::

:::

Saturday, November 20, 2010

Cuti Panjang Persekolahan pun bermula..

Alhamdulillah. Tamatlah sudah sesi persekolahan 2010. Tapi tidak bagi pelajar yang menduduki SPM dan STPM. Selamat menduduki peperiksaan. Tenangkan diri. Kalau kita dah benar-benar bersedia, kejayaan adalah milik anda InsyaAllah. Tetapiyang tidak pernah risau, tidak pernah ambil tahu, kita pun tak faham kenapa juga mereka ini menduduki SPM. Bagi pelajar STPM, kita percaya semuanya dengan keazaman yang tinggi. Maklumlah..lepas SPM kalau tak cukup syarat mana boleh masuk Tingkatan 6. jadi sekurang - kurangnya yang ambil STPM tu yang dah bertapis semasa SPM dulu. Tak le macam SPM..siapapun yang duduki PMR, terus aje masuk Tingkatan 4 dan 5. Sehinggakan yang gagal semua mata pelajaran pun masuk ke menengah atas juga. Tidak adil pula ye untuk yang berjaya dalam PMR akhirnya menghadapi pelbagai kerenah disiplin mereka yang gagal dalam PMR..Kesian Cikgu - Cikgi di sekolah harian. Itupun masih yang berjaya mencatatakan keputusan yang memberangsangkan..cuma kita tertanya-tanya, kemana pula hilangnya murid - murid cemerlang UPSR sepanjang persekolahan menengahnya di SKB atau MRSM..iyalah sepatutya 100% 'straight' A le ye..

UPSR. Dah diumumkan pun. Entahlah. Kalau tak dihapuskan, ibu bapa dan sekolah asyik memikirkan program kecemerlangan UPSR aje. Ada yang dah mula seawal di Tahun 4. Tuisyen di sekolah pagi, petang, malam. Sabtu, Ahad. Tambah lagi Tuisyen di pusat tuisyen luar. Akhirnya UPSR mengambil sebegitu banyak dunia sebenar zaman kanak-kanak. Buku..buku...buku..

Tapi kalau dihapuskan pula, apa pula yang dapat dijadikan kayu pengukur kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Nanti cikgu pun seolah - olah tak ada satu matlamat pencapaian jelas tentang apa yang telah dilaksanakan di sekolah.
.
Jadi cuti panjang ni..carilah jalan untuk anak - anak kita menikmati kebebasan sebenar dalam dunia kanak - kanak mereka. Bawalah melancong ke mana-mana. Tak boleh yang jauh, paling dekat pun boleh. Biarlah mereka mendalami dunia sebenar yang keluar daripada kepompong pendidikan formal. Dengan kebebasan meneroka dunia sebenar mereka, kanak - kanak ini sebenarnya akan mengaplikasikan ilmu yang mereka perolehi di sekolah. Kanak - kanak akan lebih teruja untuk mendalami 'kurikulum tersembunyi' dalam dunia mereka. Tanpa guru. Tanpa tekanan. Tanpa denda. Semuanya hanya gembira..

Kita di Gerik..teman selalunya bawa anak ke Bukit Merah Lake Town..dekat ngan rumah mentua..ataupun ke Naza Hotel Penang..mandi kolam, mandi laut..itupun dah cukup untuk anak - anak teman bercerita sepanjang tahun..

No comments:

Post a Comment