::

:::

Friday, January 2, 2009

Selamat Tahun Baru: 1430Hijrah dan 2009Masehi

Selamat Tahun Baru. Alhamdulillah Allah kurniakan kita umur yang panjang dan kesihatan yang baik.
Tahun baru ini, Gerik jadi tajuk berita. Semuanya gara - gara 11 tanah di Kampung Baru Kuala Rui diberikan hak milik kekal. Kalau tak kekalpun 999 tahun. Kira kekallah tu. Walaupun MTN kata kerajaan negeri tak berhak tapi kerajaan PR kata berhak dan PTG pun kata berhak.. Dan untuk halalkan, diwar- warkanlah kononnya ada juga orang Melayu di Gerik yang diberikan hak milik kekal pada hal dengar khabarnya cuma dapat hakmilik 99 tahun aje..
Mungkin lepas ni, PTG kena lebih effisien untuk pastikan proses pemilikan geran di beberapa penempatan dan pemilikan Melayu di Gerik yang dah bertahun tertangguh disegerakan seperti mana segeranya proses pemilikan kekal tanah di Kg Baru Kuala Rui.
Cuma di Tahun baru ini, kita nak ucapkan Salam kepada bekas perajurit dan balu serta keluarga mereka yang terkorban, cacat dan melarat semasa menentang komunis, yang mungkin tidak lagi mendapat layanan seistimewa 11 pemilik tanah di Gerik.
Syabas PTG ...

No comments:

Post a Comment