::

:::

Wednesday, January 26, 2011

Peringatan Untuk Kita di sini...

Bekas Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew didalam buku terbaru beliau Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going yang menegaskan bahawa "masalah integrasi di Singapura tidak ujud kecuali dengan umat Islam. Mereka diharap tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam bagi membolehkan pelan integrasi masyarakat Singapura dapat dilaksanakan dengan sempurna!".

Anak didiknya ada di tanah air kita ni. Memerintah sebuah negeri lagi dan menguasai kerajaan di Selangor dan dulu di Perak. Yang sepanjang 3 tahun pemerintahan mereka dah banyak onarnya kepada orang Melayu. India pun dapat juga tempiasnya. Sedikit demi sedikit, makin lama makin berani, hak Melayu Islam nya diusik-usik. Malangnya ada pula Melayu yang menyokong hingga ada yang sanggup mati katanya kerana mereka.

Ambillah PERINGATANdaripada apa yang berlaku di negara jiran tetangga kita ini. Kekadang dalam khutbah Jumaat, kita mendoakan agar saudara seagama kita diselamatkan daripada penindasan. Di Afghanistan, di Iraq. Di Palestin. Malangnya kita seolah - olah tidak nampak apa yang berlaku di Selatan tanah air kita. Dan tempias daripada apa yang berlaku di sana, jika kita gagal mengambilnya sebagai PERINGATAN, akan merebakjuga ke Tanah Air kita ni..

Kadang - kadang kita pun jadi tidak mengerti, apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh sebahagian rakan - rakan yang kononnya berjuang untuk sebuah negara yang kononnya lebih baik. Sedangkan pada masa sekarang mereka menjalani kehidupan yang AMAT baik. Anak - anak mereka juga menjalani kehidupan anak - anak yang AMAT baik berbanding anak - anak di negara lain berhampiran kita..

Apa yang teman fahami..mereka memang suka 'komplen' dan hanya salahkan orang lain sahaja..aduss..

No comments:

Post a Comment