar kita tidak dilihat sebagai amat pemurah..atau terlalu menjaga hati..
Kita di Gerik..harapnya lepas ni tak ada le pula 'keldai peniaga', ada lesen dan premis disewakan kepada warga asing, taukehnya makan gaji bulan aje..

No comments:

Post a Comment