::

:::

Sunday, May 3, 2009

Kempen Bahaya Rokok : Semakin menghampiri kejayaan

Allahuakbar. Tengok le imej yang dipaparkan. Ini imej yang kini diletakkan di semua kotak rokok. Ada lagi pelbagai imej. Ngeri dan merisaukan. Teman yang dikira perokok tegar ni pun jadi serba salah, ngeri dan mula risau. Di rumah, kata kawan dah tak lalu kena hujan panas. Kena dengan isteri la. Kena dengan anak la.
Tahniah la kepada Kementerian Kesihatan. Selepas Kempen Tak Nak dengan gambar rokok bengkok yang masih boleh disedut tu, yang tak dikisahkan oleh perokok macam teman ni, kempen gambar ni terasa juga menusuk ke jiwa. Teman nak cadangkan supaya imej - imej sebegini di pasang di papan tanda besar di seluruh pelusuk kampung. Letakkan di semua pintu masuk sekolah. Di masjid, surau, padang bola, stadium dan serta kampung dan bandar. Pasang iklan di badan - badan bas sekolah dan awam.Biar kemana sahaja kita pergi, gambaran ngeri akibat merokok ini dapat dilihat. Memang berkesan. Kosnya biar ditanggung oleh semua syarikat rokok. Biarlah jadi khidmat sosial mereka yang dah ambil untung besar daripada orang macam teman yang seolah harakiri..
Teman di Gerik, tengah berura - ura nak berhenti merokok. Tambah lagi dapat kad hari jadi 1 Mei lepas daripada anak yang baru darjah 1 tertulis, Atiq Sayang Ayah. Atiq Nak Ayah Berheti Merokok. Atiq Tak Nak Ayah Sakit..walaupun mungkin Umi nya ajar, tapi aduh..menusuk ke jiwa teman.
Teman di Gerik, tengah berusaha gigih..

2 comments:

  1. assalamulaikum cikgu...cikgu azlani takde blog ke. orang kapung aku tu

    ReplyDelete
  2. Cikgu Azlani ke.. la ni dah jadi PK di Tawai..blog ni rasanya tak ade lagi..dia pun sibuk juga dengan Tinta Advance nya..

    ReplyDelete