::

:::

Monday, January 24, 2011

Dah Tahu Tak Ada 2/3..

Entahle..kadang - kadang dalam politik, yang serius pun ada yang lawak bodoh pun ada juga..Sidang Dewan Khas Selangor tadi kekadang menyerlahkan pemikiran politik yang tak dapat nak diterjemahkan. Perjuangan ke, kebijaksanaan ke, kesetiaan ke ataupun kedunguan..

Dah tahu MUSTAHIL nak dapatkan sokongan ADUN BN untuk raih 2/3, Sidang diteruskan juga. Sekali nampak macam menampakkan keprihatinan tehadap Sultan dan Raja - Raja Melayu. Tapi kalau melihat bagaimana sampai sanggup terbaring di jalan Bukit Chandan dulu tu, tak terfikir pula kita mereka benar-benar nak mendaulatkan Sultan dan Raja - Raja Melayu. Dan melihatkan bagaimana perkenan Sultan Selangor terhadap perlantikan SUK pun di perlekehkan mereka, alahai..mereka kononnya bercakap pula tentang mengembalikan kuasa Sultan dan Raja - Raja Melayu..

Sudah lah tu..takkan daripada satu PRU ke satu PRU lain masanya hanya dipenuhkan dengan politiking sahaja..RAKYAT macam mana..Kalau asyik apa sahaja yang dilaksanakan oleh kerajaan semuanya dikaitkan dengan permainan politik semata - mata, akhirnya yang jadi mangsa nampak gayanya orang Melayu dan India ajelah. Yang Cina nya makin kaya, makin kaya dan makin kaya. Deme ni tak ada pula nak habiskan masa nak berdemo ke, nak merusuh ke, nak terbaring atas jalanke..asyik - asyik kita juga..deme sambil berniaga sambil panaskan bara..semakin kaya kita juga papa kedana.

Bodohnya pula kita, yang berdemo pasal naik harga barang kita, yang naikkan harga barang deme, yang terkena kerajaan..kerjaannya pula sebahagian besarnya Melayu. Jadi Melayu maki Melayu, Melayu salahkan Melayu dan yang kaya akhirnya deme juga.

Gitulah juga di Dewan Selangor. Puncanya Khusrin, Melayu. Yang lantik dan beri perkenan, Melayu. Yang berkeras tak mahu terima, MBnya, Melayu. Yang maki hamun dalam Dewan seperti berita TV tadi, Melayu sama Melayu. Yang kata derhaka pun Melayu sama Melayu. Yang kena pecatpun Melayu. Yang berarak sokong MB, pun Melayu dan yang berarak tentang MB pun Melayu. Semuanya Melayu. Yang bagi bara dan imbah minyak nya..DAP..kalau dah DAP majoritinya Cina. Tapi deme tak ada pula berdemo, tak ada pula hantar memorandum. Tak ada pula buang masa berarak sana berarak sini. Deme bagi api aje..dan deme terus - terus kaya.

Akhirnya, MB Khalid kata dalam TV, Khusrin dia percaya boleh melaksanakan tugasnya sebagai SUK dengan profesional. Akan umumkan tarikh angkat sumpah. Nak bincang dengan Exco dulu..derhaka juga tu sebab Sultan dah lama perkenan..

Jadi apalah yang heboh - heboh sangat nak adakan Sidang Dewan Khas..Selangor maju konon..

No comments:

Post a Comment