::

:::

Tuesday, February 24, 2009

Sebulan berlalu..

Rupa-rupanya dah hampir sebulan selepas tulisan terakhir, kita tidak menulis. Entahlah, mungkin melihat kegagalan sekerat dua orang Melayu yang ghairah berpolitik tanpa pedulikan kelangsungan ketuanan Melayu di Tanah Melayu..Apa yang ditontonkan oleh sekerat dua orang Melayu menterjemahkan semangat perjuangan kepartian hingga sanggup menjadi hamba sahaya kepada sekelompok politisan bukan Melayu yang tebal dengan perkauman.Kelompok ini begitu bijak mengapikan semangat segelintir Melayu hingga sanggup menderhaka kepada Paduka Seri Sultan dan menghina YTM Raja Muda. Setelah Melayu kehilangan kuasa ekonomi, politisan bebal perkauman inilah yang sebenarnya sedang menggunakan segelintir Melayu yang juga bebal ,berusaha gigih menguburkan Ketuanan Melayu di Tanah Melayu atas nama Ketuanan Rakyat..dan mereka melaungkan TAKBIR ! atau talkin untuk masa depan generasi Melayu akan datang. Anak dan cucu cicit kita.

No comments:

Post a Comment